Follow Me @noorshafila

Tuesday, January 31, 2017

Harga Minyak RON95, RON97 dan Diesel bagi bulan Februari 2017

January 31, 2017 0 Comments
Harga Minyak RON95, RON97 dan Diesel bagi bulan Februari | Naik lagi!!!

Harga rasmi bagi ketiga-tiga minyak untuk bulan Februari adalah seperti berikut:

RON95 - RM2.30 seliter

RON97 - RM2.60 seliter

Diesel - RM2.15 seliter

Masing-masing mengalami kenaikan sebanyak 20 sen dan 10 sen jika dibandingkan dengan bulan Januari yang lalu.

Minyak naik bulan Februari 2017

Mmm... semuanya naik.

Formal wear untuk gaya harian

January 31, 2017 0 Comments


Pernahkah anda terfikir untuk menggayakan pakaian formal yang dipakai untuk bekerja setiap hari sebagai pakaian kasual yang dipakai untuk keluar bertemu janji atau membeli belah dan sebagainya?

Anda sebenarnya boleh menggayakan pakaian formal sebagai pakaian kasual. Ia bergantung kepada bagaimana anda menggayakannya. Hanya dengan beberapa mix & match, anda dengan mudahnya menghasilkan best outfits  yang kasual daripada pakaian formal. Yang sesuai untuk bekerja dan kemudiannya keluar melepak dengan kawan-kawan.

Bagaimana kita boleh menggayakan blazer, pencil skirt, cigarette trousers agar kelihatan unik sesuai dengan aktiviti kasual setiap hari?


1. Blazer

Blazer bukan hanya sekadar pakaian formal yang boleh kita pakai ke tempat kerja atau untuk urusan rasmi. Kalau kena dengan gayanya ia akan menjadi pakaian kasual yang menarik. Apa yang boleh anda lakukan adalah menyarungkan blazer sebagai pakaian luar. Ia boleh dipadankan dengan dress atau jeans dan sebagainya.



2. Pencil Skirt


Bagi wanita yang bekerja di pejabat, pencil skirt sudah semestinya outfit yang ada di dalam almari pakaian anda. Bagaimana cara terbaik untuk menggayakannya secara kasual? Pakai bersama fitted top atau t-shirt dan padankan dengan sneakers atau flats serta gabungan warna sudah menjadikan ia kelihatan menarik. Anda juga boleh mengenakan legging sekiranya ingin menutup bahagian kaki anda yang terdedah.


3.  Cigarette Trousers


Cigarette trouser atau formal pant juga boleh digayakan sebagai pakaian kasual. Hanya dengan sehelai, anda boleh gayakan dengan pelbaga gaya. Untuk gaya yang ringkas, anda boleh padankan dengan crop top dan ballet flats. Untuk kelihatan lebih elegan, anda boleh padankan dengan kasut bertumit rendah. 


Dengan sedikit idea ini, adakah anda sudah bersedia untuk menggayakan pakaian formal dalam gaya kasual setiap hari? Apakah gaya yang menjadi kegemaran anda? Jom kongsikan dengan Cik Ila.


Saturday, January 28, 2017

Sayang Papa Saya Tak?

January 28, 2017 2 Comments
Siapa tengok drama Sayang Papa Saya Tak?

Dah masuk separuh jalan, baru Cik Ila nak tengok. Hehehe...luculah lakonan Emma Maembong dalam drama ni. Cerita ni merupakan drama kedua lakonan Emma Maembong yang Cik Ila tonton. Gandingan Emma dan Hisyam Hamid memang menjadi. Tambah pulak Si Comel Qalish yang dilakonkan oleh anak buah Emma Maembong sendiri iaitu Seri Aileen.

Kelakar sangat tengok watak Emma Maembong yang tak habis-habis dengan duit. Semuanya duit sampaikan hadiah yang diberi pun dijual balik untuk dapatkan duit. Watak Azyan yang dibawa oleh Wan Sharmila pun best. Nampak annoying tapi kelakar.


Sekali-sekala menonton drama macam ni seronok juga. Konflik yang ada pun ringan je. Cik Ila kalau tengok drama melayu tak suka jalan cerita yang terlalu heavy.

Tak sabar nak tunggu kesudahan cerita ni. Nak habis dah rasanya. Jangan lupa saksikan drama bersiri Sayang Papa Saya Tak yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Tempat yang ingin dilawati

January 28, 2017 1 Comments

Tempat yang ingin dilawati | Cik Ila ni suka berangan tau. Bila berangan tu, ikut situasi apa yang sedang dibuat masa tu. Dulu-dulu masa era hisdustan tengah rancak,  bila tengok filem hindustan je, mulalah pasang angan-ngan nak melawat tempat-tempat menarik yang ada dalam filem tu. Mati-mati ingat tempat-tempat tu di India saja. Rupanya di merata-rata seluruh dunia. Kalau ada peluang, teringin nak melancong mengelilingi dunia.

Bila drama korea masuk, mula lah berangan nak ke Korea pula. Seronok tengok pantai di sana dan kawasan-kawasan salji depa. Boleh hembus-hembus keluar asap dari mulut. Kelakarkan. InsyaAllah, angan-angan nak ke sana tu masih ada. Lagi pula, bila menonton rancangan 2days 1night. Banyaknya tempat menarik di Korea.

Bila fikir tentang anak-anak, mulalah berangan nak bawa depa melawat taman tema Disney pulak. Mesti seronok anak-anak kalau dapat pergi sana. InsyaAllah, buat masa terdekat ni nak bawa depa pergi ke Legoland dulu. Jalan-jalan dalam Malaysia tercinta.

Tapi, tempat yang betul-betul jadi idaman Cik Ila adalah Mekah. 

Tempat yang ingin dilawati

Kalau dijemput Allah, nak pergi satu keluarga. 

InsyaAllah.

Tunggu entri cabaran seterusnya pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI


Thursday, January 26, 2017

Wishlist barang baru sempena tahun baru

January 26, 2017 5 Comments
Ada yang masih lagi dalam mood tahun baru? Cik Ila masih lagi dalam mood tahun baru tau :)

Setiap kali tahun baru mesti semua orang ada azam tahun baru termasuk lah perancangan beli belah untuk menambah apa yang patut dalam rumah. Termasuklah cik hakak ni. Dan kalau shopping mesti lah untuk kegunaan semua. Maklumlah rakyat ramai. Hehehe..yang penting, orang-orang tersayang bahagia dan Cik Ila pun senang hati.

Jadinya, untuk budget keluarga tahun ni, Cik Ila dah ada beberapa wishlist. Kalau dapat semuanya tahun ni memey lah syiok habis.

Ni wishlist pertama Cik Ila. Philips Steam Generator Iron

Dah berangan betapa senangnya kerja hujung minggu iaitu menggosok baju kerja Cik Ila dan MR serta baju sekolah anak-anak. Dengan iron sekarang ni, mau sejam lebih baru siap semua kerja menggosok. Lenguh-lenguh kaki berdiri. Rata-rata yang Cik Ila tengok yang pakai steam iron ni bercerita mudahnya kerja menggosok depa. Itu yang teringin sangat nak juga. Dapat jimatkan masa.



Harga asal RM1199. Tengah offer 50% jadi RM597. Jimat bangat ni.




Bestkan vacuum cleaner yang boleh berdiri sendiri ni. Cordless pulak tu. Senang sangat. Tak lah semak dengan wayar bila buat kerja. Sejak ada Aleena ni, rumah memang nak kena bebas habuk selalu. Tambah pulak bila dia meniarap dan berpusing-pusing. Habis bawah meja dan kerusi dia masuk. Ada vacum ni tak payah lah pegang penyapu selalu. Sedut je. Tak de lagi debu atau habuk di lantai.


Ini pun tengah offer sekarang. Harga sekarang RM499 je.




Bebas minyak. Bebas Asap. Kata nak hidup cara sihat :) Kat rumah Cik Ila tu, banyak makan makan yang bergoreng. Ikan lah, ayam lah, fries lah, nugget lah. Macam-macam. Ikut selera anak. Kalau guna Riino Air Fryer ni dapat jimatkan gas dan juga tenaga elektrik. Design pun menarik.


Harga RM499 selepas potongan harga. 




Asyik tengok iklan kat tv je tentang Happycall pan ni. Tu yang teringin juga. Dari tahun lepas nak beli tapi asyik tak terbeli je. Mau Cik Ila masuk dapur hari-hari kalau dapat ni.


Harga sekarang RM303.




Akhir sekali, nak juga beli tilam inflatable ni letak dalam kereta. Anak-anak Cik Ila, asal masuk kereta je lepas setengah jam mesti tidur. Tak kira lah ke mana pun. Nak kena lipat tempat duduk dan bentang toto pulak. Leceh betul. Ada tilam ni masukkan angin dah boleh pakai. Anak pun dapat tidur dengan selesa. lagi pulak bila balik kampung.


RM119 je sekarang ni. 

Ni lah wishlist Cik Ila tahun ni. Hehehe....kita window shopping kat LAZADA je dulu. Masuk dalam wishlist. Nanti dah cukup rupiahnya baru masuk cart.

Korang nak tau tak, kat LAZADA sekarang ni tengah berlangsung CNY Red Hot Sale. Kalau korang masuk ke web LAZADA sekarang memang banyak potongan harga yang menggoncang iman dan wallet korang. Yang nak sambut Tahun Baru Cina pun mesti nak shopping sakan sebelum hari besar tu. Erk...akak yang tak raya pun excited nak bershopping jugak ni.

Eh..lupa pulak nak kira berapa budget wishlist Cik Ila ni.
RM597+RM499+RM499+RM303+RM119 = RM2017

RM2017!!! Kena lah dengan tahun 2017. Manyak Ong.

Jom lah shopping kat LAZADA ni.






Pingat Emas Usain Bolt di tarik balik

January 26, 2017 0 Comments
Follow my blog with Bloglovin

Usain Bolt

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dah umumkan penarikan balik pingat emas yang dimenangi oleh Usain Bolt dalam acara 4x100m bersama-sama ahli kuartet Jamaica yang lain selepas Nesta Carter disahkan terbabit dengan doping, dalam semakan semula ke atas semua sampel.

Pingat emas Usain Bolt ditarik balik

Cik Ila ingatkan Olimpik Rio 2016. Rupanya penarikan pingat emas ini adalah untuk acara 4x100m dalam temasya Olimpik Beijing 2008. Ish....hampir 9 tahun ni. Tapi secara tak langsung turut menjejaskan pungutan pingat yang diraih oleh Usain Bolt.


Wednesday, January 25, 2017

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

January 25, 2017 5 Comments
Follow my blog with Bloglovin

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

Segmen ni anjuran Mellya yang comel. Selalu Cik Ila lupa nama blog dia sebab social media dia guna nama Fhatin Amelia. Sedap nama secomel tuan dia. Rasanya hujung tahun lepas kot Cik Ila mula follow social media dia :)

Walaupun dah lama Cik Ila ber blog, tapi baru tahun lepas mula aktif balik. Baru ada hati nak promot cikilamenari. Rugi kan. Harap korang yang singgah di cikilamenari sudi follow blog ni dan juga social media Cik Ila. Bole kenal-kenal. Mana tau tetiba terserempak kat jalan ke, kat station minyak ke, boleh lah bertegur sapa :)

Korang yang nak join segmen ni boleh klik banner kat atas untuk tahu syarat2nya.
Tempoh segmen: 24 Januari - 31 Januari.

Social media Cik Ila; kalau sudi terjah la ya;

facebook - Shafila Ila
twitter - cikila_menari
bloglovin - noor shafila
instagram - noor shafila

Entry pasal Cik Ila ada di sini, kalau rajin nak baca korang ke sana lah ye. ;

Ok itu saja. selamat berkenalan semua :)

Sunday, January 22, 2017

Day 18 Challenge: Kenangan manis

January 22, 2017 0 Comments

Setiap hari bersama orang tersayang adalah kenangan manis Cik Ila.

Saat membesar disamping mak dan abah.
Saat bermain dengan adik-adik.
Zaman belajar dengan kawan-kawan.
Semasa jadi raja sehari.
Saat-saat ketika hamil dan bersalin.
Saat-saat membesarkan anak-anak.

Semuanya terlalu berharga.


MR tak de boleh tahan lagi tapi budak bertiga ni tak de... mau mati kutu.

Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI





Saturday, January 21, 2017

Day 17 Challenge: Kenangan pahit

January 21, 2017 0 Comments

Bercakap tentang kenangan pahit ni. Cik Ila ada satu. Rasanya pengalaman yang paling pahit dan menakutkan bagi diri Cik Ila dan keluarga.

Perkara ni berlaku pada tahun 2007 di mana Cik Ila telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Turut sama masa tu adalah mak dan adik bongsu. Tak tahu macam mana boleh berlaku tapi Cik Ila dapat rasa kereta dirempuh di bahagian kanan dan berpusing beberapa kali sebelum masuk ke dalam longkang di tepi jalan. Mungkin Allah nak panjang kan umur kami ketika itu. Kalaulah jatuh ke bahagian kiri jalan memang terjun gaung lah kami bertiga.

Masa tu dalam pukul 7 pagi rasanya. Perjalanan kami dari KL nak balik kampung. Kalau tak silap dalam 30-45 minit lagi nak sampai rumah. Allahuakbar....rupa-rupanya telah banyak kemalangan yang berlaku di tempat yang sama. Nasib baik masa tu orang ramai baru nak keluar kerja. Jadi ramai yang membantu. Tapi tak tahu lah dari mana kekuatan tu datang, mungkin sebab tekad nak keluarkan mak, Cik Ila boleh tendang pintu hingga terbuka sebab keadaan kereta masa tu terbaring ke sisi dan mak memang di bawah.

Dua lelaki yang terawal sampai kat situ banyak membantu. Seorang melayu masih muda dan seorang cina yang agak berumur. Tapi sayang, dalam keadaan ketika tu, Cik Ila tak sempat nak ucapkan terima kasih pada mereka berdua yang bersusah payah keluarkan mak.

Sampai sekarang, Cik Ila trauma dengan jalan di kawasan tu. Tiap kali balik kampung, bila sampai jalan tu aje, jantung mesti berdegup kencang.

Mmm..ini lah satu-satunya kenangan pahit yang tak dapat Cik Ila lupakan sampai lah sekarang. Nak letak gambar pun, Cik Ila tak dapat nak cari gambar-gambar tu lagi. InsyaAllah, ada rezeki jumpa gambar-gambar tu, Cik Ila tempek kat sini. Korang yang baca ni, hati-hati lah kat jalan raya ye. Hanya dengan satu saat je boleh buat kita kehilangan nyawa.


Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI





Friday, January 20, 2017

Day 16 Challenge: List nama samaran

January 20, 2017 0 Comments

Nama samaran?

Cik Ila Menari kot. Sempena nama blog ni. Lain-lain guna nama asal yang mak dan abah bagi je.

Ila - panggilan dari mak, abah, kakak dan abg ipar, mak2 dan bapa2 sedara.

Cik Ila - panggilan dari anak buah dan juga nama ganti diri dalam blog ni.

Kak Ila - panggilan dari adik2 dan adik2 ipar serta sepupu.

Shafila - kawan2 dan urusan kerja.

Sayang/ibu - panggilan dari MR dan anak2.

Itu je kot. Korang pulak?

Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI



Thursday, January 19, 2017

Day 15 Challenge: Wallpaper phone @ laptop

January 19, 2017 1 Comments


Separuh perjalanan dah tempuh :)

Untuk cabaran hari ni, Cik Ila nak kongsi wallpaper phone @ laptop.
Disebabkan gambar wallpaper kedua-dua gadget ni sama je, Cik Ila letak yang phone sajalah ye.

Taraaa...
Mestilah budak bertiga ni. 
Dasar mak kan.
Hehehe....wallpaper phone@laptop korang apa pulak?


Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI


Tuesday, January 17, 2017

Day 13 Challenge: 10 perkara disukai dan tidak

January 17, 2017 1 Comments


Ok...cabaran day 13 adalah 10 perkara disukai dan tidak.

10 perkara disukai
  1. MR - suami peliharaan kesayangan. Suka sangat-sangat.
  2. Triple AA - mestilah Alisha, Alfeey dan Aleena. Kan anak-anak kesayangan.
  3. Balik kerja - balik kerja ke rumahku syurgaku. Hilang segala stress.
  4. Balik kampung 
  5. Korean Drama
  6. Mengemas
  7. Kopi
  8. Memasak
  9. Makan
  10. Google
10 perkara tidak disukai
  1. Penyibuk
  2. Berpura-pura
  3. Syak wasangka
  4. Penipu
  5. Mulut murai
  6. Lambat
  7. Lembab
  8. Suka mengarah
  9. Internet down
  10. Lipat baju
Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI

Symphony Life That '70s Run

January 17, 2017 2 Comments
Best rupanya aktiviti berlari ni. Tapi kesan selepasnya tu yang tak menahan. Maklumlah badan tak pernah kena dera berlari jauh. Dah dua hari pun masih sakit-sakit lagi. Lagi pulak nak naik rumah ke tingkat 5. Terkengkang-kengkang berjalan macam baru lepas beranak. Eh melalut pulak. Sebenarnya nak cerita, Ahad lepas Cik Ila join Symphony Life That '70s Run. Cik Ila register larian ni dengan kawan pejabat. Yuran penyertaan cuma RM60 untuk Fun Run 5km. Dapat T-Shirt race, finisher medal dan snack pack.


Larian ni mula tepat pukul 7.30 pagi. Tapi sebelum tu ada warm up session selama 10 minit. Hahaha..dah nama pun '70s run, kena lah menari ala-ala '70s. 


Haruslah kena selfie dulu sebelum mula. Abai kan saja muka yang chubby itu ye. 


Ramai juga yang dressing '70s. Bell bottom dan Afro. Dah nama pun fun run. Tak de lah lari sungguh2 nak menang. Tak larat nak lari, kita jalan dulu amik nyawa :)


Cik Ila semput juga sementara nak sampai check point pertama. Ada dua check point. Mestilah kena menari lagi. Dan setiap check point akan dapat gelang getah ni. Tak de ni, tak dapat medal pulak nanti :)



Keseluruhannya, Cik Ila ambil masa 70 minit untuk habiskan larian 5 km ni. Ok lah kot untuk percubaan pertama. Lega rasa bila dapat habiskan.


Yay!!!




Day 12 Challenge: Pengalaman Seram

January 17, 2017 1 Comments


Hi uols,

Cik Ila hutang lagi entri cabaran Day 12 iaitu Pengalaman Seram
Jeng...jeng...jeng...

Sebut pasal cerita seram ni, Cik Ila ada pengalaman masa sekolah dulu. Maklumlah duduk di asrama. Ingat nak tulis malam tadi, tapi takut pulak sebab Cik Ila dengan anak-anak je kat rumah. MR pulak duty. 

Macam ni cerianya pengalaman seram Cik Ila

Hantu Jepun

Cik Ila tingkatan 5 masa tu. Kan nak SPM. Ada sekali masa cuti hujung minggu, ikut kakak-kakak STPM stay kat hostel. Konon nak study lebih la. Asrama ni ada 6 bilik. Tiga atas dan tiga bawah. Cik Ila duduk bilik 2. Belakang bangunan ni ada kolam mandi, di belakangnya pulak ada ampaian dan pagar. Di sebalik pagar tu, kawasan semak dan ada bukit. Tapi jauh lah..tak dekat sangat.

Nak jadi cerita, kami di bilik 2 ni yang tak balik ni ada 4 atau 5 orang je. Malam pertama tu, Cik Ila lupa macam mana Cik Ila terjaga, Tapi mungkin sebab nak terkucil atau pun sebab dengar bunyi orang berkawad di belakang bilik dari bilik 3. Meremang bulu roma ni. Pelan-pelan kejutkan kakak sorang ni. Rupanya dia pun tengah layan bunyi kawad tu. Alahai...lagi lah rasa seram, dah lah menahan nak kencing lagi. Yang hairannya, tak dengar suara langsung, hanya bunyi pergerakan kawad sahaja. Cancel langsung rasa nak kencing tu dan tarik selimut. Sedar aje dari tidur dengar bunyi azan kat luar. Tergopoh-gopoh bangun pergi ke bilik air. Bila semua dah bangun, kami buka cerita. Semua dengar rupanya. Siang tu sebelum tidur, kami pakat atur botol kaca kosong kat belakang bilik. Mana lah tau, kot ada budak2 nakal nak mengusik.

Malam tu, memang mata tak boleh nak lelap. Lupa pukul berapa, tapi lepas tengah malam lah... bunyi orang berkawad kedengaran lagi. Siut giler...kecut perut. Lagi kuat bunyinya dan langkah tu bunyi sampai betul-betul belakang bilik. Tapi sebijik botol pun tak de bunyi tergolek. Hah...apa lagi tarik selimut dan tutup mata rapat-rapat. Siangnya bangun dan pergi belakang. Cantik aje botol-botol tu tersusun. Tak de kesan yang menunjukkan ada orang berkawad atau lalu kat belakang bilik tu.

Lepas tu, memang Cik Ila tak stay kat hostel lagi bila weekend. Baik balik rumah je. Nasib baik dengar bunyi je, cuba bayangkan kalau terserempak. Huhuhu....bila sembang2 balik, rupa-rupanya kawasan tu dulu memang tempat askar Jepun. Lagi pulak...dulu-dulu Gerik memang ada sejarah dengan komunis juga. Tak tahu lah sama ada itu Hantu Jepun atau Hantu Komunis, dua-dua menakutkan.

Sekarang, kawasan semak dan bukit belakang hostel tu dah takde. Dah dibangunkan jadi kuarters guru dan kawasan. Hehehe...harap tak de lah cikgu-cikgu yang menginap kat situ di'ganggu'.

Seram tak pengalaman Cik Ila ni?



Tunggu entri esok pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI



Monday, January 16, 2017

Day 11 Challenge: Pengalaman bercinta

January 16, 2017 2 Comments

Cabaran day 11 - Pengalaman bercinta.

Hehehehe...malu lah nak cerita.

Cik Ila tak pernah bercinta zaman belajar dulu. 
MR tu lah satu-satunya cinta hati Cik Ila. 
Bapa saudara yang kenalkan dia dengan Cik Ila. Tak sampai setahun kenal terus kahwin.
Lawak tau MR ni, hari pertama kami jumpa tu dia dah ajak kahwin.
Alhamdulillah... Allah permudahkan segala-galanya. Kira kami ni bercinta selepas kahwin lah.


Tunggu entri cabaran Day 12 pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI


Day 10 Challenge: Single atau Berkahwin?

January 16, 2017 1 Comments

Hi uols,

Cik Ila minta maaf sangat sebab terlepas dua hari cabaran ni.
Jadi, hari ni akan ada 3 entri berturut-turut ye.

Untuk Day 10: Single atau berkahwin?

Cik Ila dah berkahwin ye. Baru je menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke lapan pada Disember lepas. Ulangtahun perkahwinan Cik Ila sama dengan hari kelahiran Cik Ila tau. Iaitu pada 14 Disember.


Alhamdulillah, perkahwinan Cik Ila dan RM dimeriahkan dengan kelahiran 3 orang cahayamata. Yang menghiasi hari-hari kami :)


Doakan perkahwinan Cik Ila kekal bahagia ye.

Tunggu entri cabaran Day 11 pulak ye
Untuk baca entri yang lain klik SINI


Tudung Si Comel

tudung sekolah