Reply 1988

Sejak drama GOBLIN tamat, mood Cik Ila nak menonton drama korea tetiba hilang. Banyak cerita lain yang sedang di tayangkan sekarang ni macam Saimdang, Hwarang dan etc. Tapi aura tak sampai lagi. Ni gara-gara tonton gabungan dua pelakon kegemaran Cik Ila iaitu Gong Yoo dan Lee Dong Wook kot. Drama melayu pun sama. Lepas drama Sayang Papa Saya Tak? tamat, macam dah tak de cerita lain yang best.

Eh... Cik Ila ni dah kenapa? Penangan hari-hari TERPAKSA tengok Zootopia, Norm of the North dan Zombi Kilang Biskut kah. Cuti Thaipusam semalam memang anak-anak tengok 3 cerita tu saja. Sampai boleh hafal scene dan dialog. Nasib baik cuti sekolah. Psstt....cuti sekolah memang Cik Ila bagi depa berdua tu rehat tak pegang buku sangat. Kesian lah pagi petang sekolah.

Tapi semalam, selepas anak-anak semua dah tidur. MR pula kerja. Mata Cik Ila tak boleh lelap, saja nak restkan badan sambil lepak atas sofa depan tv tertekan channel tvN yang tengah tayang drama Reply 1988. Macam menarik pulak, terus je layan sampai habis. Episod yang Cik Ila tengok ni episod 6/8. Macam best je. Nak kena tengok lah. Yay... ada cerita baru. (Oopss...drama ni released pada tahun 2015-2016 sebenarnya). Jom tengok sinopsis drama Reply 1988 ni.


Reply 1988

Reply 1988 ni mengisahkan persahabatan 4 pelajar sekolah tinggi iaitu Duk-Sun (Hyeri), Jung-Hwan (Ryoo Joon-Yeol), Sun-Woo (Ko Gyung-Pyo) and Dong-Ryong (Lee Dong-Hwi) dan seorang pemain Go yang terkenak iaitu Taek (Park Bo Gum). Diorang ni dah berkawan dari kecil lagi. Taek ni dah berhenti sekolah. Jadi hanya empat orang tu je lah kawan dia. Tempat melepak depa kat bilik si Taek tu lah. Dah anak-anak rapat, family depa pun rapat juga lah. Lagi pulak depa ni berjiran. Nak tau cerita selanjutnya kenalah tengok sendiri ye.

Korang yang peminat drama Korea ni, boleh lah cuba tengok. Mana tahu, kot tersuka juga macam Cik Ila.


Post a Comment

2 Comments

  1. samala..lepas habis Goblin xde mood nak layan drama korea sekarang..hihi
    Reply Series mmg best, kte plg suka Reply 94 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Ini yang pertama Cik Ila nak tengok.

      Delete