Entri carca merba

Salam semua.

Lama betul saya meng'update' blog ini. Sibuk sikit kebelakangan ini.

Kita sudah pun menginjak ke minggu terakhir Ramadhan. Sedih pula rasanya nak meninggalkan bulan mulia yang penuh keberkatan ini. Semoga Allah memanjangkan umur agar dapat lagi bertemu bulan mulia ini di tahun hadapan.

Alhamdulillah, saya masih lagi mampu meneruskan ibadah puasa di hari ke 25 ini. Si kecil dalam kandungan yang berusia 28+ minggu ini benar2 tidak memberi sebarang masalah. Walaupun, kerap juga ibu terbabas waktu bersahur. Semoga ibu terus bertahan dan dapat berpuasa penuh tahun ini.

Ramadhan kali ini setakat ini, saya hanya berpeluang menunaikan solat Terawih hanya dua malam sahaja. Itupun kerana berpeluang balik ke kampung. Dengan Alisha sekali saya bawa ke masjid. Berbekalkan buku2 dan pensil warna, Alisha tidak mengganggu langsung. Lagipun ramai kanak2 lain yang turut sama bermain dengannya. Bukan tidak teringin untuk menunaikan solat Terawih ini di Puchong, tapi bimbang juga dengan Alisha. Takut saya sedang bersolat, anak entah ke mana. Lagipun, saya bukan kenal sangat dengan jemaah yang lain. Hendak menunaikan sendiri, tahu-tahu saja lah bila dah berdua dengan Alisha.

Persediaan raya?

Baju raya...
Masih lagi menunggu cik suami pulang dari Miri untuk shopping sama2 :)
Esok si dia akan pulang. Gembiranya rasa hati. Ye lah, di penghujung Ramdahan baru mendapat peluang untuk bersahur, berpuasa dan berbuka bersama2.

Kuih raya...
Ada lah beberapa jenis yang saya order dari kawan2. Beli untuk sendiri, mak dan abah di Gerik dan mertua di Keratong.
Malam tadi, saya berjaya membuat biskut raya pertama saya. German Cookies.





sedia untuk dibakar.





Tadaa...

Biskut saya ni terlajak masa sikit, jadi hasilnya sedikit brown. Tapi sedap. Alisha tolong makan sampai tak boleh berhenti :) Tak mengapalah pertama kali cuba.

Lain2 persiapan...
Semua dah ok, tinggal nak pack barang dan balik ke kampung sahaja.
Tahun ini raya pertama, kami sekeluarga akan balik ke Keratong dulu. Raya kedua baru balik ke Gerik. Sepatutnya tahun ini giliran Gerik untuk raya pertama, tapi mak suruh kami beraya di Keratong dahulu memandangkan raya ke tiga mak nak buat kenduri sikit untuk arwah opah. Alih2 tak jadi pulak. Tak ape lah. Rancangan masih tetap tak berubah.





Uishh.... terpanjang la pulak.

Oklah, saya tutup entry kali ini dengan gambar2 Alisha masa balik kampung minggu lepas. Sebab balik berdua je, kami naik bas sahaja. Tuan puteriku ini memang pantang nampak air. Jadi saya belikan dia pool untuk dia main2 puas dan tinggalkan di kampung saja. Manalah rumah atas kayangan saya tu ada ruang nak tempatkan benda alah ni semua.











Akhir kata..

Selamat menyambut Syawal buat kawan2 semua.



p/s: memang carca merba kan entri saya kali ini?



:)

Post a Comment

1 Comments

  1. salam shila..
    sorry,baru nak menjengah ke sini =p

    saya doakan mudahan shila selamat melahirkan ye nanti..tak sabar nak pegang baby lagikan..alisha pun da besar....mesti tak sabar2 nak ada kawan baru.. =p

    da bersalin update tau!

    ReplyDelete