Safi Balqis White Trilogy

Siapa pakai produk Safi?

Produk penjagaan muka pertama yang Cik Ila pakai masa zaman sekolah adalah Safi Natural (yang kaler hijau tu). Memang setia dengan pencuci muka Sari Mentimun dan Krim Sari Pokok Lidah Buaya dia. Sampai lah sekarang. Tiap kali Safi keluar produk baru, yang akan Cik Ila tukar untuk cuba adalah pencuci muka dia. Bila dah habis 1 tube tu, mesti nak pakai hat kaler hijau tu balik

Antara pembersih muka yang Cik Ila dah guna adalah Sari Manggis, Anti jerawat Sari Gamat, Balqis Perfect 10 dan juga Rania. 

Minggu lepas, singgah Guardian, terbelek-belek produk Safi Balqis Trilogy White ni. Terus jatuh cinta. Bukan sebab Hanis Zalikha ye...tapi sebab tergoda dengan warna packaging tu.



Disebabkan, semua yang ada kat rumah tu dah nak habis, Cik Ila pun ambil pembersih muka, penyegar, krim dan pelembab malam. Weee...dapat 30% diskaun sebab tetiba rajin nak donate RM10.00. Untuk apa? Cik pun lupa pulak. Dapat pouch bag Safi lagi :)

3 bahan utama dalam Safi White Trilogy ni:

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.

Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.

Apa yang dapat Cik Ila katakan...memang puas hati sangat2. Yang best lagi...krim dia bila pakai rasa macam tak pakai je. Berbeza sikit dengan Safi Sari Lidah Buaya tu. Ok..next target adalah skrub dan serum pencerah dia.


Thanks for reading this entry...

Post a Comment

0 Comments