Doa Agar Barang Yang Dicuri Dikembalikan

Semakin teruk agaknya situasi negara kita yang tercinta ni. Pencuri sudah semakin berani mencuri di siang hari. Bukannya benda yang kecil. Motosikal tau. Dan bukannya di tempat yang terlindung. Di tempat orang ramai yang sedang lalu lalang.  Tak sampai pun setengah jam tinggalkan motorsikal tu untuk beli santan dan timun. Kejadian ni berlaku pada hari ahad baru ni.

Kata MR..... Alhamdulillah. Rezeki si pencuri.

Walaupun perit. Terpaksa terima juga. Baru setahun pakai motor LC tu. Dah habis bayar pulak tu. Kebetulan pulak roadtax dah tamat tempoh 1 Februari lepas. Tak sempat nak renew lagi. Report pun dah submit. Memang tak de peluang nak claim insurans lagi. Itu lah, cuai lagi tak nak renew awal-awal. Masa buat report, pegawai yang bertugas tu maklumkan, ini kejadian pertama yang dilaporkan berlaku kat tempat kejadian. Kebiasaannya di waktu malam di kawasan perumahan.

Doa Agar Barang Yang Dicuri Dikembalikan

Terpaksa lah guna motor lama balik. MR kata, pedih hati bila penunggang yang bawa LC potong dia kat jalan. Nak beli baru pun kena fikir dua tiga kali dulu. Adu du du. Kalau ada jodoh, harap jumpa balik lah motor tu. Itu pun kalau tak dibaraikan. Tapi kata pegawai polis tu lagi, biasanya diorang akan guna seketul balik. Kena doa banyak-banyak ni.

Sebagai ikhtiar agar barang yang dicuri dikembalikan, ada doa yang boleh diamalkan. Lafaz doa tersebut adalah dari Surah Ar Ra'd, Ayat 31.


Doa Agar Barang Yang Dicuri Dikembalikan

Doa Agar Barang Yang Dicuri Dikembalikan
1. Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil barang tersebut. Kalau tidak pasti, bayangkan saja wajah orang secara umum. 

2. Baca ayat dari surah Ar-Ra’d ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam sebelum tidur. Sebelumnya, maafkanlah semua orang termasuk si pencuri tersebut dan niat kita hanya memohon agar barang tersebut dikembalikan. Dengan izin Allah barang tersebut akan kembali dipulangkan secara diam-diam.

Moga doa ini bermanfaat kepada kita semua. Walaupun dah 3 hari berlalu, moga Si Pencuri diberi kesedaran. Semuanya kuasa Allah.


Post a Comment

0 Comments