Bila MR ke dapur.

Balik kerja semalam CIM terus mandikan anak bertuah berdua tu dan solat. Fuh....sementara buat semua tu MR dah siap masak (Thanks darling). Macam biasalah, kalau MR ke dapur memang menu sedap lah. Semalam dinner ala-ala Thai.


Princess Alisha merangkap BFF abah dia, tengah menulis menu. 
Siap ada muka senyum... senyum... senyum dan love lagi. 
Muka marah... marah... marah... takde.
Mana boleh marah bila penat-penat balik kerja, rezeki dah siap terhidang :)




Sup daging untuk anak-anak. Yang lain untuk ibu dan abah. Sambal belacan memang wajib ada kat rumah. Kalau tak de selera jadi slow sikit. CIM sebelum kahwin mana makan sambal belacan, ulam bagai macam ni. Tapi lepas kahwin ni, selera dah mula terikut kepada selera MR. Kata sayang suami kan :) Ada nasi putih, ulam dan sambal belacan saja pun dah berselera makan. Adeh... macam mana lah nak berdiet ni. Tolong!!!

Oh...jangan lupa Juara Parodi malam ni ye.

Bye... Bye... Bye...

Post a Comment

1 Comments