In

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah
Ramadhan tiba lagi
Saya percaya ramai yang ternanti2 bulan yang mulia ini


Selamat berpuasa kepada semua
Jom kita gandakan amalan ibadah kita sepanjang Ramadhan ini



Tapi sebelum tu jangan lupa ini ye kawan-kawan

 dan juga ini...


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

*semua gambar sumber dari google image

Psss...nak ESP Shaklee?
Sumber tenaga ni tau.
call/wassap saya 0129264020

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In #AA

Tali Pinggang Kuning



Lebih sebulan juga test Taekwondo nya kat tadika
Ingatkan tak lepas :)

Isnin lepas, teacher dia bagi sijil dan tali pinggang kuning ni.

Congrats my dear princess Alisha . 
Jumaat ni bolehlah rasmi tali pinggang baru ni.



*
*
*
*

INFO ESP

-Meningkatkan METABOLISMA badan
-Membantu badan MEMBAKAR LEMAK
-Mengawal SELERA MAKAN
-Membina OTOT & mengelakkan kulit MENGELEBER
-Memberi badan TENAGA & tak cepat LAPAR

So, saper2 yang nak berdiet masa Ramadhan ni boleh try ESP ye :)

Meh contact Cik Ila 0129264020 ye
Penghantaran seluruh Malaysia dan COD sekitar UM dan Puchong.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Diari Ibu

Nuha Fatneey


Budak tecik ni nama dia Nuha Fatneey
Nuha lahir pada 16 Jun 2014 @1600 hrs
Ibu Nuha nama Nisreen Fadzil
Abah Nuha nama Muhammad Amin Shafie @ pakcik gumuk @ adik saya.
Nuha cucu ketiga  Haji Shafie & Hajjah Foziah
Cucu sulung belah ibu Nuha
Nanti dah besar boleh geng dengan Kakak Alisha dan Abang Alfeey ye

TAHNIAH!!! Amin dan Niss

***


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Miscellaneous

Siap Sedia Menempuh EL NINO

Dari fb TNB Careline:

Tahukah anda bahawa El Nino, iaitu kemarau teruk yang dijangka akan berlaku pada bulan Jun dan Ogos tahun ini, boleh membawa kepada peningkatan penggunaan tenaga elektrik. Disini kami sediakan maklumat lanjut mengenai fenomena ini serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan tenaga.


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Diari Ibu

Panasnya sekarang.

Panas...panas...panas

Dari malam tadi lagi. Anak-anak tidur pun tak mau pakai baju. 
Sekarang Cik Ila kat INTEC uitm, Shah Alam. First paper hari ni.



Teh O Ais ni rasa segar sangat. Buat hilang dahaga.
Exam start pukul 2 nanti. Wish me luck ye.



Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Doa dan Amalan

Tips Kebahagiaan Anak by Prof Dr. Muhaya







Ibu-ibu dan bapa-bapa kat luar sana, jom amalkan 10 tip di bawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "Iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

InsyaAllah, sama-sama kita berusaha ye.

Thanks for reading this entry....

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In Review

Safi Balqis White Trilogy

Siapa pakai produk Safi?

Produk penjagaan muka pertama yang Cik Ila pakai masa zaman sekolah adalah Safi Natural (yang kaler hijau tu). Memang setia dengan pencuci muka Sari Mentimun dan Krim Sari Pokok Lidah Buaya dia. Sampai lah sekarang. Tiap kali Safi keluar produk baru, yang akan Cik Ila tukar untuk cuba adalah pencuci muka dia. Bila dah habis 1 tube tu, mesti nak pakai hat kaler hijau tu balik

Antara pembersih muka yang Cik Ila dah guna adalah Sari Manggis, Anti jerawat Sari Gamat, Balqis Perfect 10 dan juga Rania. 

Minggu lepas, singgah Guardian, terbelek-belek produk Safi Balqis Trilogy White ni. Terus jatuh cinta. Bukan sebab Hanis Zalikha ye...tapi sebab tergoda dengan warna packaging tu.



Disebabkan, semua yang ada kat rumah tu dah nak habis, Cik Ila pun ambil pembersih muka, penyegar, krim dan pelembab malam. Weee...dapat 30% diskaun sebab tetiba rajin nak donate RM10.00. Untuk apa? Cik pun lupa pulak. Dapat pouch bag Safi lagi :)

3 bahan utama dalam Safi White Trilogy ni:

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.

Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.

Apa yang dapat Cik Ila katakan...memang puas hati sangat2. Yang best lagi...krim dia bila pakai rasa macam tak pakai je. Berbeza sikit dengan Safi Sari Lidah Buaya tu. Ok..next target adalah skrub dan serum pencerah dia.


Thanks for reading this entry...

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In Doa dan Amalan

Doa Mohon Dimudahkan Urusan

Assalamualaykum

Semoga ceria di pagi Isnin ni.

Dah minggu terakhir cuti sekolah. Maknanya ini minggu terakhir kita dapat menikmati jalan tanpa kesesakan. Hehehehe...heaven betul perasaannya. Boleh keluar dri rumah lambat sikit dari biasa. Siapa yang hari-hari tempuh perjalanan dari Puchong ke pusat bandaraya memang tahu perasaannya (rasanya semua jalan ke pusat bandaraya memang sentiasa sesak kan).

Minggu ni, Cik Ila start final exam. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cik Ila nanti. Kawan-kawan pun doakan Cik Ila sekali ye.

Meh kita amalkan doa kat bawah ni ye.



Pada yang nak beli Shaklee, macam biasa ye...sms/wassap kat hp 0129264020.


Thanks for reading this entry...


Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments