Follow Me @noorshafila

Monday, September 29, 2014

Alisha @ Keropok lekor

September 29, 2014 2 Comments


Kembang-kembang hidung anak dara Cik Ila ni dapat makan keropok lekor.
Hahaha.....seminggu sekali je dapat makan kopok ni sebab ibu menyinggah pasar malam.
Sampai dia sendiri dah ingat.
Friday ada kelas taekwondo.
Bila ada taekwondo maknanya hari tu ada pasar malam.
Makanya...YAY!!....ibu mesti singgah sebab nak beli barang basah.
Hehehe....tak de nak share ngan orang pun...RM2 kopok untuk dia seorang je.




Si Comel IRIZ.

September 29, 2014 0 Comments
Macam best je Proton IRIZ ni. Nampak comel gitue...

"MORE POWER. LESS FUEL. KEYLESS TO GO"


Ada dua pilihan iaitu 1.3L dan 1.6L
Harga pulak start dari RM42,438 untuk solid dan RM42,888 untuk metallic. Kira affordable lagi lah.
Baca spec Proton IRIZ kat SINI


 Hitam yang menawan.

Oooppsss...Cik Ila nak beli ke ni?
Hahaha....cukuplah Exora yang sekarang ni. Bila dah ada anak2 ni, rasa macam tak sesuai pulak nak pakai kete comey2 macam ni. Stroller saja pun dah makan ruang bonet

Tapi....comey sangat lah IRIZ ni.



Wednesday, September 24, 2014

Telur dan kolesterol

September 24, 2014 0 Comments



Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tahukah anda... tubuh kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine yang terkandung dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolit yang dipanggil betaine yang berfungsi untuk mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.

Seseorang yang tidak memakan telur atau daging mungkin akan mengambil kira-kira 200 mg kolesterol sehari. Jika dia mengambil susu skim dan margerin sayuran, jumlah pengambilan kolesterolnya rendah, iaitu antara 100-150 mg sehari. Jumlah kandungan kolesterol dalam telur belum dapat dibuktikan lagi mudaratnya. Tambahan pula, badan manusia akan membina kolesterol ini lebih kurang 1-2 mg sehari (kira-kira 4-8 biji telur). Semestinya, kolesterol (jika tidak diambil berlebihan) bukanlah bahan yang perlu ditakuti, tetapi sebagai sumber yang perlu untuk pertumbuhan badan dan membantu mengukuhkan lagi sistem ketahanan badan.

Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.

Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan.

Tahap kolesterol dalam darah menjadi tinggi mungkin disebabkan oleh diet yang kebanyakkannya terdiri dari makanan ringan yang telah diproses (refined junk food). Dari beberapa kes klinikal, didapati pesakit-pesakit ‘rheumatoid arthritis’ memerlukan dua biji telur sehari dan kebiasanya, pesakit-pesakit ini tidak suka makan telur. Mereka yang menghidap ‘hypoglecemia’ pula memerlukan lebih banyak telur sebagai pengalas perut.

Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.

Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.

Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :

Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.

Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!

sumber: KDA

Moralnya..jangan takut nak makan telur kuning itu. Hehehehe...

Monday, September 15, 2014

Sabun Resdung Seri Emas

September 15, 2014 0 Comments
Bismillah..

Pernah dengar Sabun Seri Emas ni?

Duta produk

Sedikit Info mengenai sabun ini:

Sabun Resdung Seri Emas merupakan sejenis sabun handmade yang diperbuat dari 50% madu dan selebihnya ialah kombinasi herba semulajadi iaitu bunga tanjung, kulit kayu manis, minyak kelapa, kunyit dan ekstrak buah delima. 100% halal, keluaran dan hak milik penuh bumiputera. Di datangkan dalam pek 40g dan boleh tahan selama sebulan setengah.

Sabun Resdung Seri Emas sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah resdung, dan mahu bebas dari hidung tersumbat, hidung berair, bersin, gatal2, jerawat, kelemumur dan lain2.

Dengan hanya penggunaan 2-3 kali sehari, insyaAllah Sabun Resdung Seri Emas mampu membantu melegakan simptom resdung anda. Kesannya boleh dirasai seawal 7-14 hari penggunaan yang berterusan.

Bagi Cik Ila yang dah cuba ni :) Alhamdulillah, muka rasa fresh je lepas cuci dengan sabun ni. Baunya pun wangi. Ada yang berminat?


Cuba hari ini untuk lebih keselesaan.

SMS/PM 'SERI EMAS' ke 0129264020

Tudung Si Comel

tudung sekolah