Sukan tahunan sekolah Alisha

Bismillah

Hari ni, aktiviti sukan tahunan di sekolah Alisha. Dah sampai penghujung sesi persekolahan banyak pulak aktiviti sekolah. Sungguh2 dia ingatkan kami ibu abah, kena pergi sukan sekolah. Kalau tanya dia kakak masuk acara apa? Non hado..... tapi sepanjang tiga minggu lepas periksa akhir tahun dia berlatih sukan. Tak pe lah, ibu dan abah pergi juga tanda sokongan pada kakak.

Sukan tahunan sekolah Alisha Sukan tahunan sekolah Alisha


Sukan tahunan sekolah Alisha Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha Sukan tahunan sekolah Alisha

Macam biasa lah, acara sukan mesti mula dengan acara perbarisan lepas tu bacaan ikrar dan upacara menaikkan bendera kejohanan. Lama dah tak menyanyi lagu Negaraku. Nasib baik aku ingat lagi liriknya. Ni bukti aku orang Malaysia tau. Hik..hik..hik..

Setiap rumah sukan tu mewakili nama-nama 4 Perdana Menteri Malaysia (kecuali 2 yang terakhir ye). Lupa pulak aku yang mana satu pasangan warna dan PMnya. Apa yang bestnya tadi, masa acara perbarisan tu, ada persembahan sekejap oleh setiap rumah sukan. Ada hadiah untuk yang terbaik kot.

Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan tahunan sekolah Alisha

Kalau korang tanya mana Alisha. Hahahaha.....aku dapat tangkap gambar rambut dia yang bertocang je. Dia rumah kuning.

Sukan tahunan sekolah Alisha

Disebabkan Aleena yang batuknya masih ada lagi dan Alfeey yang dah tak boleh nak dikawal. Dalam pukul 11.30 kami dah balik. Cik suami aku dok bising..anak dia tak masuk apa2. 

Sukan tahunan sekolah Alisha

 Tiga minggu asyik kena panas je. Sampai dah gelap muka terbakar.

Minggu depan akan dapat buku teks untuk darjah 2 dan penetapan kelas.


Post a Comment

1 Comments

  1. dulu sllu ikut adik kalau sukan tahunan..sekg bz keja xda msa da nk teman

    ReplyDelete