Follow Me @noorshafila

Wednesday, August 30, 2017

Selamat Hari Merdeka ke-60



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari yang bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
MERDEKA!

Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka... merdeka... merdeka
MERDEKA!


Ingat tak lagu ni? Alfeey suka sangat menyanyi lagu ni dalam kereta. Zaman Cik Ila sekolah dulu, setiap kali tiba tarikh hari kemerdekaan, mesti meriah sekolah dengan lagu ni. Banyak aktiviti sekolah diadakan. Dengan bendera Malaysia yang berkibar. Paling best bila ada acara perbarisan di padang. Suka tengok kadet-kadet berkawad. Lagi pulak bila depa buat gerak perlahan jalan. Itu sebab Cik Ila cari suami yang pakai baju beruniform kot. Minat sangat. Hahaha kengkonon la.

Tadi pula masa balik kerja, Cik Ila dengar ikrar rukun negara dalam radio. Lagi semangat pulak nak sambut hari kemerdekaan. Korang ingat tak rukun negara kita.

RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Kepada semua rakyat Malaysia, Selamat Hari Merdeka yang ke 60. 
Semoga negara kita terus aman demi masa hadapan.

Tahniah kepada atlet-atlet sukan SEA 2017 yang berjaya melebihi sasaran emas.
Tahniah juga kepada pasukan bola sepak negara. Anda HEBAT.

MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA





1 comment:

Broaden News