Disebabkan dah berjanji dari minggu sebelumnya dengan anak2 nak pergi dan diorang pun tersangatlah teruja, mak pak yang penyayang ni pun bawa lah juga :) Walaupun sesak, Alhamdulillah dapat juga parking. Dari tempat parking tu memang dekat sangat dengan tempat makan. Mungkin sebab hujan kot, tempat makan pun penuh. Berbekal satu payung je pun (hahaha), terus je jalan ke Istana Kehakiman sebab nak tengok 'projection mapping'.
Orang ramai setia menunggu bawah khemah kat depan bangunan Istana Kehakiman tu sebab nak tengok projection mapping tu. Disebabkan peralatan tu sensitif, tak boleh nak pasang selagi hujan tak berhenti. Lama lah nak kena menunggu. Anak-anak memang sikit panas punggung lah sebab tak boleh nak ke sana sini. Mak pak ni pun decide nak balik je lah. Ye lah, nak tunggu hujan berhenti, entah tak tahu bilanya. Nak jalan-jalan pun basah. Gambar-gambar pun tak berapa nak cun. Maklum lah CIM guna kamera murahan je. Hehehe....
Gambar ni je yang cun sikit. Tengok tu Alisha dan Alfeey, habis lencun. Depa syok dapat main hujan. Kalau orang tengok mesti kata, mak pak berpayung anak biar je basah. Sekali sekala, pejam mata je lah. Janji depa seronok. Tapi sampai rumah, terus mandi dan bagi paracetamol termasuklah mak pak sekali. Bukan apa, takut demam je. Anak-anak demam depa boleh melasak lagi tapi kalau abah depa demam, melepek la jawabnya.
Tu je cerita pasal LAMPU. Ingat nak pergi sekali lagi esoknya. Tapi fikir-fikir balik, tahun depan je lah. Lagi pun hari ahad tu pun cuaca macam tak cun je. Duduk kat rumah je lah.
Bye...Bye...Bye...
0 Comments