Larian Sukan Sea 2017

Larian Sukan Sea 2017 | 19 Ogos 2017


Larian Sukan SEA 2017 ini adalah dua larian khas dengan jarak 5km dan 15km yang diadakan untuk orang awam bersempena dengan larian Marathon Sukan SEA ke-29 (42.195km). Cik Ila register untuk 5km Fun Run saja. Tak mampu lagi rasanya nak lari 15 km dan ke atas.

Race Kit Collection

Pengambilan Race Kit dibuat di Wisma OCM dari 11-13 Ogos. Tapi untuk Cik Ila punya, running partner yang tolong ambilkan. Cantik lah lah running shirt dia. Bib No: 13646. 

Race Day

Pagi tu, kami sampai di Putrajaya dalam pukul 6.50 pagi. Jalan jauh jugalah nak ke Istana Kehakiman dari tempat parking. Tak payah nak warm-up dah sebab dah mula berpeluh. Alahai, ramai gila orang. Untuk peserta larian 15 km, diorang dah masuk start area sebab diorang akan lari slot pukul 7 pagi. Untuk 5 km, akan start pada pukul 7.30 pagi. 

Masuk je dalam kawasan start area, dah mula nak rasa semput sebab crowded sangat Dah lah laluan tu sempit. Lagi pulak masuk bahagian tengah. Peluh tak selesa mula keluar. Lepas tu, kat belakang memang tak dengar langsung announcement kat depan. Cik Ila start lari bila orang depan gerak.

Tapi mana marshal yang bertugas? Ramai runner yang ambil short cut. Hello...tak baik tau. Semua orang pun nak habis cepat. Tapi kena follow route yang di tetapkan lah. Tentang route pula, penganjur sepatutnya buat proper sinage lah. State lah berapa km yang runner dah lari. Kot blank je dengan gambar harimau yang seekor tu.

Lagi satu, awat yang hampa semua tangkap gambar sebelum finishing line tu. Mana orang yang bertugas kat situ. Kita yang lari ni pulak kena mengelak depa yang sibuk nak bergambar. Awat hampa baru first time lari ka? Ini la kali pertama Cik Ila nampak runner sibuk bergambar sebelum finishing line. Haih....

Selesai lari, kami ambil goodie-bag dulu. Beratur sekejap saja dah dapat. Apa-apa ambil makan pisang dulu. Recover balik energy. Pastu 'kita minum milo dulu'. Tengok medal. Cantik giler. 


Hopefully, kalau ada lagi larian macam ni selepas ni, yang memang ramai peserta, penganjur akan lebih alert dengan kekurangan yang ada dalam event kali ni. Nama larian dah gempak. Sepatutnya semua gempaklah. Kata #bangkitbersama. Tahniah kepada pemenang-pemenang Marathon Sukan Sea 2017.


 Bye Bye Bye




Post a Comment

4 Comments

  1. Cantik la baju dia. Dah lama tak join apa-apa larian. Stay healthy and fit cik ila.

    ReplyDelete
  2. Teringat masa first nak join run, bersemangat beli tiket apa semua, tetiba dapat tahu pregnant. Langsung lah tak penah join pape run. Good job!

    ReplyDelete
  3. Ruby tak sempat nak register larian ni. Sebab dah full 20,000 penyertaan. Bestnyaaa!!!! Argghh medal dia cantik.

    ReplyDelete