Follow Me @noorshafila

Thursday, May 11, 2017

Laksa Penang versi pekat melekat


Kat rumah Cik Ila paling kurang sebulan sekali mesti nak kena buat laksa. Maklumlah MR dan anak-anak penggemar laksa. Kalau nak beli selalu memang tak berbaloi sebab mana cukup makan seorang sebungkus. Hahaha..... Cik Ila pula kalau sekali buat laksa memang rebus terus 2 bungkus laksa tau. Padahal makannya 4 orang je. Seharian lah makan laksa namanya.

Yang terkini, masa MR cakap nak makan laksa, Cik Ila cakap dengan dia... nak buat kuah laksa guna sardin tin. Tengok Datin Iena Azman tu masak macam sedap je. Sungguh-sungguh dia cakap tak mau. Terus dia keluar pergi kedai beli 10 ekor ikan sardin gemuk dan bahan-bahan lain untuk laksa. Makanya jadilah Laksa Penang versi pekat melekat.


Laksa Penang

Bahan-bahan

Laksa - rebus sampai lembut
10 ekor ikan sardin - rebus 
2 biji bawang besar
2 inci belacan
1 senduk cili kisar - 
3 kuntum bunga kantan - belah 4
1 cekak daun kesum
15 keping asam keping

Bahan hiasan

Telur rebus
Timun - dihiris
Cili padi - dihisir
Bawang besar - dihiris
Daun salad - dihiris
Daun Selom - dihiris
Limau kasturi

Cara-cara:

Rebus laksa sampai lembut.

Rebus ikan. Lepas siap, asingkan ikan dan air rebusan. Air rebusan ni kita akan guna untuk buat kuah. Bila ikan dah sejuk, asingkan isi ikan dan kepala & tulang. Blend isi ikan tapi tak perlu hancur. Masukkan balik dalam air rebusan tadi. Blend kepala dan tulang sampai hancur dan tapis air nya ke dalam air rebusan bercampur isi ikan tadi. Yang best guna ikan sardin ni, tulang dia semua akan hancur tinggal serdak je.

Lepas tu, blend bawang besar, belacan dan cili kisar jadi pes dan masuk dalam kuah tadi. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. 

Masak kuah atas api dengan api sederhana sampai kuah masak. Rasa masin dan masam mesti sesuai dengan kepekatan kuah.

Dah siap masak, boleh hidang bersama dengan bahan-bahan hiasan. Kuah Cik Ila buat ni memang tak pedas sebab anak-anak tak makan pedas, jadi omma dan abah depa kena letak cili padi banyak-banyak...baru umph. Bertambah-tambah makan tau.

No comments:

Post a Comment

Tudung Si Comel

tudung sekolah