Thursday, 18 August 2016

Berpantang tapi keluar rumah.

Bismillah.

Hari ke 26 berpantang.

Alhamdulillah....walaupun tidak seketat berpantang ketika bersalinkan Alisha dan Alfeey dulu, masih juga menjaga makan, pakai minyak angin, bertungku, berbarut dan berstoking. Dulu berpantang di kampung, semua mak tolong buatkan. Bolehlah nak ketat2. Tapi bila dah berpantang sendiri, banyak yang nak kena buat.  Seminggu pertama saja saya betul2 merehatkan diri. Ye lah, mak dan adik datang meneman dan membantu :)



Lepas mak dan adik dah balik, kena juga menguruskan anak2 yang sekolah. Saya bernasib baik sebab MR banyak membantu terutamanya bab2 memasak. Saya cuma buat kerja yang ringan2 saja. Lagi pulak, saya asyik kena keluar rumah saja. Bukan suka2 nak keluar tau. Keluar pun, masih juga berstoking. Sapa tak sayang badan oooi...nak pakai lama tau :)

Aleena ada temujanji untuk saringan pendengaran bayi di Pusat Saringan Pendengaran Bayi, PBBR. Ujian pendengaran dibuat pada kedua-dua belah telinga. Masa ujian ni, baby memang kena tidur, jadi sebelum tu kena susukan dia kenyang-kenyang :) Untuk saringan ni, Aleena lulus dua-dua belah telinga. Alhamdulillah. 


Aleena kena jaundice. Nurse yang buat saringan pendengaran di PBBR yang bagi tau Aleena macam ada kuning sikit dan dia suruh ke KK untuk periksa TSB.



Kenalah berulang ke KK dari hari ke-6 sampai hari ke-13. TSB reading Aleena:

Hari ke 5: 28/7/16 - 13.2
Hari ke 6: 29/7/16 - 15.4
Hari ke 7: 30/7/16 - 14.1
Hari ke 9: 01/8/16 - 14.3
Hari ke 13: 05/8/16 - 10.9

Lepas tengok keputusan hari ke-13, doktor KK suruh pergi ke hospital. Prolong Jaundice katanya. Doktor refer Hospital Serdang, tapi saya minta Hospital Putrajaya memandangkan Aleena lahir di sana. Di HP, nurse ambil sampel darah dan urin. Allah, sedih tau dengar dia menangis kena ambil darah dan urin. Keputusan hanya akan diketahui dalam masa dua minggu. Kita kena call HP untuk tahu keputusan tapi kalau ada masalah, pihak hospital yang akan telefon. Tak de pulak saya terima panggilan dari HP sehingga sekarang dan mata dan kulit Aleena pun dah tak kuning lagi.

Tentang jaundice ni, kalau mak dah darah O (saya O+), anak akan kena jaundice juga. Jadi kerapkan breastfeed baby. Baby memang akan tidur sebab depa penat. Kejutkan juga baby setiap sejam untuk bagi susu. Kalau rasa susu kurang, top up dulu dengan susu formula. Alhamdulillah, Aleena masih BF sepenuhnya dari hari pertama :)


Hehehehe....semoga Aleena membesar dengan sihat macam kakak dan abang.

Monday, 15 August 2016

Bersalin anak ketiga @ Aleena Aisya

Bismillah.

Lama menyepi kan. Saya dah pun selamat bersalin kan anak ketiga 23 Julai 2016 yang lepas.

Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Malam sabtu tu, memang dah mula rasa contraction. Tapi rasanya macam mild saja dan tak kerap. Bangun pagi saja dok melawak dengan MR tak payah pergi kerja lah sebab nak pergi hospital. Sambil dok buat assignment dan tengok MR repaired pintu toilet... layan je contraction yang kejap ada kejap tak de sampai lah ke pukul 3. Masuk toilet tengok dah keluar tanda darah. Masa ni baru lah terkocoh-kocoh nak pi hospital.

Dekat pukul 4 sampai kat Hospital Putrajaya. Daftar masuk, bagi buku pink, tukar kain, check urin dan ambil BP. Lepas tu buat CTG dalam setengah jam. Dah selesai Dr scan baby. Masa scan ni kepala baby macam dah masuk laluan, Dr pun check bukaan .... dah 4cm. Terus di decide nak pecah kan ketuban. Masa dia dok kecoh2 ni, nurse yang daftar kan saya tadi masuk dan suggest hantar ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR, Hospital Putrajaya di Precint 8) dan siap bisik kat saya - "saya dah selamatkan awak"

Pegi ke PBBR naik ambulan. MR follow dari belakang. Alisha dan Alfeey ikut adik saya Amin balik ke rumah depa di Sg. Besi. Merasa sekali lagi naik ambulan :) Sampai je kat sana terus masuk ke LR. Rasa aman dan macam kat rumah je. Sesuailah dengan objektif PBBR ni untuk memberikan pengalaman kelahiran dalam suasana selesa dan kondusif yang bersifat kelahiran di rumah. Ada peralatan macam bola senaman yang kita boleh guna. Masa layan contraction dah tak terfikir nak guna semua benda alah tu. Mundar mandir je dalam bilik tu. Makan dan minum. Nak simpan tenaga. Memang takde pressure langsung. Doktor dan jururawat pun semuanya baik2.


Macam ni lah keadaan LR nya. Gambar2 yang saya snap semua MR delete. Dia ingat saya dah hantar ke telefon saya. Adeh..mentang2 guna phone dia. Jadi saya google je gambar kat internet. 

Ok sambung balik cerita......... Dekat pukul 7 lebih Dr pecahkan air ketuban. MR dah tunggu kat luar sebab dia tak tahan tengok semua ni. Tepat pukul 8.25 malam lahirlah baby girl saya. Pukul 11 lebih tak silap saya, baru dihantar ke wad. Kat bilik duduk single dengan baby je. Jakun sebab dah lama tak pegang baby (dekat 5 tahun), saya memang berjaga sepanjang malam. Sebab baby dah poo poo dan kencing, pukul 12.30 hari ahad dah boleh keluar dari hospital. Yay....



Syukur pada Allah di atas anugerah ni. 


Aleena Aisya
23.7.2016 @ 2025hrs
3.23 kg

Tuesday, 14 June 2016

Segmen Memori Berkasih Ucing Follow

Lama tak bersegmen :)

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/06/segmen-memori-berkasih-ucing-follow.html

Segmen Memori Berkasih Ucing Kadayan Berkaraoke.Memori Berkasih adalah lagu 
lama yang tengah bangkit kembali dan selalu di mainkan di Radio dan 
Siaran Tv.jadi Ucing pun tidak pula ketinggalan untuk menyanyikan 
lagu ini.

Kebanyakkan Segmen Ucing meminta Anda Follow.Tetapi lain pula kali ini,Ucing pula yang Follow Anda.!

Syarat-syarat nya Mudah :

2) Klik Share Button Facebook atau Twitter yang ada di Youtube (Share ke Media Social Anda)
3) Buat tajuk post "Segmen Memori Berkasih Ucing Follow"
4) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
5) Tinggalkan Url Post Anda dan Nama Akaun Facebook atau Twitter setelah Anda share Youtube Tadi Ke Ruangan Komen Disini.

Ucing akan Follow Akaun Facebook Atau Twitter Anda setelah mentepati Syarat-syaratnya.Tamat Segmen 23-6-2016.Blog dan Media Social Perserta akan di Senaraikan setelah Tamat Segmen ini.

Korang pun...ada yang berminat nak join segmen ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...