Follow Me @noorshafila

Friday, May 22, 2015

PSORIASIS (Sakit Kulit)

May 22, 2015 0 Comments
Psoriasis merupakan salah satu penyakit kulit yang terjadi akibat Pertumbuhan Abnormal Sel Kulit. Pelbagai alternatif boleh diambil bagi menyembuhkan atau mengawal masalah ini walau pun tidak secara sepenuhnya. Jangan dibiarkan tanpa perawatan sehingga psoriasis akan bertambah kronik. Jemput sama-sama baca sampai habis dan share.




Proses Psoriasis 


Psoriasis berpunca daripada pertumbuhan sel-sel abnormal kulit dan ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) apabila kadar pembahagiannya melebihi kadar penanggalan sel kulit mati. 

Pada seorang individu yang sihat, kadar proses penggantian sel-sel kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28-30 hari. 

Manakala sel-sel kulit pesakit psoriasis pula akan membahagi lebih cepat kerana kecelaruan sistem imun badan yang menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit dalam tempoh 3-7 hari sahaja. 

Sel-sel kulit mati yang berlebihan ini akan menimbun lalu membentuk sisik putih yang tebal pada tompokan timbul berwarna kemerahan. Kemudian ia akan menjadi gatal dan penyakit ini boleh memberi kesan kepada kuku, jari tangan dan kaki serta menyebabkannya berlekuk. 

Biasanya kulit penghidap psoriasis akan menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagaian berkenaan akan menebal dan mengeras. Adakalanya tompokan sel yang mati ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin. 

Bagaimanapun, penyakit yang dicirikan dengan kulit kering dan mengelupas ini menyebabkan ia kelihatan hodoh sehingga para pesakit merasa malu dan rendah diri.


JENIS PSORIASIS

1. Plaque Psoriasis, yang meliputi 80 hingga 90 peratus kes. Biasanya berlaku pada bahagian kulit kepala, lutut, siku dan bawah belakang yang kelihatan berkerak serta kemerahan. 

Plak berbentuk kemerahan pada kulit yang dilitupi sisik putih perak. Sisik itu sebenarnya gumpalan sel kulit yang telah mati.

Di bahagian kepala, ia berbentuk kelemumur teruk dan boleh bertukar menjadi tompokan bersisik tebal atau dikenali sebagai psoriasis kulit kepala.

plaque psoriasis 


2. Guttate Psoriasis, yang biasanya menjangkiti di kalangan kanak-kanak dan orang yang lebih muda, bertompok kecil seperti air hujan pada anggota badan.

Psoriasis guttate berlaku dalam bentuk bertompok. Kadang-kadang ia juga terjadi dalam bentuk bintik kecil dan bersisik. Guttate sering berlaku pada badan, lengan dan kaki.

guttate psoriasis

3. Pustular Psoriasis, yang biasanya mempunyai ciri-ciri gelembung yang mengandungi nanah.

pustular psoriasis

4. Inverse Psoriasis, yang biasanya terjadi di bahagian di mana kulit bersentuhan seperti ketiak

inverse psoriasis

5. Erythrodermic psoriasis, yang boleh menyebakan kulit seperti terbakar dengan teruk.

erythrodermic psoriasis

Rujukan imej dari AAD


GEJALA PSORIASIS

1. Kelemumur yang keterlaluan pada kulit kepala.

2. Ruam psoriasis biasanya diiringi kegatalan.

3. Sakit sendi atau Psoriasis arthritis berlaku pada sendi kecil jari dan ibu jari atau sendi lebih besar seperti tulang belakang sehingga menimbulkan kesakitan dan bengkak.

4. Perubahan pada kuku.


PUNCA PSORIASIS

1. Ubat-ubatan seperti hormon steroid.

2. Ubat darah tinggi .

3. Makanan yang mengandungi bahan kimia dan toksid.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Melalui perawatan, psoriasis masih belum dapat disembuhkan 100% sepenuhnya kerana rawatan yang ada hanya memperbaiki keadaan kulit serta mengurangkan rasa gatalnya.

Penghidap psoriasis perlu memahami betul-betul tentang apa itu penyakit psoriasis. Apabila sudah memahami, baru mereka menyedari rawatan yang sesuai. Ini penting kerana gejala penyakit ini sukar di ramalkan.

Keadaan ini menyebabkan kekecewaan dan kehampaan jika pesakit tidak memahami tentang gejala penyakit psoriasis. Begitu juga, di Pusat Perubatan Holistik, para pesakit perlu memahami tentang apa itu yang di namakan ‘Healing Crisis’.

Healing crisis ialah tindak balas ubat sebelum berlakunya penyembuhan. Biasanya para pesakit psoriasis akan dibekalkan penawar gelombang elektromagnetik dengan potensi yang agak tinggi supaya dapat membunuh gelombang penyakit yang ada dalam tubuh pesakit psoriasis.

Ketika pesakit psoriasis memakan ubat psoriasis yang dibekalkan oleh Pusat perubatan Holistik, kemungkinan seminggu pertama gatal akan bertambah sedikit. Ini kerana gelombang penawar elektromagnetik yang dibekalkan akan bertembung dengan gelombang asal penyakit atau gelombang organ seperti kulit sehingga ‘amplitude’ kedua-dua gelombang tadi membesar.

Di dalam ilmu fizik fenomena ini dikenali sebagai ‘Constructive Wave Interference’. Apabila ini berlaku, sakit akan bertambah sedikit. Namun, apabila sisten imun kulit sudah berfungsi dengan baik penyakit akan di singkirkan dan pesakit akan menuju ke arah penyembuhan.

Oleh kerana tenaga yang digunakan amat tinggi, maka gelombang tenaga elektromagnetik yang dibekalkan mampu menembusi sel-sel kulit yang mati sehingga ia dapat memperlahankan proses penggantian kulit seperti biasa.

Perubatan Holistik juga mampu membekalkan tenaga gelombang elektromagnetik sehingga sistem imun kulit dapat berfungsi secara semulajadi sehinga mampu menyahkan melanin yang berlebihan.

SARANAN

Bagi mereka yang mengidap Psoriais kronik sila tinggalkan pemakanan sea food (makanan laut) atau ikan yang tidak mempunyai sisik, seperti sotong, ketam, kerang, siput, ikan keli, ikan sembilang, pari, ikan duri, belut dan seumpamanya. Kerana ikan-ikan ini dikenali sebagai pembersih kekotoran di laut dan sungai. Haiwan ini juga diciptakan untuk memakan pelbagai jenis bahan buangan termasuk toksik-toksik yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti cancer (barah).

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit Psoriasis, bererti memparahkan lagi keadaan sedia ada. Manakala dari segi saintifik pula, ikan yang tidak mempunyai sisik mudah diserang virus (kuman), segala radiasi, toksik dan bahan kimia. Antara hikmah Allah S.W.T. menciptakan sisik adalah sebagai sistem pertahanan tubuh badan haiwan tersebut.

Ikan tenggiri, kembung, parang, tongkol, bilis dan seumpamanya termasuk jenis yang bersisik dan boleh dimakan walaupun sisiknya kecil dan sedikit.

Sebenarnya, ikan yang tidak bersisik ini mengandungi logam jenis ‘kadmium’ yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat. Biasanya, kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik, pembuatan aloi, plastik selain memantapkana baja fostat.

Kandungan kadmium juga dikatakan mampu menyebabkan pemakannya berisiko menghidap kanser payu dara, kanser prostat dan berupaya melemahkan fungsi hati dan buah pinggang.

Selain menjadi bahan kimia pengganggu endokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekuraangan kalsium dan zat besi.

Biasanya rawatan psoriasis di Pusat Perubatan Holistik mengambil masa 6 bulan hingga setahun. Kerana kami perlu membersih dan membuang hormon streroid, bahan kimia dan toksid yang selama ini merosakkan sisitem imun kulit pesakit psoriasis. Jika kesemuanya ini sudah dapat disingkirkan, Insya-Allah pesakit psoriasis akan menuju ke arah penyembuhan.

Rujukan: KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK CAWANGAN KUALA TERENGGANU ,
 tengkubutang ,psoriasisindonesia.org


*************

Mengapa saya berkongsi tentang Psoriasis?

Ini adalah kerana seorang ibu saudara saya sudah bertahun-tahun menghidapi Psoriasis dan Psoriasis Arthritis (sakit sendi). Pelbagai rawatan telah beliau ambil tetapi psoriasisnya tetap berulang. Itulah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya bagi ibu beranak lima ini.

Bulan lepas, beliau nekad hendah mencuba CMD.



Psoriasis sebelum guna CMD




Keadaan Psoriasis selepas 10 hari penggunaan CMD





 Keadaan kulit beliau selepas 30 hari
-semakin menipis, kering, tak merah dan gatal lagi.

Antara perbualan dalam Whatsapp sepanjang sebulan beliau mencuba CMD



"mcm2 ubat cuda dah beli, nujumnya je belum bertemu, harap2 cmd ni jadi belalang mujarab"


Hari ke 14 dah nampak kurus katanya :) Saya yang mendengar pun senang hati. Alhamdulillah hari ke 30, parut psoriasis tu dah makin menipis. Semoga dengan penggunaan yang berterusan dapat merawat psoriasisnya. Walaupun bukan sepenuhnya tetapi mengawal dari terus merebak.

Kalau ada antara yang membaca posting ni menderita penyakit yang sama dan dah penat mencari jalan penyelesaian, tak salah kalau mencuba. Mana lah tahu, dengan izin Allah.

CMD untuk merawat Psoriasis
pm/whatsapp 0129264020




Friday, May 15, 2015

Selamat Hari Guru

May 15, 2015 0 Comments
Assalamualaikum..

Lama tak bercerita di sini.
Banyak cerita-cerita yang terperam.
Tak de masa nak luahkan di sini :)
Dan masalah utama adalah M.A.L.A.S.
Hahahaha...sangat tidak bagus.

Nak bagi tau berita baik.....

Alhamdulillah, doa kami suami isteri dimakbulkan Allah. Setelah hampir 7 tahun PJJ, akhirnya cik suami dapat ditukarkan ke semenanjung (Putrajaya). Syukur sangat2. Macam-macam perasaan ada...ye lah buat pertama kalinya kami akan tinggal sekeluarga (kecuali bila dia balik bercuti lah). Anak-anak lagi lah happy :) Tak sabar menunggu hujung bulan ni.

Lain-lain cerita....T.U.N.G.G.U

Akhir sekali.....


Selamat menyambut Hari Guru (16 Mei) buat semua guru di mana jua anda berada. Terutama sekali yang pernah mendidik saya. 


Terima Kasih.



Broaden News