Selamat Hari Guru :)

Assalamualaikum

Masih ada lagi sekolah-sekolah yang baru buat sambutan Hari Guru hari ni rasanya. Jadi tak terlambat bagi CIM untuk ucapkan Selamat Hari Guru untuk para pendidik di seluruh Malaysia. Jasa yang tidak mungkin dapat dibalas dengan harta dan wang ringgit kecuali doa yang berterusan semoga golongan pendidik ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

Untuk Alisha di sekolah, CIM tak tahu sangat apa program yang sekolah buat. Cuma minggu ni asyik minta kertas warna dan barang hiasan untuk di bawa ke sekolah. Untuk buat kad hari guru katanya. CIM pun tak de sediakan hadiah untuk guru-guru yang mengajar. Ye lah, minggu sebelum tu Alisha sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan pertama Alisha di sekolah kebangsaan, memandangkan bulan Mac lepas tiada peperiksaan untuk tahun 1. Ibu dia pun langsung terlupa nak sediakan apa-apa untuk cikgu kelas dia.

Alfeey pulak, seminggu sebelum tu, pengetua tadika dah maklumkan akan ada aktiviti hari guru di tadika. Akan ada aktiviti sukaneka dan ibu bapa diminta menyumbang makanan. Excited sangat dia minta ibu buat kek untuk bawa ke tadika. Maklumlah, kat tadika dia suka memanjakan diri dengan cikgu-cikgu. Apa yang cikgu cakap atau pesan memang dia akan ingat tapi cakap ibu.... macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri, hehehehe.

Jom tengok aktiviti sambutan hari guru kat tadika Alfeey.














Muka-muka happy students yang berumur 4, 5 dan 6 tahun dapat main dan mendera cikgu. Suka sangat dia bercerita dalam kereta dapat make up muka cikgu. Siap minta izin nak make up muka ibu pulak. Haip...mana boleh. Nanti tak comel lah ibu :) :) :)

Apa-apa pun. Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik saya dan anak-anak saya. Selamat Hari Guru :)



Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat hari guru.sila share video guruku tersayang untuk guru anda.klik nama ucing (>.<)

    ReplyDelete
  2. syoknya sukan sukan ngan budak2 :)

    ReplyDelete