Bila anak demam.

Bila anak demam | Kadar demam denggi di kawasan perumahan Cik Ila memang tinggi. Tahun lepas, MR pun terkena wabak demam denggi ni. Jadi, memang tak boleh ambil mudah. Bila anak-anak demam, mulalah Cik Ila risau, takut terkena pada anak-anak. Kebiasaannya, sehari dua hari demam akan kebah selepas diberi ubat. PCM memang sentiasa ada  saja di rumah. Tapi kalau demam dah melarat sampai 3 hari memang akan bawa ke klinik. Sebagai ibu bapa, kita kena ambil berat bila anak demam kerana ia menunjukkan perubahan status klinikal anak dan kehadiran sesuatu penyakit terutamanya jangkitan kuman. Demam sebagai pertahanan badan jika ada serangan bakteria atau virus.

Petang isnin lepas, teacher tadika Alfeey telefon untuk maklumkan Cik Ila yang Alfeey demam. Suhu masa tu 38.2°C. Tinggi sangat jika nak dibandingkan dengan suhu pagi dalam 36°C. Untuk makluman, purata suhu badan yang normal adalah 36.7°C (julat  36.0 - 37.5°C). Petang tu juga Cik Ila dan MR bawa ke klinik panel sebab bekalan ubat di rumah sudah habis. Doktor check suhu dan periksa pernafasan semua kemudian bagi PCM dan antibiotik.


Ambil ubat sampai hari khamis, demam Alfeey on off saja. Pagi ke tengah hari ok, petang melarat ke malam demam balik. Hari jumaat ubat pun habis, malam nya suhu naik tinggi balik. Adoi....pening kepala omma dia. Pagi tadi (sabtu) bawa ke KK pula. Pukul 7 kami dah keluar, takut ramai orang sebab KK buka sampai pukul 12 tengah hari saja.

nombor giliran KK

Nurse yang bertugas di kaunter saringan tu membebel sebab katanya anak dah demam 5 hari baru nak bawa ke klinik. Aik...dia tak dengar ke apa yang 'aku' cakap ni. Tak pe lah, dia cuma jalankan tugas. Alfeey kena ambil darah untuk FBC. Lepas keputusan keluar, Alhamdulillah, tak de tanda-tanda denggi. Doktor cuma prescibed uphamol saja. Kalau isnin tak sihat juga, terus ke hospital. Balik rumah, lepas dua kali makan ubat, baru mood nak makan dan main datang balik. Harapnya terus kebah lah demam dia.

ubat demam uphamol

Cik Ila draft entri ni lepas bagi dia ubat (pukul 2 pagi). Panas badan ada lagi. Tapi kurang dah. Bagi basah dahi dia sikit dengan kain lembab. Ni slowly turun dah panas tadi. Tak boleh nak lena bila anak tak sihat. MR pula kerja malam ni. Asyik tidur dan jaga berkali-kali malam semalam, seharian omma dia sakit leher. Risau lah dengan demam ni. Takut tak sedar suhu naik tinggi. Boleh kena 'Febrile Fit'. Nauzubillah. Cepat sembuh ye HERO.

Cara turunkan panas badan anak.

Gunakan tuala kecil dan basahkan dengan air suam (tapid sponge). Letak di dahi, leher, perut, ketiak dan celah peha. Air yang suam ini membantu pembuluh darah dikulit mengembang dan membuka pori-pori kulit untuk mengeluarkan haba panas dari dalam badan

Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga cepat sembuh. Kesian sangat kalau tengok budak2 demam.

    ReplyDelete
  2. Semoga anak Cik Ila cepat sembuh.. Memang kita tak senang duduk kan kalu anak yang sakit..

    ReplyDelete
  3. smoga cepat smbuh.. mmg risau sngt kalau jd pada ahli keluarnga kita kalau demam.

    ReplyDelete