Salam Februari semua. Rasa macam
sekejap saja sudah selesai sebulan kita di tahun 2018. Dah ada yang merancang
percutian ke? Mac nanti ada cuti sekolah kan. Macam akak yang ada anak bersekolah
ni, memang nak kena tunggu long weekend atau pun cuti sekolah yang panjang lah
baru nak merancang holiday. Bercerita tentang holiday, ada benda yang akak nak
share dalam ni. Sebut pasal percutian, mestilah berkaitan dengan dengan tempat
penginapan dan tempat-tempat yang menarik yang boleh korang lawati! .Apa yang akak
nak share ni sebuah hotel yang sesuai sangat kepada korang yang nak holiday ke
luar negara mahu pun di bandaraya Kuala Lumpur. Dengan harga yang ditawarkan
sangat tak masuk akal, serendah RM200++, kita boleh nikmati keselesaan
penginapan hotel yang tip top.
Hotel yang akak maksudkan ini ialah Tune
Hotel KLIA2. Haaa pernah dengar tak nama hotel ini? Bagi yang biasa travel,
korang mesti pernah menginap di Tune Hotel KLIA2 kan… dan bagi yang tak pernah
dengar, korang layan je akak nak cerita apa yang menarik sangat tentang hotel
ni. Untuk pengetahuan korang, Tune Hotel KLIA2 ialah Airport Transit Hotel yang
terletak di Sepang. Ia bersambung terus ke terminal klia2 melalui laluan
pejalan kaki yang berbumbung. So senang la kepada korang yang tinggal jauh tu
nak pergi melancong ke luar atau pun dalam negara. Tak perlu pening kepala nak
fikir tentang masa untuk drive ke airport dan parking. Naik je grab atau uber
dan menginap di Tune Hotel KLIA2 ni. Yelah tak kan flight korang petang ni,
hari ni juga korang baru nak datang ke KLIA2 ni betol tak? Lain lah kalau
korang memang ada orang yang menghantar ke sana. Hello….timing kena betul.
Karang tak pasal2 tertinggal kapal terbang pulak. Menangis.
Tune Hotel KLIA2 ni menawarkan bilik
bilik yang berkonsepkan modern kotemperori. Terdapat lapan jenis bilik yang
disediakan di sini di mana setiap bilik di sini mempunyai kelebihan yang
tersendiri dengan harga yang berbeza. Walaupun harga yang berbeza bagi setiap
bilik, tapi harga yang di tawarkan di sini sangat berpatutan. Antara bilik yang
boleh korang pilih ialah Double Room,
Double room with breakfast, Twin room, Twin room with breakfast, Premium queen
room, Premium queen room with breakfast dan banyak lagi . Macam hotel yang
lain juga, Tune Hotel KLIA2 ni juga menawarkan perkhidmatan TV satelit skrin
rata, peti keselamatan, meja, bilik mandi peribadi yang menyediakan pancuran
mandian, pengering rambut serta kelengkapan mandian percuma. Selain itu, kemudahan
wifi percuma juga turut disediakan kepada sesiapa yang menginap di hotel ni.
Bukan itu sahaja, hotel ni juga mempunyai ruang untuk korang berehat-rehatkan
badan korang yang letih tu. Kalau korang
nak tahu lebih lanjut, korang survey dulu. Bukan apa, nanti kalua akak
senaraikan semuanya kat sini, dah tak surprise
lah nanti. Senang nanti korang nak buat pilihan
mengikut budget yang dah ditetapkan.
Yang bestnya lagi, hotel ni terletak
bersebelahan dengan Gateway @ klia2, kompleks beli-belah dan tempat hiburan. So
sempatlah kalau korang nak shopping atau dating
sebelum nak naik flight tu. Mana la tau kalau-kalau flight orang delay atau pun duration flight korang tu
lapan jam ke atas. Boleh lah kita enjoy dulu sambil menunggu tu.
Kalau korang nak tahu lagi, hotel ni
terletak berhampiran dengan Litar sepang F1 yang terkenal tu. So, untuk korang
yang suka tengok lumba-lumba ni korang boleh la stay di Tune Hotel ni bila
perlumbaan pusingan di Malaysiaberlangsung. Kalau tak silap aku november nanti.
Lebih kurang 6 minit sahaja masa yang diambil untuk ke Litar F1 Sepang dari
hotel ini.
Ok, itu sahaja perkongsian akak dengan korang pasal Tune Hotel KLIA2 ni. Oh! Lupa pula akak nak bagitau, Tune
Hotel KLIA2 ini merupakan salah satu hotel yang terbaik di Sepang. Sebabnya,
ramai tetamu yang pernah menginap di sini berpuas hati dengan servis, fasiliti
dan bilik yang disediakan. Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang ditawarkan di
Tune Hotel KLIA2 korang boleh find out Tune HotelKLIA2 on Traveloka sekarang! Jangan lepaskan peluang tau J
Image source: google
3 Comments
one of my fav choice sbb dekat sgt dengan klia2 especially bila ade flight awal pg
ReplyDeletewah
ReplyDeletecantik juga nampak hotel nya
bestnyaaa...nampak menarik kan..bolehlah try next time. Tq Ila for info :)
ReplyDelete