Selamat menduduki UPSR 2016

Hari ni, newsfeed di FB semuanya bercerita status tentang UPSR. Mesti ibu bapa yang anak-anak yang menduduki UPSR tak senang duduk sehinggalah anak-anak habis UPSR. Kalau dulu sebelum ada anak, sy tak kisah sangat bila tiba musim peperiksaan selain dari rasa syok bila jalan tak berapa nak sesak sebab sesetengah pelajar diberi cuti. Sedangkan peperiksaan biasa pun sy dah risau ini kan pula peperiksaan besar.



Untuk adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR, selamat menduduki peperiksaan, buat yang terbaik dan semoga berjaya. Acik Ila doakan adik-adik semua beroleh keputusan yang cemerlang. Untuk ibubapa, sama-sama kita doakan kejayaan anak-anak kita semua.

Disebabkan minggu peperiksaan ini, sekolah Alisha merehatkan murid tahun 1 sehingga khamis nanti. Tadika Alfeey pula bercuti disebabkan semalam hari sukan tadika. Bila dah dua-dua ada kat rumah, ibu pun mula lah jadi tarzan. Hehehe...nasib baik lah Aleena kecil lagi. Macam mana lah bila dia join sekaki dengan kakak dan abang nanti. 



Post a Comment

1 Comments

  1. Semoga adik2 kita dapat menjawab soalan peperiksaan dengan hati yang tenang...

    ReplyDelete