Fresh dari pokok.
Yang best tentang durian ni, isinya sangat tebal. Makan seulas pun dah rasa penuh.
Abah saya akan petik dari pokok sebab kalau tunggu dia luruh sendiri buah jadi lebam dah tak cun. Yang masak, kulit dia akan merekah sendiri. Tak pun tunggu dua tiga hari sampai tangkai dia tercabut sendiri. Fuhh...puas makan.
Yang ni pulak proses membuat tempoyak oleh mak saya
Jeruk petai dan tempoyak memang sentiasa ada. Ye lah siapa yang nak habiskan kalau kami-kami kat perantauan ni tak balik kampung. Mak siap kirim kan kat saya kalau adik balik kampung.
Sekarang baru nak berjinak-jinak dengan bercucuk tanam (dalam pasu saja lah). Setakat ni ada pokok kari, daun pandan dan daun kesum. Tapi nak kena jaga selalu sebab ada kucing yang berani jadikan pasu saya ni sebagai tandas dia pulak. Kalau saya nampak memang kena halau (shuhhh dengan mulut je). Pastu mencicit lari.
Pokok tomato: Baru seminggu semai.
Tak sabar nak menyemai pokok-pokok sayur yang lain pulak. Nak jadi urban farmer lah konon-kononnya. Wish me luck ye.
0 Comments