Juara Parodi 2015 Minggu Pertama

CIM bagi intro sikit tentang Juara Parodi.

Juara Parodi merupakan program komedi baru di Astro yang menggantikan slot Super Spontan. Ditayangkan di Astro Mustika (134) dan Warna (132) pada setiap Jumaat pukul 10 malam. Menampilkan Dina dan Najip Ali sebagai pengacara. 


Juara Paradi menggabungkan 10 kumpulan peserta yang terdiri daripada penyanyi dan pelawak yang akan memparodikan lagu-lagu melalui nyanyian dan komedi.

 
Juara Parodi membariskan Zainal Abidin dan Afdlin Shauki sebagai juara tetap. Konsep pemarkahan adalah 70% dari juri dan 30% undian sms penonton dan menggunakan sistem carta, jadi tidak akan ada penyingkiran lah. Agak-agak siapalah 5 kumpulan yang akan bersaing di final nanti ye.

Untuk minggu pertama, 4 kumpulan diperkenalkan.

1. Azlee & Lan Pet-Pet + Firman = Seniman (Sampaikan Salam)

2. Abam & Fad + Waris = Righthanded  (Cintaku 100%)

3. Jambu + Misha = Kobis (Dua Insan)

4. Achey + Black = Black dot Chey (Untukmu Ibu)

Juri jemputan Aziz M. Osman punya komen pun best. Tak lah stereotaip sangat.

Dah nama pun rancangan komedi dan ada pulak pelawak, memang tak kering gusi lah menonton. Untuk minggu pertama pun dah sengit. Misha sweet sangat rambut pendek. CIM tengok Abam dan Dina dah macam serupa mukanya dan comel dengan adegan lap muka tu. Jambu memang tak boleh cakap la...deme cakap je pun dah lucu. Lirik lagu Achey dan Black memang lawak.

Lagi 6 peserta kena tunggu minggu depan lah.

Bye...Bye...Bye...

Juara Parodi Minggu 2 - SINI

Post a Comment

0 Comments