Symphony Life That '70s Run

Best rupanya aktiviti berlari ni. Tapi kesan selepasnya tu yang tak menahan. Maklumlah badan tak pernah kena dera berlari jauh. Dah dua hari pun masih sakit-sakit lagi. Lagi pulak nak naik rumah ke tingkat 5. Terkengkang-kengkang berjalan macam baru lepas beranak. Eh melalut pulak. Sebenarnya nak cerita, Ahad lepas Cik Ila join Symphony Life That '70s Run. Cik Ila register larian ni dengan kawan pejabat. Yuran penyertaan cuma RM60 untuk Fun Run 5km. Dapat T-Shirt race, finisher medal dan snack pack.


Larian ni mula tepat pukul 7.30 pagi. Tapi sebelum tu ada warm up session selama 10 minit. Hahaha..dah nama pun '70s run, kena lah menari ala-ala '70s. 


Haruslah kena selfie dulu sebelum mula. Abai kan saja muka yang chubby itu ye. 


Ramai juga yang dressing '70s. Bell bottom dan Afro. Dah nama pun fun run. Tak de lah lari sungguh2 nak menang. Tak larat nak lari, kita jalan dulu amik nyawa :)


Cik Ila semput juga sementara nak sampai check point pertama. Ada dua check point. Mestilah kena menari lagi. Dan setiap check point akan dapat gelang getah ni. Tak de ni, tak dapat medal pulak nanti :)



Keseluruhannya, Cik Ila ambil masa 70 minit untuk habiskan larian 5 km ni. Ok lah kot untuk percubaan pertama. Lega rasa bila dapat habiskan.


Yay!!!




Post a Comment

2 Comments