Hujung minggu CIM

Cerita weekend keluarga CIM minggu ni :)

Sabtu

Bawa anak-anak ikut MR ke Taman Pancarona  di Presint 18, Putrajaya. MR join event bola sepak, Lepas lama tak join main bola di tempat kerja, MR nak main balik. Mentang-mentang berat badan dan turun sikit selepas lama berdiet. Good for him lah kan. Asyik duk rumah je mesti bosan juga dia ngadap muka CIM. Hahaha....



AA berdua tu apa lagi, Nak pulak kat stadium bola ada playground. Abah main bola, ibu yang boyot ni jaga anak. Memang tak terkejar lah. Elok2 main lepas tu bergaduh. Masing-masing merjauk. Sekejap lepas tu baik balik. Lepas tu bergaduh balik. Adeh...pening kepala ibu tau. Sejak CIM pregnant ni, makin kerap pula depa berdua bergaduh. Kejap2 bergaduh. Ada je yang tak kena. Ikut hati, rasa macam nak lagakan je kepala. Tapi ibu ni masih baik tau :) Ada tak cara nak atasi masalah ni? Boleh kongsi ye dengan CIM.


 


Hohoho...ingatkan sekejap je. Rupanya, deme ni main liga. Banyak lah pulak kumpulannya. Sudahlah tak bawa telekung dan baju salin untuk AA (Ish..ish..ish..). Masuk zohor je, CIM bawa anak2 duduk dalam kereta. Ye lah kat luar pun panas membahang. Pasang aircond dan lipat seat belakang, bagi depa rehat kejap dan sesi belajar pun mula. Dah jadi tabiat depa berdua, kalau nak ke mana-mana mesti bawa buku. Habit ni jadi penyelamat keadaan bila depa dah boring nak main...ngadap buku saja lah.


Dah ada buku masing-masing pun, masih juga nak berebut. Ini peel Alfeey lah. Pantang nampak buku kakak yang ada gambar haiwan. Semua dia nak.


Sudahnya, dia tertidur. Tapai buku tu tetap juga dia nak. Kena beli satu lagi lah untuk dia lepas ni. 

Pukul 4 petang baru selesai game terakhir akhir MR. Cepat-cepat nak balik. Solat nak kena qada' Masing-masing pun dah penat. Duduk saja sambil menunggu pun penat weh. Sebenarnya lebih kepada tidak selesa. Esok sambung game lagi untuk suku akhir. Nasib baik team MR dapat pergi ke next round :)

Ahad

Ikut MR lagi hari ni :)


Alhamdulillah, dua-dua sangat baik hari ni. Boleh main sama-sama dan tak bergaduh. Ibu pun boleh santai-santai sambil tengok abah main bola. Team MR menang suku akhir pertama tapi kalah last minute untuk suku akhir kedua. Tak pe lah kan...next time boleh cuba lagi :) Hari ni boleh balik awal sikit....Yay. Tapi singgah dulu kat Uniten beli makanan. Ala..lupa pulak nama tempat tu. Tapi perjalanan dia menghala ke Sg Merab. Memang best food stall dia, Macam-macam ada. Orang yang datang pun ramai. MR kata tempat ni memang jadi port dia dan kawan ofis beli makan.


Akhir sekali, ini lah wajah kesayangan CIM. And of course lah termasuk MR yang sado itu.


Thanks for reading ~

Bye... bye... bye...

Post a Comment

0 Comments