Shopping Online.

Salam hari jumaat semua.
CIM tengah break sekarang ni.
Maklumlah hari jumaat....waktu rehatnya panjang sikit.
Ada yang keluar shopping ke?
CIM dah lupa bila kali terakhir CIM keluar shopping di hari jumaat.
Rasanya sebelum kahwin dulu kot.
Hahaha.....hampir 7 tahun lah :)

Cakap pasal shopping ni, sekarang ni banyak shopping online je.
Baju, tudung, barang anak2...semua dihujung jari je.
Bulan ni kegilaan shopping online CIM adalah kepada shawl dan buku.

Shawl dari Cattleya Couture dan buku pulak dari bookcafe


(pinjam gambar dari Cattleya Couture)

Cun je warna2 nya. Setakat ni baru ada 8. Alahai janganlah tergoda lagi. Sedap pakai sebab material heavy chiffon dan panjangnya 2m. Yang tak bestnya CIM tak pandai sangat nak membelit shawl tu. Buat gaya ringkas saja. Janji tutup dada.

Servis bookcafe pula memang tiptop. Cepat je sampai bukunya. Ynag best ada diskaun. Buku terkini yang CIM beli adalah buku Felixia Yeap - #Amoi berhijab dan #Baby Muslimah, Diagnosis dan 2 buah buku travel - I'm a backpacker: Korea dan Travelog MR Traveller. Huhuhu..excited kan nak baca. Itu buku maknya. Untuk princess dan hero pun ada juga. Alhamdulillah, princess tu memang suka buku dari kecil. Hero pulak...boleh lah (nak kena paksa).

Sebelum ni banyak juga CIM beli buku2 novel (banyak yang dah jadi drama). Biasanya dekat kedai buku POPULAR.  Habis baca, hantar balik ke kampung. Hahaha...Sekarang lebih kepada buku-buku yang berkisar kepada pengalaman hidup dan motivasi. Ooppss...buku Saiful Nang - Kisah Orang Menang, pun tak habis baca lagi.


Dan satu lagi buku kegemaran CIM,yang dah agak lunyai sebab asyik diusung ke sana-sini. Buku bertajuk 365 oleh Dr Anwar Fazal. (Nanti CIM masukkan gambarnya ye).

InsyaAllah, nanti dah habis baca buku-buku ni nanti CIM buat review ye. Sebelum tutup cerita, cuci mata dengan pavlova malam tadi. Craving sangat. Nyum nyum nyum.



Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

1 Comments

  1. dya pun suka baca yg tajuk 365 tu dri dr anwar fazal..hihi

    ReplyDelete