Follow Me @noorshafila

Friday, September 30, 2016

Doa dan Amalan menangani anak yang suka buat perangai

September 30, 2016 0 Comments
Alfeey,. anak kedua aku.
Lagi sebulan nak masuk 5 tahun.
Sejak ada adik ni, makin menjadi karenahnya.
Lagi tegur lagi menjadi-jadi perangainya.
Kalau aku cakap/tegur dia balas balik.
Kalau aku sakit hati, dapatlah dia merasa ketam aku :(

Kadang2 aku rasa dia sengaja nak tarik perhatian aku dengan buat perangai.
Sebabnya, bila aku marah-marah, dia akan datang dekat minta maaf kat aku, lepas tu minta nak cium dan peluk aku. Nak baring kat aku lah.
Menyesal pulak marah2 dia.

Mungkin sebab usia dia beza jauh dengan Aleena. 
Lepas tu pulak, aku layan Aleena lebih dari dia.
Ibu dia pulak baru nak belajar handle 3 orang.


Gambar ni aku ambil dari tingkat 5 rumah aku.
Tak tau lah pasal apa, dia buang selipar kakak ke bawah.
Tak pernah dia buat macam ni.
Korang tengok muka dia..... dah buat salah tapi happy je.
Haih lah anak.

Aku ada jumpa Doa dan Tips dalam menangani anak nakal dan degil.
Aku tak tahu nak bandingkan tahap degil Alfeey ni.
Tapi tak salah kalau aku amalkan selain dari berdoa setiap kali selepas solat.

  1. Baca "Ya Latiff" sebanyak 7 kali dan hembuskan pada ubun-ubun sewaktu anak-anak sedang tidur.
  2. Bercakap dan berbicara dengan anak-anak dengan kaedah memujuk.
  3. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan hati anak-anak.
  4. Bila bangun pagi. peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil niat di dalam hati.
  5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Alhamdulillah...setakat hari ni, ada sikit perubahan. Semoga aku terus istiqamah.

Thursday, September 29, 2016

Giveaway Redmoon Clothpad

September 29, 2016 1 Comments
GA ni penutup untuk GA yang aku join bulan ni. Ewah...macam lah banyak sangat padahal baru dua saja. Korang pun kalau berminat atau peminat clothpads, jom join GA ni. 

Hadiah menarik menanti pemenang:

3 Pemenang Bertuah akan menerima 2 helai Light Pad Redmoon Clothpad bernilai RM39
RM10 x 2 Pemenang Bertuah


Mana tahu kot ada rezeki nak menang.



Tarikh tutup: 30 September 2016 (esok tau)

Tuesday, September 27, 2016

Pokok kari dah kena potong.

September 27, 2016 0 Comments
Sejak mula beli, dah empat kali aku tukar bekas. Dari pasu kecil pindah ke pasu besar akhirnya aku pindahkan ke dalam baldi besar. Agaknya sebab kawasan makin besar, pokok kari aku membesar dan meninggi dengan jayanya. Dengan daun yang besar-besar.


Sampailah satu hari aku tengok bahagian daun muda mula berlubang dan tinggal batang saja. 


Rupa-rupanya ada tetamu yang tak diundang. Siap bawa adik-beradik datang. Pandai depa pilih daun muda. Takut sakit gigi lah tu.


Ada empat ekor semuanya. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan. Sebab pokok dah tinggi dan aku pun letak kat tempat yang tinggi lagi lah tak perasan. Padahal MR dalam seminggu tiga atau empat kali dia petik daun kari ni. Cuba bayangkan masa dia cabut daun tu terpegang member ni. Hahahaha..... geli kau. 

Lepas pantang hari tu, aku potong pokok kari aku. Pakai gunting siang ikan tu je. Hahaha...Tinggal separuh. Lagipun mak aku kata, kalau pokok ni berdahan cantik sikit. Dia akan jadi rendang. Kalau biarkan tak potong, mau sampai ke langit kot (yang ni aku yang kata). Mula-mula risau juga pokok kari ni tak tumbuh balik.  Lepas seminggu potong macam ni lah tunasnya keluar. Lega.


Happy sangat masa ni. Tiga hari lepas tu, habis botak. Sakit betul hati aku ni. Aku bukan nak menuduh, tapi aku rasa ni kerja anak jiran depan rumah aku ni. Sebab apa aku kata depa? Hari tu depa duk usha Alisha dan Alfeey ajak main. Tapi aku tak bagi keluar. Jadi depa duk main kat depan pagar tu je. Siap panjat2 dinding lagi. Risau aku kalau jatuh ke bawah. Tingkat lima rumah aku ni tau. Nak tegur anak orang. Mulut pulak boleh tahan. Lagi pulak anak2 ak bukannya ambil kisah sangat benda2 macam ni. 

Lepas tu, alang2 dah botak, aku potong lagi dalam setengah jengkal.


Cantik betul tunas baru ni keluar. Harap tak de lagi yang mengganggu.

Daun-daun kari yang aku dah potong hari tu aku tak buang tapi aku basuh dan rendam sekejap dalam air garam, kemudian bilas dan keringkan (biar je dalam tapis). Lepas tu letak dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Dah dekat sebulan tapi masih segar lagi. Banyak tu...sayang nak buang. Nasib baik aku teringat tips ni. Tapi lupa pulak aku baca tips segarkan daun sayur ni kat mana. Korang boleh cuba kalau tak percaya.

Monday, September 26, 2016

Kids baking class di Momster

September 26, 2016 0 Comments
Masa mula-mula aku daftarkan Alisha dan Alfeey ke Kids baking class ni, risau jugalah. Mana taknya, Alfeey tu bukannya boleh tumpu perhatian untuk satu benda dalam satu2 masa. Lagi pulak dia macam main tarik tali dengan aku. Kejap dia cakap nak...kejap dia cakap tak nak. Jenuh melayan.

Jadinya Sabtu lepas, aku dan MR bawa lah depa berdua ke Kedai Momster. Sampai je aku disambut ramah. Tak tahu pun itu tuan kedai Momster...ahaks. Disebabkan jalan dari Puchong jem teruk sebab ada pembaikan jalan, Aunty Nad yang merupakan tenaga pengajar untuk kelas ni sampai lambat. Dan kelas yang sepatutnya mula pukul 10 ditunda ke pukul 10.30. Sempat lah bersarapan dulu dengan sarapan yang disediakan.


Aunty Nad tengah buat preparation. Untuk kelas bulan ni diorang akan buat monster cupcake dan pizza.


Sementara menunggu. Pakai apron dulu. Diorang dapat pilih apron sendiri. 
Macam biasa, Alfeey bila ada kakak dia akan berkepit dengan kakak saja. Kakak pilih tali hitam, dia pun tali hitam juga. 


Group photo dulu sebelum mula kelas




Belajar buat cupcake dulu



Pizza time



Sepanjang aktiviti ni, parents boleh tolong anak masing2. Tapi aku biar je depa berdua buat sendiri. Happy je muka depa berdua. 

Bagi aku yang mak-mak ni, yang paling penting anak-anak seronok. Lepas ni siap lah aku, mesti depa nak tolong kalau aku baking. Maklumlah dah belajar. Ha ha ha.... Yang syoknya lagi kat kedai Momster ni, sambil anak2 attend class, parents boleh cuci mata dan shopping.


Tengok Alfeey, seronok melepak ruang bacaan/mainan

Kedai Momster ni sebenarnya aku jumpa di ig masa duk servey baby wrap masa dalam pantang dulu. Aku pergi ke kedai ni pun semata-mata nak beli baby wrap saja. Lepas dari tu memang aku rajin terjah ig depa. Depa mula operasi Januari lepas. 

 Kalau korang nak tahu kat kedai ni ada jual produk baby dan ibu termasuk produk pigeon, milk boosters bagi ibu menyusu, healthy homemade baby food dan juga merupakan HQ bagi baby wrap by Mak Yang. Pada yang nak dapatkan susu kurma Farm Fresh pun ada kat sini.

Tapi yang membuatkan kedai ni menarik adalah aktiviti pembangunan ummah yang tuan kedai anjurkan kat kedai Momster ni. Macam yang aku anak-anak aku join ni - Kids baking class, art class. Selain tu ada juga kelas untuk parents macam Quranic Parenting, kelas tafsir, breastfeeding class, etc. Semuanya secara santai saja :)

Tuan kedai yang sangat friendly.

Senang cerita kalau nak tau lebih lanjut tentang produk depa atau pun teringin nak join kelas hujung minggu yang Momster anjurkan, korang boleh terjah depa kat




Baby wrap by MakYang dan nursing yang aku beli di Momster. Memang puas hati. Kalau korang tengok kat ig Momster banyak lagi corak2 yang menarik. 




Madness Monday: Air tak de lagi

September 26, 2016 0 Comments
Stress!!!!


Dari jumaat lepas sampai lah sekarang (Isnin)
Air masih belum ada

Bayangkan terpaksa mencatu air yang ada
Mana nak mandi, nak beristinjak, nak wuduk
Anak-anak mandi pun aku boleh kira berapa cebuk yang aku guna

Air minum kena beli mineral water
Tahu lah anak-anak memang jenis banyak minum
Kejap2 buka peti sejuk
Takkan nak halang pula

Kain baju dah penuh bakul tak bercuci
Nak tak nak kena angkut semua pergi cuci kat rumah adik

Dapur  memang tak berasap lah
Karang tak pasal2 menimbun sinki
Plan nak buat makan-makan terpaksa batal
Makan harian pun berbeli saja


Cepatlah ada air...dah isnin ni.
Korang ada yang senasib tak?

Friday, September 23, 2016

Akhirnya kena juga Aleena

September 23, 2016 0 Comments
Hari ke 61, akhirnya kena juga Aleena.

Sebelum ni, aku dok perhati je perangai dia tiap kali dia duduk dekat adik. Dia cium, dia main jari, dia sembang. Risau juga sebab cara dia kasar sikit. Aku pernah tertangkap dia masukkan jari Aleena dalam mulut macam nak gigit. Kalau tak tegur memang dah kena agaknya :)


Tapi hari ni, disebabkan aku tak bagi dia main kat luar sebab dah nak maghrib. Dia baling mainan dia kat kepala Aleena. Apa lagi menangis tahap melalak lah si kenit ni. Sakit sangat lah tu sebab dia tak pernah menangis sekuat tu. Seingat aku Aleena menangis kuat macam tu masa nurse mandi kan dia kat hospital masa dia baru lahir dulu.


Barang bukti yang di rampas di tempat kejadian.

Mula-mula memang aku rasa nak marah juga. Tapi bila tengok muka dia, kesian pulak. Sudahnya aku ugut je tak boleh main dekat adik lagi. Tapi aku sorok pistol mainan dia sekejap. Menangis lah kawan.... minta maaf. Lepas ni lagi lah nak kena tengok selalu. Sementara anak-anak nak besar dan boleh fikir sendiri.


Sayang adik sebenarnya :)

Wednesday, September 21, 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

September 21, 2016 1 Comments
Dah lama aku teringin nak ada mangkuk tingkat aka tiffin ni.  Aku rajin jugak usha-usha IG yang jual mangkuk tingkat ni untuk cuci mata :) Tengok warna2 dia pun dah menawan hati. Tapi sampai ke hari ni tak juga terbeli.

Ni terjumpa pulak GA dari El Darwena. Tergedik-gedik terus join. Syarat penyertaan pun mudah saja.... like dan follow (hehehe). Korang yang nak join GA by El Darwena ni klik aje banner kat bawah okey.


"Oh mangkuk tingkat yang comel, marilah kepadaku".

Friday, September 16, 2016

16 September 2016

September 16, 2016 0 Comments
Selamat Hari Malaysia

16 September 2016

Pada tarikh ini juga kita kehilangan Tuan Guru Haron Din yang telah kembali ke rahmatullah.

Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.

Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan mengurniakan kerahmatan dan nikmat Syurga kepada beliau.

*****

Aku yang baru nak menyesuaikan diri dengan 3 anak ni hanya berehat di rumah saja. Maklumlah MR kena kerja dan cuaca kat luar pun masih renyai-renyai sejak awal pagi tadi. Masih tak berani nak handle 3 orang kat luar seorang diri.


Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Peace.

Tuesday, September 06, 2016

Hari Sukan Tadika Alfeey

September 06, 2016 1 Comments
Tahun lepas berdua dengan Alisha. Tahun ni Alfeey seorang saja bersukan. Format sukan masih sama macam sebelum2 ni. Untuk anak-anak, kategori sukan mengikut umur - 4 tahun (Kindi Junior), 5 tahun (Kindi 1) dan 6 tahun (Kidi 2) serta sukan untuk parents. Alfeey kumpulan Ladybug tahun ni (merah). Ibu dan abah pula kumpulan hijau.

Setiap kategori umur ada 3 acara yan dibuat dalam 3 sesi. Jadi semua murid memang terlibat. Macam biasa lah, mula2 mesti ada acara perbarisan untuk semua rumah sukan - Bee, Ladybug, Grasshopper dan Butterfly. Lepas tu kena nyanyi lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu Universiti Malaya. Kagum pula aku bila tengok Alfeey menyanyi sebab kat rumah mana ada dia cuba nyanyi lagu-lagu tu.



Habis nyanyi, semua pakat baca ikrar sukan. Hehehe..lucu weh. Leader nya macam menyanyi pun ada masa baca ikrar. Ibu dulu ikrar dalam bahasa melayu je, depa ni ikrar dalam english.


Untuk acara pembukaan, ada tarian aerobik dan persembahan taekwondo. Tengok Alfeey menyibuk je. Dua tahun tadika masih tali pinggang putih. Dia bukan minat sangat aktiviti macam ni...tak serupa Alisha. Ibu ikut je, tak nak memaksa. 


Acara pertama Kindi 1: Bring That Straw


Acara Kedua Kindi 1: Throw That Ring


Acara Ketiga Kindi 1: Dribble Me Fast


Abah pun join sekaki. Ibu duk tepi saja sebab kena jaga Aleena. Tapi pada pendapat ibu, acara sukan untuk parents tahun lepas lagi best dan mencabar dari tahun ni. Hehehe....


Kakak Alisha jumpa kawan masa Kindi 2 tahun lepas. Kawan yang ni masih nak berkepit maklumlah sebelum ni memang best friend. Tapi ada dua tiga orang lagi dah tak mahu. Ye lah, masing-masing dah ada kawan lain. Tegur gitu-gitu saja :)


Rumah merah JUARA keseluruhan. Yay! Tahniah semua. Semua dapat hadiah yang sama kecuali pingat tu je. Adil kat semua.


Alfeey tak puas-puas tengok pingat yang dia dapat. 


Akhir sekali, Aleena pun nak join sekali hari sukan abang Alfeey. Tapi kena duduk dalam stroller saja. Pukul 1 lebih baru selesai. Masing-masing dah penat. Jom balik.

Monday, September 05, 2016

Silicon Breastpump

September 05, 2016 2 Comments
Sebelum Aleena lahir, selalu juga sy tengok iklan silicon breast pump di FB. Masa tu tak de pun terfikir pun nak beli. Maklumlah dengan pam susu yang dah ada tak nampak keperluannya. Lepas seminggu Aleena lahir, baju asyik basah je setiap kali sy susukan Aleena. Kadang-kadang, tengah tidur waktu malam pun susu meleh je. Alhamdulillah...rezeki untuk Aleena. Dah nama pun susu, walaupun sikit je kena kat baju memang dah boleh bau mashem nya lepas seketika.

Kebetulan sy ke Fabulous Mom untuk beli keperluan Aleena. Maklumlah, yang ni je paling senang nak pergi dan dekat pula. Saya 'terbeli' lah silicon breast pump ni. Ada diskaun lagi masa tu.


Product: Silicon Breast pump & Milk Collector

Brand: treenie

Size:14.5cm x 6.5cm

Harga: RM39.00 (NP)

Kedai: Fabulous Mom


Seriously, sangat senang nak guna. Datang dengan saiz yang kecil dan tak perlu kan apa-apa pemasangan pun. Cuma lekatkan pada breast dengan kesan vakum yang terhasil lepas kita squeez bahagian bawah dia (macam gambar kat bawah ni).



Caranya: Squeeze perlahan pada bahagian bawah pum dan letak pada breast. Biarkan saja susu menitis keluar. Kalau dah nampak susu berhenti menitis/ mengalir, squeez lagi beberapa kali. Cara sama macam masa kita guna pam manual. Sy gunakan silicon breast pump ni sewaktu susu kan Aleena dan semasa pum susu secara single. Boleh isi sehingga 4 oz atau selagi tak melimpah keluar.


Percubaan pertama: Sy gunakan semasa single pumping dengan Madela Freestyle.


Percubaan kedua: Sy gunakan semasa menyusukan Aleena.


Hasilnya bila dah kerap kali saya gunakan semasa menyusu Aleena.

Setakat ini, sy memang kagum dengan pam ni. Harga pun sangat affordable jika nak dibandingkan dengan jenama lain. Nak bawa ke sana sini pun senang. Cukup puas hati sebab rasa macam susu tak membazir langsung. Siapa yang memerah susu dengan teknik marmet selama ni, mesti suka pam silikon ni. Bukan cakap kosong, tapi saya sendiri dah mencuba. Kadar lekatan pam pada breast pun kuat jadi tak risau terjatuh.


Note: Ini hanya personal review sy terhadap produk ini.