Formal wear untuk gaya harian



Pernahkah anda terfikir untuk menggayakan pakaian formal yang dipakai untuk bekerja setiap hari sebagai pakaian kasual yang dipakai untuk keluar bertemu janji atau membeli belah dan sebagainya?

Anda sebenarnya boleh menggayakan pakaian formal sebagai pakaian kasual. Ia bergantung kepada bagaimana anda menggayakannya. Hanya dengan beberapa mix & match, anda dengan mudahnya menghasilkan best outfits  yang kasual daripada pakaian formal. Yang sesuai untuk bekerja dan kemudiannya keluar melepak dengan kawan-kawan.

Bagaimana kita boleh menggayakan blazer, pencil skirt, cigarette trousers agar kelihatan unik sesuai dengan aktiviti kasual setiap hari?


1. Blazer

Blazer bukan hanya sekadar pakaian formal yang boleh kita pakai ke tempat kerja atau untuk urusan rasmi. Kalau kena dengan gayanya ia akan menjadi pakaian kasual yang menarik. Apa yang boleh anda lakukan adalah menyarungkan blazer sebagai pakaian luar. Ia boleh dipadankan dengan dress atau jeans dan sebagainya.



2. Pencil Skirt


Bagi wanita yang bekerja di pejabat, pencil skirt sudah semestinya outfit yang ada di dalam almari pakaian anda. Bagaimana cara terbaik untuk menggayakannya secara kasual? Pakai bersama fitted top atau t-shirt dan padankan dengan sneakers atau flats serta gabungan warna sudah menjadikan ia kelihatan menarik. Anda juga boleh mengenakan legging sekiranya ingin menutup bahagian kaki anda yang terdedah.


3.  Cigarette Trousers


Cigarette trouser atau formal pant juga boleh digayakan sebagai pakaian kasual. Hanya dengan sehelai, anda boleh gayakan dengan pelbaga gaya. Untuk gaya yang ringkas, anda boleh padankan dengan crop top dan ballet flats. Untuk kelihatan lebih elegan, anda boleh padankan dengan kasut bertumit rendah. 


Dengan sedikit idea ini, adakah anda sudah bersedia untuk menggayakan pakaian formal dalam gaya kasual setiap hari? Apakah gaya yang menjadi kegemaran anda? Jom kongsikan dengan Cik Ila.


Post a Comment

0 Comments