ABOUT ME

Hi semua. Nama kita Shafila. Tapi korang ingat Cik Ila cukup lah. Owner blog Cik Ila Menari ni. Berasal dari Perak dan sekarang menetap di Selangor. Dilahir pada 14 Disember dan merupakan anak sulung dari 5 beradik.

Bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik dan melanjutkan pelajaran di UM. Kerja pun di UM juga. 

Mula-mula dulu, Cik berblog secara suka-suka. Ye lah, kalau korang baca post2 yang lama pun mesti nak gelak...fail dalam bercerita. InsyaAllah, Cik Ila akan cuba memperbaiki gaya penulisan blog dari masa ke semasa.

Cik dah berkahwin.  dan ada tiga orang anak - Alisha Adnain, Alfeey Adham dan Aleena Aisya. Alhamdulillah, bersyukur dengan amanah Allah ni. Semoga depa bertiga membesar sebagai insan yang beriman.


Alisha Adnain - 8 tahun 
Alfeey Adham - 6 tahun


Sikecil Aleena Aisya lahir Julai lepas.

Kalau korang perasan, blog CIM caca merba sikit. Tak de yang khusus sebab CIM blog tentang personal, lifestyle, parenting, running dan review. Semuanya berkisar tentang kehidupan personal Cik Ila, anak-anak, aktiviti dan kesukaan CIM untuk kenangan anak2 bila CIM dah tua nanti. Ahaks......Jadi korang boleh baca dengan santai je. Aaaa...korang perasan tak, blog Cik Ila dah ada entri tentang larian (running marathon). Cik Ila sedang berusaha untuk menikmati hidup dengan cara yang sihat. 

Akhir kata, terima kasih sebab korang sudi jengah blog Cik Ila. Sudi-sudi lah tinggalkan komen untuk Cik Ila. Korang juga boleh tinggalkan link di CBOX kalau tak nak komen ye. InsyaAllah Cik Ila aka visit korang nanti. 


Love,
Cik Ila Menari

Post a Comment

2 Comments

  1. hehe..xpe CIM..opah nie lg baru nk start..mungking 2 3 tahun lagi situasi same la..gelak tgk post2 yg lme..haha..

    ReplyDelete
  2. wah comelnya anak2 sis, macam sis jugak :D

    ReplyDelete