Day 17 Challenge: Kenangan pahit


Bercakap tentang kenangan pahit ni. Cik Ila ada satu. Rasanya pengalaman yang paling pahit dan menakutkan bagi diri Cik Ila dan keluarga.

Perkara ni berlaku pada tahun 2007 di mana Cik Ila telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Turut sama masa tu adalah mak dan adik bongsu. Tak tahu macam mana boleh berlaku tapi Cik Ila dapat rasa kereta dirempuh di bahagian kanan dan berpusing beberapa kali sebelum masuk ke dalam longkang di tepi jalan. Mungkin Allah nak panjang kan umur kami ketika itu. Kalaulah jatuh ke bahagian kiri jalan memang terjun gaung lah kami bertiga.

Masa tu dalam pukul 7 pagi rasanya. Perjalanan kami dari KL nak balik kampung. Kalau tak silap dalam 30-45 minit lagi nak sampai rumah. Allahuakbar....rupa-rupanya telah banyak kemalangan yang berlaku di tempat yang sama. Nasib baik masa tu orang ramai baru nak keluar kerja. Jadi ramai yang membantu. Tapi tak tahu lah dari mana kekuatan tu datang, mungkin sebab tekad nak keluarkan mak, Cik Ila boleh tendang pintu hingga terbuka sebab keadaan kereta masa tu terbaring ke sisi dan mak memang di bawah.

Dua lelaki yang terawal sampai kat situ banyak membantu. Seorang melayu masih muda dan seorang cina yang agak berumur. Tapi sayang, dalam keadaan ketika tu, Cik Ila tak sempat nak ucapkan terima kasih pada mereka berdua yang bersusah payah keluarkan mak.

Sampai sekarang, Cik Ila trauma dengan jalan di kawasan tu. Tiap kali balik kampung, bila sampai jalan tu aje, jantung mesti berdegup kencang.

Mmm..ini lah satu-satunya kenangan pahit yang tak dapat Cik Ila lupakan sampai lah sekarang. Nak letak gambar pun, Cik Ila tak dapat nak cari gambar-gambar tu lagi. InsyaAllah, ada rezeki jumpa gambar-gambar tu, Cik Ila tempek kat sini. Korang yang baca ni, hati-hati lah kat jalan raya ye. Hanya dengan satu saat je boleh buat kita kehilangan nyawa.


Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI





Post a Comment

0 Comments