Arman Dani

Assalamualaykum

Salam pagi Jumaat buat semua.

Agak lambat Cik Ila berkongsi cerita tentang Arman Dani.

Siapa Arman Dani ni?

Arman Dani ni anak kepada kenalan maya Cik Ila, Lady of Leasure @ Molie Arie @ Shaila.  Arman ni sebaya dengan Alfeey dan baru-baru ini di diagnos mengidap Acute Lymphoblastic Leukemia.


Cik Ila mula mengenali Lady dari forum Ratuhati ke blog Little Parlour ke FB dan seterusnya Instagram. Sedih sangat bila melihat Arman menanggung kesakitan begini.



Cik Ila dengan rendah hati, saya ingin memohon jasa baik semua (yang membaca ni) untuk menderma darah (memerlukan platelet) kepada insan kecil ini, iaitu anak kepada sahabat Cik Ila ini meyebarkannya  kepada yang lain..

Antara kriteria diperlukan adalah : 

1 : Lelaki
2 : Berumur 18-55
3 : Sihat tubuh badan 
4 : Cukup makan 
5 : Cukup tidur
6 : Jenis darah O+

Bagi mereka yg ingin menderma bolehlah pergi terus ke SJMC (subang jaya medical centre), Blood bank north tower tingkat 5 dan mention nama adik ARMAN DANI.

Dan ini adalah update terkini dari Instagram Lady:


Semoga Lady dan suami akan terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini....dan sama-sama kita berdoa untuk ARMAN DANI. Cepat sembuh ye sayang.


“Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, EngkauTuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan suatu penyakitpun.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)

Post a Comment

0 Comments