Doa dan Amalan menangani anak yang suka buat perangai

Alfeey,. anak kedua aku.
Lagi sebulan nak masuk 5 tahun.
Sejak ada adik ni, makin menjadi karenahnya.
Lagi tegur lagi menjadi-jadi perangainya.
Kalau aku cakap/tegur dia balas balik.
Kalau aku sakit hati, dapatlah dia merasa ketam aku :(

Kadang2 aku rasa dia sengaja nak tarik perhatian aku dengan buat perangai.
Sebabnya, bila aku marah-marah, dia akan datang dekat minta maaf kat aku, lepas tu minta nak cium dan peluk aku. Nak baring kat aku lah.
Menyesal pulak marah2 dia.

Mungkin sebab usia dia beza jauh dengan Aleena. 
Lepas tu pulak, aku layan Aleena lebih dari dia.
Ibu dia pulak baru nak belajar handle 3 orang.


Gambar ni aku ambil dari tingkat 5 rumah aku.
Tak tau lah pasal apa, dia buang selipar kakak ke bawah.
Tak pernah dia buat macam ni.
Korang tengok muka dia..... dah buat salah tapi happy je.
Haih lah anak.

Aku ada jumpa Doa dan Tips dalam menangani anak nakal dan degil.
Aku tak tahu nak bandingkan tahap degil Alfeey ni.
Tapi tak salah kalau aku amalkan selain dari berdoa setiap kali selepas solat.

  1. Baca "Ya Latiff" sebanyak 7 kali dan hembuskan pada ubun-ubun sewaktu anak-anak sedang tidur.
  2. Bercakap dan berbicara dengan anak-anak dengan kaedah memujuk.
  3. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan hati anak-anak.
  4. Bila bangun pagi. peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil niat di dalam hati.
  5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Alhamdulillah...setakat hari ni, ada sikit perubahan. Semoga aku terus istiqamah.

Post a Comment

0 Comments