Alhamdulillah :)

Alhamdulillah....syukur kepada Yang Esa. Kami berempat dah under satu roof.... abah, ibu, Alisha dan Alfeey. Masih lagi dalam mode menyesuaikan diri masing-masing. Ewah...macam tak pernah pulak tinggal sebumbung lagaknya. Hanya yang pernah tinggal berasingan yang tahu. Hampir tujuh tahun sebenarnya. Sama dengan usia perkahwinan kami. 


First time menggosok his uniform kerja. 

Paling best anak2 lah. Ibu ni dah mula nampak perbezaan mereka. Kalau minta dari ibu tak dapat or ibu garang sangat. Ekor mata mula menjeling kan abah minta bantuan. Tak aci tau AA.

**********

Minggu lepas, Parents & Teacher's day Alisha (6 tahun) dan Alfeey (4 tahun). 

Good review yang teacher bagi pada Alisha.Dia nombor satu dalam kelas (hehehe...ibu sengih sampai ke telinga) dan mudah di ajar. Nasiblah kakak dapat ibu garang. Hari cuti pun kena belajar. Sekarang dalam proses menghafal sifir di rumah (sifir 2 dah lepas).

Alfeey pulak, ibu kena usaha lebih kuat lagi. Agar berbeza bila mengajar Alfeey. Cepat sangat hilang tumpuannya. Pening ibu dibuatnya. 



Amanah Allah.








Post a Comment

1 Comments

  1. Salam jemput singgah ye
    http://aloverraeshop.blogspot.com/

    ReplyDelete