Follow Me @noorshafila

Wednesday, May 17, 2017

Simon Yam Memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O Sebagai Hadiah Untuk Ibu Tersayang

Bersempena dengan Hari Ibu, pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di IOI Mall Puchong dan IOI City Mall Putrajaya pada 14hb Mei 2017 untuk bertemu dengan para peminat dan pelanggan GINTEL bersama-sama menyambut hari yang bermakna ini.


"Ibu adalah guru pertama dan utama bagi anak-anaknya sejak awal kehidupan mereka. Tiada sebarang perkataan yang mampu menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya dan masyarakat. Sebagai seorang anak, mengambil berat kesihatan ibu dan menjaga kehidupan seharian mereka adalah sangat penting. Bersempena dengan Hari Ibu ini, kini saatnya untuk menghadiahi ibu kami sebuah kerusi urut yang dapat melegakan keletihan dan tekanan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!" Kata Simon Yam

Simon Yam juga menyatakan bahawa ramai orang semakin sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan yang semakin tinggi. Oleh itu, sebuah kerusi urut yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif adalah diperlukan untuk merehatkan badan dan menenangkan diri sendiri. Simon Yam memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai. Ia memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan yang terbaik untuk melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan yang selesa setiap hari. Dengan ini, Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O adalah hari Ibu Bapa yang paling sesuai untuk ibu bapa tersayang kita.


GINTELL

GINTELL yang ditubuhkan pada 1996 merupakan pembekal yang terkemuka dalam pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara dan dianugerahkan "Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar" oleh Malaysia Book of Records. Dengan prinsip misinya yang menggalakkan 'Kesihatan, Kasih Sayang, Kehidupan', GINTELL sentiasa berada di sisi anda untuk membina kehidupan rakyat Malaysia yang lebih sihat sejahtera melalui produk penjagaan kesihatan mereka.


Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O

Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O segala kepenatan akan hilang dan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa.

Kerusi Urut GINTELL De' Space U.F.O menggunakan teknologi Aero V-Trek yang memberi urutan meliputi 45% lebih kawasan daripada kerusi urut yang biasa. Penggelek QUAD 3D direka bersesuaian dengan kontur dan bentuk badan setiap orang. Ia mengikuti setiap lengkungan tubuh anda bagi menyediakan urutan persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Selain itu, 180° Space Stretch adalah program konsep kiropraktik yang membantu melegakan tekanan dan ketegangan di tulang belakang dan badan anda. 360° liputan menawarkan urutan yang lebih persisi untuk bahagian kaki mengikut keperluan setiap orang.

Kebahagiaan Berganda dengan Pakej Beli 1 Percuma 1 Sempena Hari Ibu Bapa

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa, GINTELL menawarkan Pakej Beli 1 Percuma 1 dengan harga dari RM4,988*. Kunjungi lebih dari 100 cawangan GINTELL sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat ini! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk GINTELL, kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara. Anda juga bokeh hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari Facebook Gintell Malaysia, WeChat GINTELL MALAYSIA atau laman web rasmi GINTELL di www.gintel.com.

GINTELL berharap semoga anda sekeluarga rasa sihat dan bahagia. Selamat Hari Ibu!



2 comments:

  1. fuhhh.. dapat duduk ni mmg layan. dpt free lg layan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..memang layan habis. Kalau lah GINTELL bagi sebijik free.

      Delete

Tudung Si Comel

tudung sekolah