Friday, October 30, 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Assalamualaikum. Jumaat yang indah.

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih | Cik Emas Putih buat GA. Jom semua pakat join sambil menambah kenalan blogger. Manalah tau...kot ada nama yang naik sebagai pemenang. Korang klik kat banner di bawah ni dan ikut syarat-syarat yang Emas Putih tetapkan. Senang kan:)





[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :

RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015



Join jangan tak join :)

Bye...Bye...Bye...

Wednesday, October 28, 2015

Wordless Wednesday #1: Alfeey yang stress


Stress sebab minggu exam ke adik?

Ibu yang tengok peel awak ni lagi stress.

Psst....masa ni berhenti kat traffic light. Kereta jalan je, dia turun dari dashboard tu.

Bye...Bye...Bye...

Monday, October 26, 2015

Exclusive breasfeeding bayi anda

Bukan mudah untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan secara ekslusif dengan jayanya tanpa sokongan dari keluarga lebih-lebih lagi suami. Lagi pulak bila si ibu langsung tiada pengalaman dalam penyusuan.  Susu ada atau tak? Bagaimana dan susukan baby? Cukup tak susu ni? Jangan dibebankan kepala dengan memikirkan perkara-perkara ni. Sebaliknya, ambil masa sedikit untuk menyiapkan diri sebelum baby lahir dengan membaca atau pun berkongsi cerita dengan ibu-ibu yang lebih berpengalaman.

Penyusuan ekslusif bermaksud 100% susu ibu tanpa campuran air kosong, makanan pejal atau sebagainya.


Pengalaman menyusukan bayi pertama agak kelakar pada mulanya. Agak kekok untuk menyusukan Alisha pada waktu tu. Ye lah, dia asyik menangis tanpa henti walaupun disusukan. Tebalkan muka bertanyakan pada nurse bertugas. Oh..rupa-rupanya cara bagi yang salah membuatkan mulut Alisha tak dapat melekap dengan sempurna. Amboi bila dah dapat susu, punya lah lama dia melekap sampai lenguh badan ibu dia. Masa anak kedua sudah tak kekok lagi. Jadi, jangan malu bertanya ye. 


Jangan risau, dengan jumlah susu yang bayi anda perolehi kerana di hari pertama, mereka hanya memerlukan susu dalam kuantiti yang sedikit saja. Adalah penting bagi bayi untuk mendapat susu pertama (kolustrum) kerana cecair kuning yang istimewa ini kaya dengan antibodi yang dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan bayi.

Badan kita hanya akan hasilkan susu badan selepas kira-kira 3 hari, iaitu selepas tahap prolaktin dalam badan kita stabil. Jadi jangan terkejut pula nanti bila tengok susu anda berwarna kuning tau :)

Mesti ada yang tertanya, kenapa ramai yang memperkatakan tentang penyususan ekslusif ni?

Antara kebaikan  penyusuan secara ekslusif, adalah:

1. Dapat melindungi bayi daripada penyakit yang disebabkan oleh antibacterial.

2. Membekalkan bayi dengan segala nutrien yang diperlukan untuk 6 bulan pertama kehidupannya.

3. Memastikan bayi dapat menerima sumber makanan yang bersih, mudah dan selamat.

4. Membuatkan bayi anda membesar dengan kuat dan bijak.

5. Mengurangkan risiko untuk bayi mendapat diarrhea dan malnutrisi.

6. Mengeratkan hubungan ibu dan anak.

7. Mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu selepas bersalin.

7. Mengurangkan risiko untuk ibu mendapat kanser ovari dan payudara.

8. Boleh menjarakkan kehamilan (salah satu cara perancang kehamilan).

9. Dapat menguruskan badan (setiap penyusuan boleh membakar sehingga 600 kalori)

10. Dapat menjimatkan perbelanjaan dan melindungi alam sekitar.

Dengan semua kebaikan ini, perjalanan penyusuan ekslusif anda akan menjadi suatu pengalaman yang mengujakan anda. Mesti anda tidak sabar untuk pulang dari bekerja bertemu dengan bayi anda dan menyusukannya. Jangan sesekali berputus asa kerana susu anda sedikit atau tiba-tiba berkurangan. Teruskan penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan pertama bayi anda tanpa jemu.
Untuk ibu-ibu yang menyusu, pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat serta minum air yang banyak.


Jom ramai-ramai sokong exclusive breasfeeding. Anak sihat keluarga bahagia

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/

Bye...Bye...Bye...

Cerita hujung minggu.

MR kerja weekend lepas. Tinggal kami bertiga je kat rumah. Kalau dah bertiga memang tak ke mana lah jawabnya. Bukan senang nak handle hero yang lasak tu. Princess bila tengok hero ke sana-sini memang dia pun follow. Ibu jegil mata macam nak terkeluar pun depa tak heran.

Dah lah macam-macam kejadian orang dok usha budak2 kecik ni sekarang ni. Mak bapak ada depan mata pun depa berani. Makanya, abah tak dak....kita pun duduk rumah je. Korang nak tonggang langgang rumah pun ibu tak kisah. Satgi depa tido, ibu kemas semula. Lagipun hari ni depa start assessment untuk semester 2. Haih laaa....ibu yang nervous.

Main Lego

Tak pe...bagi hilang semua tu, jom masuk dapur kita masak. Bukan lauk pauk. Masak hat tu kemalasan sikit.

Nak meroti je. Untuk sarapan esoknya dan bekal MR. Mula-mula nak buat cream bun. Tapi masa buat cream, creamnya overcook sikit. Terus tak jadi. Bulat2 kan doh je dan terus bakar.


Excited tengok dari luar. Menggebu je naiknya. Harap hasilnya nanti segebus rupanya lah.


Tra la la.

Nak makan saja atau cicah air pun sedap. CIM makan dengan cream yang overcook tu. Hahaha...asal boleh je. Dari membazir. 

Untuk minum petang pulak, teringin nak makan churros. Makanya jadi lah macam ni. 


Buat dulu kemudian baru goreng. 


Tra la la la.

Cik polis datang hantar baby nenas yang dok viral sekarang ni.  Tak tahu lah berapa ringgit dia beli tapi memang manis dan rangup isinya. Kalau lah dapat tanam kat rumah ni.


Malam pulak melayan Gegar Vaganza. CIM tak minat sangat rancangan menyanyi ni, tapi MR kata best. Hari sabtu baru tengok konsert minggu pertama. Best juga konsep Gegar Vaganza.
Kita tengok minggu depan pulak. Pilihan CIM - Acong, Farahdiya dan Nassier Wahhab.

Bye...Bye...Bye...



Friday, October 23, 2015

Shopping Online.

Salam hari jumaat semua.
CIM tengah break sekarang ni.
Maklumlah hari jumaat....waktu rehatnya panjang sikit.
Ada yang keluar shopping ke?
CIM dah lupa bila kali terakhir CIM keluar shopping di hari jumaat.
Rasanya sebelum kahwin dulu kot.
Hahaha.....hampir 7 tahun lah :)

Cakap pasal shopping ni, sekarang ni banyak shopping online je.
Baju, tudung, barang anak2...semua dihujung jari je.
Bulan ni kegilaan shopping online CIM adalah kepada shawl dan buku.

Shawl dari Cattleya Couture dan buku pulak dari bookcafe


(pinjam gambar dari Cattleya Couture)

Cun je warna2 nya. Setakat ni baru ada 8. Alahai janganlah tergoda lagi. Sedap pakai sebab material heavy chiffon dan panjangnya 2m. Yang tak bestnya CIM tak pandai sangat nak membelit shawl tu. Buat gaya ringkas saja. Janji tutup dada.

Servis bookcafe pula memang tiptop. Cepat je sampai bukunya. Ynag best ada diskaun. Buku terkini yang CIM beli adalah buku Felixia Yeap - #Amoi berhijab dan #Baby Muslimah, Diagnosis dan 2 buah buku travel - I'm a backpacker: Korea dan Travelog MR Traveller. Huhuhu..excited kan nak baca. Itu buku maknya. Untuk princess dan hero pun ada juga. Alhamdulillah, princess tu memang suka buku dari kecil. Hero pulak...boleh lah (nak kena paksa).

Sebelum ni banyak juga CIM beli buku2 novel (banyak yang dah jadi drama). Biasanya dekat kedai buku POPULAR.  Habis baca, hantar balik ke kampung. Hahaha...Sekarang lebih kepada buku-buku yang berkisar kepada pengalaman hidup dan motivasi. Ooppss...buku Saiful Nang - Kisah Orang Menang, pun tak habis baca lagi.


Dan satu lagi buku kegemaran CIM,yang dah agak lunyai sebab asyik diusung ke sana-sini. Buku bertajuk 365 oleh Dr Anwar Fazal. (Nanti CIM masukkan gambarnya ye).

InsyaAllah, nanti dah habis baca buku-buku ni nanti CIM buat review ye. Sebelum tutup cerita, cuci mata dengan pavlova malam tadi. Craving sangat. Nyum nyum nyum.



Bye...Bye...Bye...

Thursday, October 22, 2015

Segmen Ucing Nak Url 2

Ada invitation dari tuan tanah Ucing Kedayan untuk join segmen :)



Syaratnya pun mudah je.

Korang KLIK aje kat gambar atas ni.

Nanti....walaaaa....korang akan di teleport kan ke sana.

Hahahaha....join tau.

Tarikh tutup 31-10-2015

Boleh tambah kenalan blogger.

Bye...Bye...Bye...

Wednesday, October 21, 2015

Sembang sikit pasal jerebu

Ramai yang dah post macam2 pasal jerebu ni.

Yang pasti memang makin perit mata ni. Dan boleh sesak nafas dibuatnya. Memang nak kena pakai mask. Anak2 punya lah susah nak bagi pakai mask. Tadika deme still buka.  Walaupun sekolah diumumkan tutup. Semua aktiviti pun dah memang indoor aje.


Mask ni CIM beli dari FB Mona Irwan. Macam2 design ada. Untuk children dan adult. Jimat sikit dari nak beli yang pakai buang tu. Sebab boleh basuh. Walaupun tak fully protected. Ok lah daripada tak pakai langsung.

Malam tadi pulak, kulit muka punyalah rasa miang walaupun lepas dicuci. Teringat pulak dengan mask yang menang GA hari tu. Terus pakai. Sedap giler muka. Rasa fresh.


Dah pakai duduk dalam gelap. Pastu tengok JWANITA pulak. Seram je. Sapa dah tengok Jwanita? Tak rugilah lah langgan kat Astro First tu CIM rasa. Sebab jalan cerita best.

Alang2 dah sentuh pasal jerebu ni. CIM nak kongsikan sikit garis panduan pengurusan jerebu yang dikeluarkan oleh OSH UM. Lagi pun semua dah tahu IPU sekarang memang tak sihat.





Pada adik2 tu, sekolah cuti jangan lah korang main kat luar. Risau acik tengok.

Bye...Bye...Bye...

Tuesday, October 20, 2015

Demam Kepialu (Typhoid) meningkat di KL dan Kajang

Pagi ni, teacher Alisha dan Alfeey ada post mesej ni di whassap.


Take note ye parents kat luar sana.

Klik SINI untuk baca keratan akhbar dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Sedikit INFO mengenai demam kepialu:

Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu (1) hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala.

Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. 

Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Jaga kebersihan diri ye.



Cuci tangan selalu. Sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas.

UPDATE:

Hari ni (26/10) Ada lagi 4 kes dilaporkan. 3 di KL dan 1 di Selangor.
CIM kongsikan lagi maklumat yang diperolehi dari KKM.




Bye...Bye...Bye...

Monday, October 19, 2015

Astral Poomsae Taekwondo Championship 2015

Tahun lepas princess masuk juga. Baca kisah kat SINI.

Ahad lepas (semalam), CIM dan suami bawa Alisha ke Putrajaya.
Untuk event Astral Poomsae Taekwondo Championship 2015.
Di Komplek Kejiranan Presint 11.
Tahun ni Alisha bertanding untuk 6 tahun - Green Belt.


Kami keluar awal senang sikit nak parking nanti sebab parking kat tepi jalan je.
Kena tunggu untuk pendaftaran yang buka pukul 8.45.

 

Panjang barisan nak menunggu. Sesi pagi untuk 4-6 tahun lelaki dan perempuan.
Alisha spot kawan dia kat depan (girl yang pegang yellow belt tu)
CIM bagi izin, terus dia lari ke depan.


Geng kelas tadika sejak dari umur 4 tahun lagi.
Tahun lepas punya geng dah tukar sekolah bila masuk 6 tahun.







 Sementara pertandingan nak mula. Sesi bergambar dulu. 


Giliran Alisha


Menunggu keputusan.


Omak yang excited. Good job girl!!!


My MR yang sado. Ahaks


CIM pun nak enter frame juga.


Little Champion. Gold Medalist.

Bye...Bye...Bye...

Saturday, October 17, 2015

Bila anak dah pandai nak melawa

Cerita siang tadi...

Bila anak dara dah pandai nak melawa.
Avon pulak letak katalog dalam peti surat.
Abah pula pandai berjanji.
Ini lah nya...


Pandai punya bodek. Senang hati dapat apa yang dia nak.


Dah alang-alang kat AVON tu
Terus je CIM join membership
RM5 untuk seumur hidup.

Bila belek-belek katalog yang dapat ni.
Banyak juga yang menarik
Habislah CIM lepas ni.

Bye...Bye...Bye...

Friday, October 16, 2015

Meroti di malam hari

MR duk perli-perli kat CIM - bila lah nak merasa roti buat sendiri.
Dulu tergedik-gedik nak beli breadmaker.
Dah beli, breadmaker tu duk bertapa je.

CIM cakap aura tak datang lagi.
Sebenarnya malas. Huhuhu....

Dua malam lepas, dia suruh buat juga. Roti putih biasa jadi lah.
Dengan paksa rela CIM cari resepi.

Kononnya nak buat ala roti gardenia.
Tapi guna resepi roti paun.
Sudah lah menderhaka kat resepi tu.
Mana taknya...
Resepi minta susu putih, CIM guna susu perasa coklat.
Hehehe..pau susu Alfeey.
Siap tambah kismis pulak.

Resepi yang CIM ikut guna bahan-bahan:

1½ cawan air
2 camca besar minyak
2 camca besar gula
2 camca teh garam
2 camca besar susu kering
4 cawan tepung roti
1½ camca teh yis

CARA:

Guna BM senang je.
Sukat semua bahan. Pastu masukkan dulu air dan minyak. 
Pastu masukkan semua bahan kering kecuali yis. 
Yis tu letak kat atas tepung bahagian atas sekali. 
Sebab tak nak bagi kena air atau minyak.
Pilih menu untuk doh....tunggu je sampai siap.
Dah siap keluarkan dan tumbuk (nak bagi angin keluar)
Best main tumbuk2. Hehehe..
Pastu tunggu doh naik sekali ganda lagi.
Baru bakar.

CIM bulatkan doh kecik2 senang nak makan.
Hasilnya....



Sedap lah untuk first timer macam CIM.
Kami makan panas-panas sambil cicah air teh.


InsyaAllah nanti boleh cuba lagi.


Bye...Bye...Bye...

Wednesday, October 14, 2015

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Segmen mudah dari blogger Hasrul Hassan

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
Klik SINI
Kalau anda rasa anda blogger baru jom join. 
Senarai Bloglist Blogger yang dah join boleh klik SINI 

Update: Senarai bloglist panjang betul.  Baru settle group pertama.
Update: Group kedua pun dah settle jenguk dan follow

Mana2 yang dah tinggalkan komen kat sini CIM akan masukkan terus dalam bloglist CIM.

Bye...Bye...Bye.. 

Menang Face Mask GA

Tak sangka CIM boleh menang
Kali pertama menang contest GA.
Hehehe...



Ingat lagi tak CIM ada join GA anjuran blog Oh!Thrillers

Klik SINI na.

Hadiah pun dah terima.


Thanks to owner blog :)
Lepas ni boleh lah ber'mask'.
Jerebu pun tak reda lagi kan.

Bye... Bye...Bye...

Monday, October 12, 2015

Marbella? Apa tu?

Kali pertama CIM berbelanja di Go Shop
Sebelum ni tahan je godaan. Hahaha...
Order pada 7 Oktober
Barang terima pada 12 Oktober

Ok lah kan...

Nak tau apa?


Marbella Car Black Box - Rm199


Pakej terdiri daripada:
Marbella QB5 
Suction Holder
3M hoder 
USB cable 
Manual
8GB Micro SD card

Macam-macam boleh berlaku sekarang ni. 
Hehehe..terpengaruh ngan deme kat Go Shop tu lah. 
Tak sedar je tangan ni meng'order'
Tak pa lah kan...ada juga kegunaannya.

Mungkin sesetengah kata tak penting pun.
Pada CIM kalau rasa ada duit terlebih sikit...boleh je beli.
Tak nak pun tak pe.
Mana lah tau...malang tak berbau.

Tp CIM suka benda2 yang kiut miut ni.
Besar 3 jari je ni.


Boleh merekod HD video dan VGA, Night vision
Ada Gravity Sensor dan Motion Detector
LCD 1.41" dan 1.3 Mega Pixels CMOS Sensor
Dan Warranty setahun.

Lepas ni boleh lah merekod ye..


Bye...Bye...Bye..

Friday, October 09, 2015

Dari Resepi Atok ke Kenny Rogers

Cerita ahad lepas baru nak masuk blog..

Korang yang duduk puchong/putrajaya. Hehehehe...
Ada yang pernah makan di Cafe Resepi Atok tak?
Lokasi kat Puchong Utama. Sekangkang kera je dari rumah CIM.

Tengok gambar customer yang pergi. Ada sikitlah tahap terliurnya
Janji dengan MR nak pergi ahad (lepas).
Tengok senarai menu dia....

Gambar ni pau dr FB ye

Lepas je solat maghrib terus kami pergi. Memandangkan waktu operasi 6 ptg - 12 mlm
Sampai je...mak ai full house sampai luar. Yang duk menunggu pun ramai lagi
Huhuhu..... cancel terus. Next time je lah....

Pasal tak dapat kambing bakar. MR bawa pi makan kenny rogers ja. Rasanya tahun lepas kot kali terakhir makan kat sana. Sebelum sebelum tu delivery saja.


Princess mesti dengan spagetti.


Hero share dengan ibu saja.


Hero siap makan baru ibu makan. Dia dah kenyang layan youtube kat hp tak kacau orang dah.


Naik merry go round memang wajib kalau pi IOI Mall. Nasib baik depa nak naik seround je. Selalu kalau naik mesti nak tambah seround lagi. CIM dengan princess dah kepala toing toing.....Hang baru isi perut dah main pusing-pusing pulak. Ada ka patut.

Jom balik.

Bye...bye...bye...