Tragedi MH17

Bismillah...

MH17 merupakan satu lagi tragedi malang yang menimpa MAS.
Malaysia khususnya selepas MH370.
Lebih menyedihkan lagi bila tragedi ini berlaku di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini.

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa. 
Moga diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan Allah ini.

'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali' (Al-Baqarah: 56)



Kronologi pesawat MH17

  • Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat darioada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan.
  • Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia.
  • Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS).
  • Pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) berada pada kedudukan ketinggian 33,000 kaki.
  • Ketika pesawat MH17 sedang dalam perjalanan di FL330, 50 nm barat laut Donetsk (Ukraine), secara tiba-tiba transporder isyarat telah hilang di FL330 pada kedudukan N48.56 E37.21
  • Laporan berita terkini Interfax telah memaklumkan pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia.
  • Satu berita terkini yang cukup mendukacitakan setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan ketika ini pesawat MH17 terhempas di Ukraine (sempadan Rusia) didakwa kerana ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu yang mampu mencapai ketinggian 72,000 kaki.
  • Walaubagaimanapun dakwaan pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh angkara pejuang pemisah Pro Rusia telah dinafikan wakil pihak pejuang pemisah tersebut.
  • Berita Terkini MH17 terhempas berhampiran bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak Pro Rusia.
  • Berdasarkan laporan berita terkini Reuters yang diperolehi daripada sumber penerbangan Rusia mengatakan kapal terbang Mh17 malaysia Airines (MAS) sama sekali tidak memasuki ruang udara Rusia.
  • Walaubagaimanapun zon penerbangan di mana pesawat MH17 terhempas adalah kawasan yang cukup bergolak dan konflik ketika ini.
  • Sumber: Berita Semasa

    Senarai Penumpang MH17

    • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
    • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
    • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
    • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
    • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
    • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
    • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
    • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
    • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
    • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
    • Tidak diketahui : 39 orang
    • Jumlah warga Malaysia 35
    • Jumlah Penumpang : 280 orang
    • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
    • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)
    Senarai Krew MH17

    1. Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
    2. Kapten Choo Jin Leong Eugene
    3. Ahmad Hakimi Bin Hanafi
    4. Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
    5. Mohd Ghafar Bin Abu Bakar
    6. Dora Shahila Bin Kassim
    7. Azrina Binti Yakob
    8. Lee Hui Pin
    9. Mastura Binti Mustapa
    10. Chong Yee Pheng
    11. Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood
    12. Sanjid Singh Sandhu
    13. Hamfazlin Sham
    14. Nur Shazana binti Mohamed Salleh
    15. Angeline Premila Rajandaran

~Al-Fatihah~

Post a Comment

0 Comments