Sedap rupanya daun kaduk ni.

Minggu lepas, CIM dengar radio nasional dalam kereta semasa dalam perjalanan nak pergi kerja. DJ tengah bercerita khasiat daun atau pucuk kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum. Rupanya macam daun sirih tapi lembut. Sebelum ni memang CIM tak pernah rasa pun dan tak de keinginan nak mencuba pun. Tapi lepas dengar khasiatnya, terus call MR minta dia belikan.


Meh kita tengok antara khasiat daun kaduk ni selain daripada dibuat ulam yang dikatakan menjadikan kita awet muda :)

  • Sesuai untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, cacing, kulat kaki dan panau. Caranya adalah degan meminum air rebusan dia atau menampalkan daun kaduk yang ditumbuk dibahagian tersebut. Korang kalau ada masalah ni boleh cuba ye.
  • Daun kaduk yang tua boleh digunakan untuk merawat keputihan. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusanya dan dijadikan sebagai air basuhan selepas membuang air kecil atau selepas habis period. Kesannya, keputihan akan berkurangan, menghilangkan kegatalan dan kerengsaan di bahagian V.
  • Merawat masalah penghadaman dan mengeluarkan angin dalam badan. Hehehe..korang cubalah mesti korang kagum bagaimana lawasnya bila membuang. Sungguh CIM tak tipu.
  • Yang menjadikan CIM berminat adalah, amalan memakan daun kaduk ni dapat mengawal berat badan. Ye ke? Kalau dah lawas membuang, mesti bersih usus kita ye tak? Takde lagi masalah usus.

Ok sekarang, nak bagi tau pulak, tak semestinya korang makan daun kaduk ni hanya sebagai ulam. Jemulah hari-hari macam tu kan. Korang boleh je search kat mr google cari resepi. Hehehe... CIM modified sikit resepi kerabu telur dadar Che Mat Gebu. Resepi asal korang boleh klik SINI ye.


Kerabu telur dadar bersama daun kaduk

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur gred A
1/2 camca teh lada hitam
1 camca teh tepung jagung
Secubit garam
  • Bahan-bahan ni dikacau sebati dan masak macam telur dadar yang biasa kita buat tu dalam non stick pan. Tak perlu terbalikkan. Angkat bila permukaan telur dah kering. Guna api perlahan ye. Gulung dan hiris nipis.
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 ulas bawang putih, dibakar
1/2 inci belacan, dibakar
  • Bahan-bahan ni ditumbuk macam buat sambal belacan tu.
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 cekak daun kaduk (amik daun saja) - potong ikut suka (CIM potong kasar)
1 biji tomato - buang biji dan hiris nipis
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci dan goreng garing
2 - 3 biji jus limau kasturi
Sedikit gula dan garam
  • Masuk semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul rata dan perasakan biar cukup rasa pedas, masin, masam dan manisnya. Masukkan ikan bilis. Dah siap boleh makan dengan nasi putih.
Selamat Mencuba.

Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

2 Comments

  1. SA suka makan Miengkam...guna daun kaduk kan..sedap sangat...eh nampak sedap plak kerabu telur tu..buat lapar je...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete