Amalkan doa menaiki kenderaan demi keselamatan.

Pergi kerja atau balik kerja sekarang ni sama je sesaknya. Hari-hari kena tempuh jem. Keluar rumah pukul 6.30 pagi pun, sampai ofis ngam-ngam pukul 8. Lalu tol pun sama juga sesaknya. Saranan menteri 'tu' suruh keluar awal kalau tak nak lalu tol untuk lalu jalan yang tak de tol memang tak boleh diterima langsung. Kalau nak bagi cadangan tu biarlah yang boleh menguntungkan rakyat.

Tadi masa balik kerja, macam biasalah bila masuk jalan puchong, kereta memang gerak perlahan lah. Motor pulak mencelah ke sana sini. Tadi memang berlaku depan mata, penunggang motor ni tercampak atas jalan. Puncanya ada sebuah motor lain dari sebelah kanan kereta CIM potong masuk di depan kereta CIM untuk ke lorong belah kiri. Motor yang memang kat laluan kiri tu agak laju dan tak sempat nak break dan terus bergesel dengan motor tu dan hilang kawalan terlanggar kereta kat lorong kiri sebelum tercampak atas jalan. Nasib baik lah keadaan jalan perlahan, kalau tak memang kereta depan CIM tu dah langgar dia. 

Memang kuat lah impact dia, sampai tak bangun budak tu. Penunggang motor yang satu lagi sedar terus berhenti dan banyak lagi penunggang motor yang lain pun berhenti tolong. Takkan lah CIM nak berhenti juga kan, nanti sesak lagi jala yang memang dah sesak tu. Harap penunggang motor tu tak parah. Alisha yang tengok kejadian tu terus menangis sampai cakap tak mau duduk Puchong lagi. Jadi, hati-hati lah bawa motor ye. Sayang nyawa. Dengan MR pun CIM pesan bawa motor hati-hati.

Bacalah doa apa yang patut sebelum mulakan perjalanan, mohon Allah doakan perjalanan kita. Sejak Alisha menghafaz doa menaiki kenderaan, memang dia yang baca doa setiap kali naik kereta. Moga Allah melindungi perjalanan kami


Amin


Bye..Bye...Bye...

Post a Comment

0 Comments