Kuih keria gula melaka aku tak menjadi.

Semuanya bermula dengan baik. Lagipun ini kali pertama nak mencuba. Cik Ila pun bersemangat nak buat. Barang-barang dah prepare semua. Which is not too many.... tepung, ubi keledek, gula melaka. Paling simple lah :)

Untuk keria:

Ubi keledek dan tepung gandum. Resepi simple dari blog cik epal. Dalam blog lain ada yang tambah tepung beras dan baki powder. Tapi Cik ila tak guna pun. 

cikilamenari.blogspot.com

Mula2 cuci ubi keledek yang dah dikupas tu. Bergetah juga ubi keledek rupanya. Melekit-lekit jari jemari ni. Hahaha...rendam sekejap. Tukar air yang baru dan rebus atas api. Sekejap aje dah empuk.
Bila dah empuk, tutup api dan tos buang air. Kemudian lenyek ubi tu sampai lenyek semuanya. Bila dah sejuk masukkan tepung gandum dan uli sampai sebati semuanya.

Banyak lah pulak hasil kejadian. 24 biji semuanya. Cik Ila goreng 8 biji je. Yang lain masuk peti ais. Nanti bila senang boleh goreng lagi.

cikilamenari.blogspot.com

I is menggoreng guna periuk aje. Alasannya nak bagi minyak semua keria tu dalam kedalaman yang sekata. Hahaha....deep fry lah konon.

cikilamenari.blogspot.com

Lepas goreng. Aduh....terkagum dengan kecantikan kejadiannya.

cikilamenari.blogspot.com

Dah nama pun keria gula melaka, kenalah sira dengan gula melaka. Cik suami punya kerja hancurkan gula melaka. Guna gula melaka, sikit gula putih dan sikit air masak. Masukkan kera tadi dalam kuali dan golek-golekkan dia dalam sira gula tu sampai lah kering. Tapi masalahnya, awat tak kering-kering. Letih mengacau takut hangit. Sudahnya tutup api dan angkat saja. 

cikilamenari.blogspot.com

Ini lah rupanya. Siranya melekat-lekat. Weh....awat tak jadi ni? Kat mana silap ni. Terlebih gula melaka dan gula ke? Sementara nak sejuk sira tu jadi keras. Keria tu macam duduk dalam kepompong pulak. Keras kat luar tapi lembut gebu sempurna kat dalam. Pastu melekat-lekat semuanya macam tak mau berpisah.

Tragedi... tragedi... tragedi... tragedi
kuih keria gula melaka ku tak menjadi
Nasib baik ada yang tak masak lagi
Nanti bila free kita cuba menyira lagi


Post a Comment

0 Comments