Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan

Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan

Hai korang :) Cik Ila masih gigih berusaha mencabar diri dalam 31 Days Challenge anjuran page JDT blogger ni. Macam yang Cik Ila bagi tau sebelum ini dalam cabaran day 1, Cik Ila memang tak ramai kawan. Kawan Cik Ila hanya kawan-kawan di sekolah, di U dan di tempat kerja saja.

Meh kita tengok gambar-gambar yang jadi pilihan Cik Ila :)

Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan

Gambar ni masa hari raya tingkatan 5. Korang dapat cari mana satu Cik Ila tak? Jauh nau beraya hari tu...sampai kena naik bas. Sekarang dah tak berhubung sangat dah. Hanya di FB je. Tu pun nak bertegur sapa susah. Ye lah, masing-masing dah berkeluarga dan ada kehidupan sendiri.

Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan
2009

Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan
2013

Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan
2014/2015

Ini pulak gambar dengan kawan-kawan sepejabat beberapa tahun lepas. Dari zaman bujang dan anak dah dua masa tu. Badan pun nampak macam semakin membesar :) Percaya tak tempat kerja ni ah satu-satu tempat kerja yang Cik Ila berkerja selepas grad dulu. Dah lebih 10 tahun di sini.

Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan

Ini paling latest bergambar dengan kawan. Tahun lepas. Tengah pregnant 9 bulan. Cik Puan ni yang Cik Ila rapat di tempat kerja. Hehehe....

Tapi dalam banyak-banyak kawan yang Cik Ila ada. Yang ni lah kawan dunia akhirat Cik Ila. Sentiasa doakan kebahagian dia. Sentiasa berhubung dengan di siang dan malam, susah dan senang. Pendengar cerita yang setia.


My precious mak.

Wokeh. Selesai cabaran hari ni. Harap ada yang sudi berkawan dengan Cik Ila. Walaupun hanya di alam maya ni. Jumpa esok untuk cabaran yang seterusnya.

Day 3 Challenge: Gambar dengan kawan



Post a Comment

7 Comments

  1. wowwowoww!!! tahniah dah day 3 !!
    komen sini jom http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

    ReplyDelete
  2. meriahnya kawan-kawan dia :)

    http://www.kasihjuju.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-4.html

    ReplyDelete
  3. Walaupun masa berlalu dengan pantas, ada satu saja yang maintain iaitu senyuman Cik Ila.. =)

    ReplyDelete
  4. datang melawat kawan-kawan. hehehehe


    *drop by from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-3-gambar-dengan-kawan.html

    ReplyDelete
  5. Uyul pun tak ramai kawan Kakk. Hehehe. Ada 6 ketul je. Mehh komen sini jugak http://www.uyulrosli.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

    ReplyDelete