7 Petua sembuhkan selsema dan batuk tanpa ubat.

Bismillah


Ambil dari taska isnin lepas, Aleena moody je. Pengasuh dia bagitau tak mau tidur dan minum susu sangat. 6 botol susu yang aku bekalkan habis dua botol saja. Masa aku agah pun dia tak mau senyum atau ketawa macam selalu. Aku rasa badan tak demam. Tapi hidung berair je dan sesekali dia batuk. Macam ada bunyi kahak.

Dalam kereta pun meragam tak nak duduk di carseat. Buat kerja gila aku hari tu, drive kereta sambil riba dan menyusukan dia. Korang pun tahu jalan ke Puchong macam mana? Tawakal je lah. Masuk je Bandar Puteri aku letak dia balik kat carseat. Terus muntah. Habis semua susu keluar balik dengan kahak-kahak sekali. Masa ni badan dia dah mula suam-suam.

Cik suami kerja pulak hari tu. Layan lah anak2 bertiga. Masak pun lambat sebab Aleena asyik meragam. Aku siap masak pukul 9, Alisha dah tidur. Kejutkan tak mau pula dia bangun. Sudahnya Alfeey dan aku je makan. Sebabkan tak selesa hidung dan asyik batuk, Aleena asyik terjaga je. Asal batuk mesti muntah. Sampai ke subuh, baru dia tertidur. Tu pun lepas aku dah jerlum kepala dia dan balut badan dengan towel lembab. Kesian anak aku. Aku lelap sekejap, Alisha kejutkan aku. Aku cakap kat dia, hari ni dia payah sekolah lah sebab aku dah mengantuk sangat. Dah aku apply cuti kecemasan.

Aku tau, baby ni senang dijangkiti batuk dan selsema. Aku tak pasti sebab apa tapi masa aku bawa anak2 swim hari ahad tu, Alfeey asyik percikkan air ke muka Aleena saja. Mungkin air kolam masuk dalam hidung dan mulut dia. Disebabkan anak aku ni masih menyusu macam biasa je dan bernafas macam biasa aku tak de lah bawa ke klinik. Lagipun, untuk baby 3 bulan doktor pun takkan senang2 nak bagi ubatkan. Maka nya, kena guna alternatif lah ye. Sebelum tu aku dah whatsapp cik suami belikan cool fever untuk turunkan demam dia. Mujur tak tinggi demamnya.



7 petua alternatif yang boleh dicuba adalah:

1. Guna Kunyit hidup. Caranya: Tumbuk kunyit hidup dan sapukan ia di bahagian hidung serta dahi. Cara ni aku pernah guna masa Aleena selsema masa dalam pantang dulu. Alhamdulillah, selsema dia baik dengan cepat.


2. Rawatan wap. Cara aku: Masuk kan air panas dalam bekas dan campurkan sedikit baby balsam. Pegang bekas berhampiran hidung anak untuk seketika. Kaedah ni bertujuan untuk melonggarkan mukus yang menyekat hidung anak. Lepas tu, disarankan ye untuk lakukan teknik tepukan percussion untuk   melonggarkan rongga2  di dalam paru-paru supaya senang mukus dan lendir keluar sebagai najis bayi. 

*Bila hingus dah meleleh keluar kat hidung, aku hisap je dengan nasal aspirator. Aku guna dua petua ni saja. Alhamdulillah, kurang sikit selsema dan batuk nya. Tapi aku masih monitor juga. Takut tiba2 dia muntah balik. 

3. Gunakan Asam keping + kulit bawang putih
Caranya: Bakar 3 kepingan asam keping bersama kulit bawang putih menggunakan api yang kecil.
Campurkan bahan tadi dengan sedikit minyak masak dan sapukan pada dada bayi. InsyaAllah batuknya akan mula berkurangan.

4. Gunakan Daun kaduk
Caranya: Campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.

5. Mandian Lemon
Caranya: Mandikan bayi anda bersama lemon. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian anak anda. Baunya dipercayai dapat mengeringkan hingus.

6: Guna Bawang putih
Caranya: Bakar bawang putih, tumbuk dan masukkan ia ke dalam stoking anak..

7. Guna Bunga belimbing bersama air beras
Caranya: Ambil bunga belimbing dan hancurkannya. Masukkan ke dalam air didihan beras. Tapis kemudian beri minum pada anak anda.

Bagi ibu yang masih menyusukan anak, kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Supaya anak mendapat susu ibu yang berkualiti. Secara tak langsung, ini membantunya mengatasi masalah-masalah kesihatan seperti batuk, selesema dan demam. Dan juga untuk sentiasa mengemas rumah agar terhindar dari segala habuk dan kotoran yang bole menjadi punca. Seboleh-bolehnya, biarkan udara segar sentiasa mengalir masuk ke dalam rumah anda.

Dan juga sebagai muslim, boleh amalkan doa ini. Semoga anak kita cepat sembuh.


Post a Comment

1 Comments

  1. wahh nice info!! lepas ni kena guna petua dlu sblm makan ubat

    ReplyDelete