Bersalin anak ketiga @ Aleena Aisya

Bismillah.

Lama menyepi kan. Saya dah pun selamat bersalin kan anak ketiga 23 Julai 2016 yang lepas.

Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Malam sabtu tu, memang dah mula rasa contraction. Tapi rasanya macam mild saja dan tak kerap. Bangun pagi saja dok melawak dengan MR tak payah pergi kerja lah sebab nak pergi hospital. Sambil dok buat assignment dan tengok MR repaired pintu toilet... layan je contraction yang kejap ada kejap tak de sampai lah ke pukul 3. Masuk toilet tengok dah keluar tanda darah. Masa ni baru lah terkocoh-kocoh nak pi hospital.

Dekat pukul 4 sampai kat Hospital Putrajaya. Daftar masuk, bagi buku pink, tukar kain, check urin dan ambil BP. Lepas tu buat CTG dalam setengah jam. Dah selesai Dr scan baby. Masa scan ni kepala baby macam dah masuk laluan, Dr pun check bukaan .... dah 4cm. Terus di decide nak pecah kan ketuban. Masa dia dok kecoh2 ni, nurse yang daftar kan saya tadi masuk dan suggest hantar ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR, Hospital Putrajaya di Precint 8) dan siap bisik kat saya - "saya dah selamatkan awak"

Pegi ke PBBR naik ambulan. MR follow dari belakang. Alisha dan Alfeey ikut adik saya Amin balik ke rumah depa di Sg. Besi. Merasa sekali lagi naik ambulan :) Sampai je kat sana terus masuk ke LR. Rasa aman dan macam kat rumah je. Sesuailah dengan objektif PBBR ni untuk memberikan pengalaman kelahiran dalam suasana selesa dan kondusif yang bersifat kelahiran di rumah. Ada peralatan macam bola senaman yang kita boleh guna. Masa layan contraction dah tak terfikir nak guna semua benda alah tu. Mundar mandir je dalam bilik tu. Makan dan minum. Nak simpan tenaga. Memang takde pressure langsung. Doktor dan jururawat pun semuanya baik2.


Macam ni lah keadaan LR nya. Gambar2 yang saya snap semua MR delete. Dia ingat saya dah hantar ke telefon saya. Adeh..mentang2 guna phone dia. Jadi saya google je gambar kat internet. 

Ok sambung balik cerita......... Dekat pukul 7 lebih Dr pecahkan air ketuban. MR dah tunggu kat luar sebab dia tak tahan tengok semua ni. Tepat pukul 8.25 malam lahirlah baby girl saya. Pukul 11 lebih tak silap saya, baru dihantar ke wad. Kat bilik duduk single dengan baby je. Jakun sebab dah lama tak pegang baby (dekat 5 tahun), saya memang berjaga sepanjang malam. Sebab baby dah poo poo dan kencing, pukul 12.30 hari ahad dah boleh keluar dari hospital. Yay....



Syukur pada Allah di atas anugerah ni. 


Aleena Aisya
23.7.2016 @ 2025hrs
3.23 kg

Post a Comment

1 Comments