Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY

Sabtu lepas merupakan hari Concert & Graduation Day tadika Alfeey. Alfeey baru 5 tahun, jadi hanya akan buat persembahan untuk concert saja. Tahun ni Tadika UM pilih tema Bollywood. Macam tahun-tahun sebelum ni, pukul 12, parents dah kena hantar anak2 untuk persediaan. Majlis hanya akan mula pukul 2 petang.

Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY


Sementara nak tunggu majlis mula, kami duduk lepak dalam dewan dulu. Decoration pentas tahun ni simple saja tak macam yang tahun lepas punya. Mungkin sebab tema bollywood kot. Nak jimat ruang atas pentas sebab anak-anak nak menari :) Majlis mula je, dewan penuh. Ramai juga yang tak dapat tempat duduk pada mula. Bila muzik dah mula...semua pakat berdiri dah. Nasib baik duduk kat belakang.


Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY


Tahun lepas, Alfeey langsung tak nak buat persembahan sebab nampak ibu dan abah duduk kat depan. Sungguh2 dia nak datang dekat kami sampai teacher kena pujuk dan dukung dia. Risau juga dia buat hal yang sama jadi bila konsert mula, kami pindah ke belakang dewan. Walaupun jauh kat belakang, dia tahu juga tempat duduk kami. Asyik melambai-lambai je lah kerjanya. Snap gambar pun tak cun je semuanya.

Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY

Macam biasa, untuk persembahan pembukaan, semua pelajar terlibat. Tengok lah Alfeey tu, macam-macam gaya dan karenah dia.


Tahun ni ramai juga pelajarnya. Kindi Junior (4 tahun), Kindi 1 (5 tahun) - dua kelas dan Kindi 2 (6 tahun) - graduation class. Setiap kelas buat dua persembahan dan ada persembahan istimewa dari anak2 3 tahun. Memang meriah betul.


Tapi aku rasa lega sangat sebab Alfeey boleh buat persembahan tahun ni. Sepanjang latihan dekat tadika pun, teacher dia bagi tau dia boleh buat. Aku yang kat rumah ni pun hari-hari tengok dia menari. Kalau tak tengok merajuk pula.

Periksa akhir tahun hari tu pun, Alhamdulillah dia boleh buat. Satu je subjek dapat B yang lain semua A. Periksa dapat no 11. Untuk 5 tahun, teacher masih guide dan tolong bacakan soalan untuk depa buat. Tahun depan 6 tahun semua kena buat sendiri dah. Teacher dah tak tolong baca lagi. Sekarang Alfeey masih membaca tahap merangkak-rangkak. Dan yang paling dia tak suka. Tapi matematik dia memang suka. Aku harap tahun depan dia nak lah membaca betul-betul. Nak masuk tahun 1 nanti senang. Lagi pulak dengan sistem KBAT sekarang ni, tengok Alisha punya buku pun seriau je. Soalan tahap tinggi untuk tahun 1. Tengok je lah keputusan UPSR tahun ni. Makin mencabar betul sistem pembelajaran kat Malaysia ni.

Concert & Graduation Day 2016 ~ ALFEEY

Konsert dah habis. Jom balik.
Jumpa di konsert tahun depan pulak


Post a Comment

6 Comments