Follow Me @noorshafila

Tuesday, December 22, 2015

Kenangan mengusik jiwa :)

December 22, 2015 2 Comments
Dalam dua minggu ni, kesihatan memang tak memberangsangkan. Mata asyik mengantuk saja. Balik kerja je terus tumbang. Terima kasihlah kat MR yang banyak membantu. Ringan sikit rasa. Weekend lepas memang duduk bawah selimut je. Berat pun dah turun dekat 2 kg. Nasib baiklah anak-anak di kampung. Kalau tak, kesian depa. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.

Sebenarnya CIM nak cerita pasal kenangan kenduri kahwin CIM dulu. Ni gara-gara dengar celoteh Sepah2 kat Sinar pagi tadi lah ni. Harap korang tak bosan dengan entri kali ni ye. Yang dah kahwin mesti banyak kenangankan. Mak dan abah CIM dulu memang merancang nak buat cara kampung kendurinya. Maklumlah anak sulung nak kahwin. Tunggu dekat 30 tahun baru hati anak dia terbuka nak kawin :) Makanya semua urusan kenduri, dari merancang, menjemput dan perjalanan kenduri semua mak dan abah uruskan. CIM cuma uruskan diri je. Hehehe....kad kahwin dan pelamin, adik yang tolong booking. CIM pilih dan bayar je. Hantaran - mak sedara yang tolong deco kan. Sehari lagi majlis, baru CIM balik ke kampung. Sebelum tu, CIM sibuk dengan kursus intensif USM di Pulau Pinang.

Bila sampai rumah je, tengok pelamin dah siap semua :)


Kerja gotong royong dari awal sampai habis semua dilakukan oleh bapa dan mak sedara serta sepupu2 yang dah besar panjang serta orang kampung.


Pak ndak CIM (baju oren) jadi bos memasak. Sedap :)


Yang perempuan, dok kat balik ni. Potong bawang dan macam-macam lah.


Meriah sangat bila kawan-kawan abah datang menolong jugak.


Masa arwah Opah ada lagi. Tapi dah tak larat. Dia banyak duduk je. Arwah 'pergi' masa CIM mengandungkan Alisha 6/7 bulan kalau tak silap.


Atuk jadi 'mandur'. Tengok je dah tua tapi sampai sekarang tak reti duduk diam.


Rumah kampung CIM dikelilingi oleh pokok getah. Kalau ada kenduri memang senanglah nak mengumpul kayu api.


Sebelah malam sebelum kenduri ada majlis khatam Al-Quran. Dan kenduri. Masa zaman sekolah, rajin ikut cikgu mengaji pergi majlis khatam Al-Quran orang dengan geng-geng mak. Alhamdulillah, berpeluang juga buat majlis ni dengan orang-orang yang sama.


Kat luar, orang lelaki menjamu selera.


Malam tu juga, pakai inai :) Tak de design pun. Pakai hujung jari tangan dan kaki. Abah nak simple je. Jangan melebih-lebih kata dia.


Majlis nikah buat dekat masjid. Abah jadi wali dan nikahkan CIM dan MR. 


Rombongan pengantin lelaki sampai je...terus makan dulu.


Perut dah kenyang baru bersanding. Lucu sebenarnya. Disebabkan pari-parinya ramai sangat pengapit tak berpeluang nak jadi pengapit.

Alhamdulillah. Dah 7 tahun pun. Memang kenangan yang paling indah. CIM keluarga yang besar. Mak ada 10 adik beradik. Campur dengan sedara mara yang lain dan sepupu-sepupu, memang orang kata kerja-kerja majlis kenduri CIM dulu, semuanya dibuat oleh adik beradik. lagi pulak, rumah mak dan rumah atuk bersebelahan je.


Semua tetamu makan berhidang. Nak tambah lagi pun boleh :)


Geng muda cuci pinggan.










Lepas nikah. Abah dengan mak simple je. Tak mau bergaya-gaya. Love you both. Semoga perkahwinan kami berkekalan macam mak dan abah juga. InsyaAllah. Weh...kenangan mengusik jiwa sungguh ni :) Semoga tradisi gotong royong ni dapat lah berkekalan sehingga anak-anak CIM nanti.

Bye...Bye...Bye...

Monday, December 21, 2015

Anak-anak balik kampung.

December 21, 2015 2 Comments
Minggu lepas, kami tiga beranak tinggal di Kelana Jaya sebab MR ada kursus di Melaka. Dan kebetulan minggu tu pulak CIM berkursus dua hari juga. Disebabkan tak de saper nak jagakan anak-anak, minta tolong adik ipar jagakan anak-anak lah. Tak pasal-pasal adik ipar jadi mak anak tiga.


Dan disebabkan, atuk dengan opah dah rindu sesangat kat cucu-cucu depa, jumaat lepas, abah CIM datang dari kampung semata-mata nak ambil cucu-cucu dia bawa balik kampung. Excited betul anak-anak berdua tu. Memandangkan dua minggu lagi nak buka sekolah, CIM bagi lah 'can' depa balik kampung. Lepas Isyak, depa gerak balik ke kampung dengan adik CIM.


Dah sampai Tapah, adik CIM wassap gambar depa yang tido lena dalam kereta. Memang perangai budak berdua ni, kalau travel jauh memang akan tido dalam kereta tak kira malam atau siang. Dapat je aircond mata pun terus jadi layu. Alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. Sekarang tengah bersenang lenang di kampung. Sampai ibu telefon pun tak mau cakap sebab nak main. Depa tak tau kot yang ibu dan abah depa dah mati kutu kat rumah sebab sunyi kat rumah. Lagi pulak, tak de yang menempek memeluk tidur sekali atas katil. Mula lah rasa besor giler tilam kat rumah tu.


Siap bersolek dan pakai tudung lagi :)

Ok lah..tu je dulu. Korang jangan pulak kata CIM lepas tangan bagi anak-anak kat mak bapak ye. Depa balik bercuti je.

Bye...Bye..Bye...


Tuesday, December 15, 2015

Gegar Vaganza: Konsert Akhir

December 15, 2015 3 Comments
Konsert Akhir | Selesai akhirnya Gegar Vaganza 2015. Kali pertama CIM mengikuti rancangan hiburan dari episod awal sampai akhir. Mungkin sebab artis-artis yang terlibat dalam GV tahun ini.

Secara keseluruhannya, CIM enjoy tonton konsert akhir GV. Lawak-lawak dari Nabil dan Jihan. Penglibatan Dato' Seri Vida dan juga persembahan artis-artis. Slack sana sini tu biasalah. Nama pun siaran langsung. Mana boleh sempurna.

Pengumuman Nana sebagai Juara memang CIM dah agak. Persembahan Nana malam tu memang best. Untuk persembahan terbaik tu, CIM suka persembahan Acong sebenarnya. Tapi mungkin penyokong Nana ramai sangat kot. Anyway....rezeki Nana tahun ni :)


Keputusan GV 2015

Juara: Nana
Naib Juara: Faradhiya
Ketiga: Ezad
Keempat: Nassier Wahab
Kelima: Acong
Keenam: Haiza

Bye...Bye...Bye...

Monday, December 14, 2015

14 Disember

December 14, 2015 1 Comments
14 Disember | Sangat special.

Kenapa?

My belated birthday dan juga my wedding anniversary.

14 Disember

Dah 3 series pun umur. Dan selama itu menjadi anak kepada mak dan abah.
Dah 7 tahun menjadi isteri kepada MR.
Dah 6 tahun menjadi ibu kepada anak-anak.

Semoga Allah panjangkan usia agar sentiasa dapat mengembirakan mak abah, menjadi isteri yang baik kepada MR dan berpeluang mendidik dan membesarkan anak2 sehingga mereka dewasa dan berkeluarga. Dan semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.

Amin.



Friday, December 11, 2015

Cara buat gam kanji

December 11, 2015 6 Comments
Untuk aktiviti tadika anak-anak kelmarin, parents kena bawa kotak A4 dan gam. Gam yang dimaksudkan adalah gam yang dibuat sendiri. Hahaha..kalau korang ingat, masa zaman sekolah dulu ada tak mak buat kan gam sendiri untuk aktiviti sekolah. CIM pun ingat2 lupa dah sebab dah lama sangat rasanya. Tapi yang CIM ingat, CIM pernah makan gam yang mak buat. Hehehehe...makna nya ada lah kan.

Sebab nak guna dalam kuantiti yang banyak, rasanya membazir je kalau nak beli. Baik buat sendiri kan. Lagipun, lebih selamat rasa nya kalau ada anak2 yang gatal tangan pi colek gam tu masuk mulut. CIM yang dah banyak usia ni pun sambil tunggu sejuk, kejap-kejap coleh masuk mulut. Hahaha....

Okeh..resepi nya mudah je:

4 sudu besar tepung ubi kayu
1000 ml air

Campur kedua-dua bahan biar sebati dan panaskan atas api. Api tu biar sederhana je. Dan pastikan korang sentiasa kacau untuk elakkan dia berketul-ketul. Masak sampai jadi pekat dan bertukar warna kepada jernih.



Dah siap, pindahkan ke dalam bekas dan biar kan sejuk. Kalau nak kreatif korang boleh titis pewarna. Nanti hasilnya mesti cun.


Senangkan. Pejam mata je boleh buat. Selamat mencuba ye.



Bye...Bye...Bye...

Thursday, December 10, 2015

Happy Birthday My Dear Daughter

December 10, 2015 1 Comments
10 Disember | Alhamdulillah genap 6 tahun usia Princess CIM. Semoga membesar dengan sihat dan dilindungi Allah selalu serta menjadi anak yang solehah. Itu yang paling penting. Setiap kejayaan yang diperolehi pada masa kini atau hadapan adalah anugerah dan bonus dari Allah.


Excited dia bangun pagi tadi sebab hari ni juga nak tengok konsert Hi-5 House of Dreams di Istana Budaya. Birthday gift yang tak disangka-sangka sebenarnya. Terima kasih pada MAS for the tickets. Ibu dan anak, dua-dua enjoy hari ni. Wokeh...itu aje. Cerita pasal konsert....esok-esok ye.

Bye...Bye...Bye...



Tuesday, December 08, 2015

Giveaway for Our Lovely Girl by RianaLittleCuties

December 08, 2015 7 Comments
Giveaway for Our Lovely Girl by RianaLittleCuties | Siapa yang tak suka tengok anak2 kecil berbaju kurung. Comel je kan. Tuan blog nak hadiahkan 5 pasang baju kurung untuk anak-anak yang bertuah dari umur 1 tahun hingga 6 tahun. Mak pak blogger yang ada anak umur ni meh lah join GA ni. CIM pun nak cuba nasib untuk Alisha yang akan sambut birthday dia yang ke 6 tahun khamis ni.

Klik kat bannner bawah ni dan follow instruction tuan blog


Join cepat na.

GA ni berlangsung sampai 26 Dec 2015


Bye...Bye...Bye...

Monday, December 07, 2015

Lagu Gegar Vaganza Minggu 9

December 07, 2015 1 Comments
Malam tadi berlangsungnya konsert GV2 minggu ke 8 yang merupakan konsert separuh akhir. Konsert malam tadi juga menyaksikan Azian akhirnya tersingkir walaupun CIM rasa persembahannya lebih baik dari Nassier Wahab. Kecewa juga dengan arrangement lagu yang Faradhiya nyanyikan. Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan bagi Fara.

Harap para juri dapat melaksanakan tugas mereka tanpa pilih kasih. Sebab apa CIM cakap macam ni? Sebab dah dua minggu CIM rasa ada yang tak layak masih lagi kekal malah di antara kedudukan teratas. Dah lah budaya senioriti memang ada dalam budaya kerja kita, takkan hiburan pun macam tu jugak.

CIM rasa persembahan Nana malam tadi adalah yang terbaik diantara semua artis. Hehehe...adakah Nana akan menjuarai Gegar Vaganza 2 tahun ini? 

Kita tunggu konsert akhir minggu depan ye.

Untuk persembahan konsert akhir, Lagu-lagu yang ditugaskan kepada peserta GV2 adalah:

Nana - Putus Terpaksa
(Ziana Zain)

Nassier - Gelombang Cinta
(Heavy Machine)

Ezad - Nur Nilam Sari
(Search & Awie)

Acong - Seruan
(Lefthanded)

Haiza - Puisi Cinta
(Ilusi)

Faradhiya - Janji Manismu
(Aishah)

Satu lagi tugasan yang diorang akan persembahkan adalah:

Awak Kat Mane
Nana vs ???

Ooh La! La!
Faradhiya vs ???

Apa Khabar
Ezad vs ???

So..jumpa di konsert akhir minggu depan ye.

Bye...Bye...Bye...

Sunday, December 06, 2015

Guruku Tersayang Video Cover Animasi

December 06, 2015 1 Comments
CIM tersenarai dalam Segmen Tonton Guruku Tersayang.

Ini Videonya.

Thank you Ucing Kedayan


Terima Kasih cikgu-cikgu tadika yang mendidik anak-anak CIM.

Minggu depan minggu terakhir program cuti sekolah di tadika. 


Friday, December 04, 2015

Alhamdulillah...Menang Giveaway

December 04, 2015 3 Comments
Menang GA | Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana rezeki ini. Rezeki di bulan Disember :) Sejak aktif menulis blog balik, CIM merajin kan diri untuk join GA yang dianjurkan oleh blogger lain. Tujuan asal adalah untuk menambah kenalan blogger. 

1. Menang 2 tiket ke Hi5 House of Dreams anjuran blog Azlinda Alin. 

Sungguh-sungguh Alisha menari bila CIM cakap kalau nak menang kakak kena buat betul-betul. Sebab 2 tiket je, InsyaAllah CIM akan pergi dengan Alisha. Adik kena stay dengan abah lah. Ahaks. Terima kasih kepada Azlinda dan penganjur. Birthday gift paling best yang Alisha dapat.


2. Menang GA Poskad Vintage by Jindrisska

Hadiah yang paling jarang kita jumpa. Tak sabar nak tunggu poskad tu sampai ke tangan :) Yang mana satu agaknya. Terima kasih kepada aisya yang berada kat Jerman tu ye.


Korang pun jangan jemu join GA ye.  
Kalau tak menang pun, kita dapat tambah kenalan di alam maya ni. 

*****

Jom join GA anjuran Emas Putih


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat



Dah join jangan lupa follow blog CIM ye. Nanti tak cukup syarat pulak :)

Bye...Bye...Bye...


Rumah kita cara kita

December 04, 2015 1 Comments
Pernah tak kengkawan yang working mom ni balik dari kerja terus tumbang, tak larat nak buat apa dah. Rasa macam nak merangkak je bila nak bergerak ke sana sini. Even masa solat pun terkebil2 mata menahan mengantuk. Pastu nak kena layan suami dan anak-anak. Lepas semua dah tido baru lah boleh mula mengemas. Pagi esoknya, mula lagi rutin yang sama. Tipu lah kalau tak de kan.

Hahaha...ini tentang working mom yang takde maid ye. Semuanya nak kena buat sendiri :) 

Meh kita tengok Rules of thumb yang dikongsikan oleh UmmuZuhayr ni.



No 1:
Ada je orang yang ambil upah untuk kemas rumah hujung minggu ni kan. Upah yang diorang kenakan pun tak berapa tinggi. Tapi CIM tak lah kot. Dah namanya hujung minggu. Dua hari tu boleh lah guna untuk kemas apa yang patut.

No 2:
Hat ni memang selalu. Tapi tak boleh lah nak tengok kalau selerak sangat. Sakit pulak mata memandang. Hilang penat buat lah perlahan-lahan. Takkan balik penat2 nak rehat sekali tengok rumah macam tongkang pecah. Langsung mood ke laut.

No.3:
Hehehehe..malu CIM tau. Bab membasuh dan menjemur memang rajin. Tapi bab melipat...bercinta sesangat. Bakul-bakul kat rumah tu dok tunggu dari minggu ke minggu. Ahaks.

No.4:
Anak-anak CIM, kat mana mak dan abah diorang duduk kat situ lah depa port benda main depa. Padahal dah memang ada bilik untuk main. Bukannya depa main sangat pun...syok menyelerakkan rumah je. Bila suruh kemas balik, masing-masing tunding jari satu sama lain. Nak ngelat lah tu.

Hahaha...korang pulak macam mana?

Tapi penat macam mana pun. Kena buat juga lah. Takkan nak bior rumah berselerak dan tunggang langgangkan. Makanya....Jom kemas rumah hujung minggu ni.

Bye...Bye...Bye... 

Misi Kembara Si Citam

December 04, 2015 5 Comments
Misi Kembara Si Citam | Jom join segmen misi kembara si Citam anjuran tuan blog Jepun Mari. Kata dia lagi  siapa yang nak kenalkan blog masing-masing boleh la join segmen ni. Sebab segmen kali ni bukan setakat blogwalking sahaja, tetapi diharuskan follow blog peserta. Kacang je kan...


Senang sangat nak join.
Klik aje banner kat atas.
Follow syarat yang tuan blog tetapkan.

Selamat bersegmen ye.

Bye...Bye...Bye...

Tudung Si Comel

tudung sekolah