6 Website Yang Berguna dan Wajib Anda Lawati

6 Website Yang Berguna dan Wajib Anda Lawati


Pada tahun 2014 sahaja, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Anda pasti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan. Bukan senang untuk seseorang penulis untuk menerbitkan entri-entri yang bermanfaat kepada semua pembaca. Banyak pembacaan dan kajian yang perlu dilakukan untuk menarik pembaca. Seperti yang kita sedia maklum, pembaca lebih berminat kepada laman web atau blog yang memaparkan isu berkaitan hiburan dan gossip. Tetapi tahukan anda tentang kewujudan laman web atau blog yang memberikan sumber informasi yang berguna kepada anda.

Di sini Cik Ila nak share beberapa laman web atau blog yang wajib anda lawati dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu kewujudannya. Website yang dinyatakan ini telah memberi manfaat kepada ramai orang.


Government.my merupakan laman web rasmi Malaysia yang menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web ini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan baru yang terkini. Di samping itu laman web ini juga menyediakan pelbagai info, panduan dan isu semasa yang berkaitan. Kalau kat luar sana yang masih mencari kerja dan maklumat semasa yang terkini jang lepaskan peluang untuk melawat laman web ni.


Laman web jawatankosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan di mana jawatan ini gajinya lebih lumayan dan lebih terjamin. Lagi pulak, kerja kerajaan ni senang nak buat pinjaman. Nampak menarik tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x Cik Ila pun tak tau sebab dulu Cik Ila mohon tak de pakai kabel pun. Hehehe...kalau memenuhi syarat kelayakan dan lulus temuduga senang lah dapat. 


Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.


Ingat lagi tak Cik Ila pernah buat entri tentang Saps Ibu Bapa sebelum ni. Kalau tak baca lagi, meh Cik Ila nak bagi tau apa benda ni saps ibu bapa? Saps adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh KPM. Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim peperiksaan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Semua rekod peperiksaan anak boleh disemak di laman web ni dari tahun 1 sampailah tingkatan 5.


Apa pula APDM ni? APDM adalah ringkasan kepada Aplikasi Pengkalan Data Murid. Laman web ini lah yang cikgu-cikgu gunakan untuk mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Cik Ila pun tak tahu laman web ni sebelum ni. Kasihan cikgu-cikgu kena mengadap APDM ni untuk merekod data-data anak murid. Bukan seorang dua je anak muridnya.


HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi HRMIS ni digunakan oleh setiap penjawat awam mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa termasuk untuk membuat permohonan cuti. Bila malumat peribadi dah direkodkan, pejawat awam tak perlu lagi nak susah-susah print out guarantee letter bila dapatkan rawatan kat hospital. Isteri nak bersalin ke, anak nak dapatkan rawatan ke. .dengan hanya kad pengenalan semua boleh settle.


Macammana? 
Ok tak laman web yang Cik Ila bagitau ni?

Semoga anda dapat memanfaatkan laman web yang dah Cik Ila bagi tau ni. Dengan sedikit pengenalan ni, Cik Ila harap ia bergunalah kepada anda semua. Memang ia tak popular tapi sangat berguna. Diharapkan anda dapat share dan sebarkan kepada rakan-rakan lain kat luar sana. Sama-sama kita sebarkan maklumat.



Post a Comment

4 Comments

  1. jawatan kosong tu memang suka !!! contest ke pasal 6 laman web ni ?? sebab ramai sgt yang share megalahkn gv..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unni,
      Bukan contest tapi projek review blog di FB. Kalau Unni berminat, join group tu ye.

      Delete
    2. Wahh nak nak.. Apa nama group fb tu? Nnti unni sent request

      Delete
    3. Projek Review Blog Berbayar

      https://www.facebook.com/groups/929037720535118/

      Delete