Follow Me @noorshafila

Wednesday, April 30, 2014

Arman Dani (2)

April 30, 2014 0 Comments
Assalamualaykum

Cik Ila ingin berkongsi tentang update Arman Dani yang terkini. Tak sampai hati nak menulis tentang Arman sebenarnya. Setiap kali mommy Arman menulis perkembangan Arman.....perasaan jadi tak keruan. 


Update dari mommy Arman semalam



Update dari mommy Arman mengenai blood donation dan single donor platelet.



Harapan seorang ibu.


Semoga Arman terus kuat melawan penyakit dan kesakitan ini. 
Semoga Lady dan suami akan terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini....dan sama-sama kita berdoa untuk ARMAN DANI. Cepat sembuh ye sayang.



Monday, April 28, 2014

Komen sindiran?

April 28, 2014 0 Comments
Assalamualaykum

Salam pagi isnin buat semua kenalan.

Alhamdulillah....kat rumah Cik Ila masih tak terputus bekalan air lagi sejak dari hari khamis lepas. Kalau ikut jadual khamis dan jumaat memang hari yang dicatu. Seronok lah Alisha dan Alfeey bila dapat 'green light' untuk mandi kolam (dalam bilik air je).


Cik Ila dapat komen ni dari seseorang yang ber identiti Anonymous dalam post Cik Ila mengenai Galactadot Lactation Cookies. Bila Cik Ila baca...gaya tulisannya lebih kepada bentuk sindiran. Adakah kerana Cik Ila menjual produk Shaklee? Tidak mengapalah, walau apa pun niat cik/puan Anon.. ini. Cik Ila hanya mahu bersangka baik sahaja. Tetapi lagi bagus rasanya kalau tidak menyorokkan identitinya. Lagipun Cik Ila hanya berkongsi cerita sahaja.

Cik Ila adalah salah seorang yang mengamalkan pemakanan supplement Shaklee. Jadi tak salah sekiranya Cik Ila berkongsi produk yang sama dengan menjadi agen pengedarnya. Siapa yang nak ambil atau tak mahu terpulang pada individu itu sendiri mengikut kemampuannya.

Jadi, cik/puan Anon..kalau nak susu mencurah2 kena faham konsep supply and demand ye.....


Thanks for reading this entry...

Cik Ila jual Shaklee
0129264020

Monday, April 21, 2014

Situ :) :) :)

April 21, 2014 0 Comments
Situ - Tri Hadzir & Fynn Jamal

Jauh kau pergi beribu batu
Ku harap lancar perjalananmu
Jangan dilupa asal-usulmu

Cuba kau renung ke dalam mataku
Moga kau tembus pintu hatiku
Bukti cintaku ada di situ

Selama-lamanya
Walau dah terputus jalannya
Kau pergi
Ku di sini tetap ada ikut sama

Teguh kau pegang janjimu dulu
Di tanah orang tunduk selalu
Jangan dibuang budi ajarmu

Bila kau rindu hangat kasihku
Pejamkan saja harap bertemu
Jauh pun mana aku di situ

Selama-lamanya
Walau dah terputus jalannya
Kau pergi
Ku di sini tetap ada ikut sama
***

Assalamualaykum

Terbuai-buai je dengar lagu Situ nyanyian Fynn & Tri.
Ayat-ayat puitis buat Cik Ila feeling teringatkan Cik Suami kat seberang sana.

Hehehe..terasa macam kena je dengan kisah cinta kitaorang berdua.
Aduh...Cik Ila ni bukan lah spesis jiwang karat or hati bunga2 tapi lepas dengar lagu-lagu couple ni memang terus jatuh suka.


Layan je lah...

Tengah berangan nak dapatkan CD diorang. Sementara ni layan lagu kat youtube je lah.

Psst...Alfeey kalau dengar ibu dia ni nyanyi lagu Arjuna Beta memang senang je tidurnya.


Friday, April 18, 2014

GALACTADOT LACTATION COOKIES

April 18, 2014 3 Comments
Assalamualaykum

Salam pagi Jumaat. Semoga kita beroleh keberkatan di hari yang mulia ini. 
Jom kita sama-sama memuliakan hari jumaat ni.



Siapa pernah dengar GALACTADOT LACTATION COOKIES? Cik Ila pun tak tau sangat. Dengar pasal cookies ni dari seorang pensyarah kat ofis ni. Cari kat Mr. Google je. Cookies ni untuk milk booster.

Tengok gambar macam chocolate chips cookies yang biasa kita makan je kan.

Image: Milkywayjuniors.com


Tapi kandungannya ada banyak milk booster seperti:- 
Fenugreek @ halba
Dates/Kurma
Oats
Flaxseed
Brewers Yeast

Siapa pandai boleh buat sendiri. Hehehhehe....letak kismis mesti lagi sedap sebab kalau terkunyah fenugreek tu mesti rasa semacam sikit kan.... boleh buat jajan, makan sambil tengok tv. Hehehehe

Mmmm....Cik Ila ada terbeli tudung Aidijuma yang serupa designnya. Kalau buat GA tudung tu ada yang nak tak? Hehehehe......excited membeli sampai tak perasaan terbeli tudung yang sama.


Ada yang nak tak?


Thanks for reading this entry.....

Cik Ila 
SID area Puchong.
Siapa berminat nak beli boleh wassap ye 0129264020

Monday, April 14, 2014

Cerita hujung minggu: Reka Zone

April 14, 2014 0 Comments
Assalamualaykum

Sabtu dan ahad air kena catu. Huhuhu....sedih betul bila kena masa hujung minggu ni. Anak2 tak boleh nak suka-suka main air. (Psstt... kalau hari cuti memang Cik Ila bagi peluang diorang main air).

Seperti yang dijanjikan....sebulan dua kali je boleh pergi main kat RekaZone. Pada Alisha dan Alfeey, dua kali weekend tu mesti lama. Siap merayu-rayu lagi. (lagi pulak..hero tu dah pandai cakap ni). Hari sabtu, pukul 10 dah sampai....orang pun takde lagi...


Main yang ni dulu.


Tenggelam dalam bola.


Wall Climbing.


Main sampai tak hengat.


Rehat sekejap @ makan dan minum. No outside food allowed.
Fish ball (3pcs) - RM3.00
Nasi lemak biasa - RM2.00
Drinks - lupa :)


Melayan Let it Go - Frozen


Masa ni dah penat. Pukul 2 lebih. Punya lah lama melepak dalam  ni.



Merry Go Round pulak (yang kalau pergi JJ memang wajib naik).


Last sekali, tengok ikan pulak (pun perkara wajib)

Masa ni, memang diorang dah penat sangat. Sampai tertidur dalam troli. Tak sempat ibu nak ber'shopping'


Reward diri sendiri dengan ini sahaja aka my lunch. Hehehehe


Penat sangat. Ibu pulak lagi penat sebab dukung dua-dua naik tangga ke tingkat 5.

Itu cerita hari sabtu. Hari ahad tiga-tiga orang bermalas-malas kat rumah. Tambah pulak simpanan air yang semakin berkurang. Apa pun tak bleh...

:)

Thanks for reading this entry

Cik Ila 
0129264020
SID Puchong

Friday, April 11, 2014

Arman Dani

April 11, 2014 0 Comments
Assalamualaykum

Salam pagi Jumaat buat semua.

Agak lambat Cik Ila berkongsi cerita tentang Arman Dani.

Siapa Arman Dani ni?

Arman Dani ni anak kepada kenalan maya Cik Ila, Lady of Leasure @ Molie Arie @ Shaila.  Arman ni sebaya dengan Alfeey dan baru-baru ini di diagnos mengidap Acute Lymphoblastic Leukemia.


Cik Ila mula mengenali Lady dari forum Ratuhati ke blog Little Parlour ke FB dan seterusnya Instagram. Sedih sangat bila melihat Arman menanggung kesakitan begini.



Cik Ila dengan rendah hati, saya ingin memohon jasa baik semua (yang membaca ni) untuk menderma darah (memerlukan platelet) kepada insan kecil ini, iaitu anak kepada sahabat Cik Ila ini meyebarkannya  kepada yang lain..

Antara kriteria diperlukan adalah : 

1 : Lelaki
2 : Berumur 18-55
3 : Sihat tubuh badan 
4 : Cukup makan 
5 : Cukup tidur
6 : Jenis darah O+

Bagi mereka yg ingin menderma bolehlah pergi terus ke SJMC (subang jaya medical centre), Blood bank north tower tingkat 5 dan mention nama adik ARMAN DANI.

Dan ini adalah update terkini dari Instagram Lady:


Semoga Lady dan suami akan terus tabah dan kuat menghadapi dugaan ini....dan sama-sama kita berdoa untuk ARMAN DANI. Cepat sembuh ye sayang.


“Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkanlah segala penyakit, sembuhkanlah, EngkauTuhan yang menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan suatu penyakitpun.” 

(HR. Bukhari dan Muslim)

Tuesday, April 08, 2014

Pink lah sangat.

April 08, 2014 2 Comments
Assalamualaykum

Lately, baru Cik Ila perasan yang dalam bag kerja Cik Ila semakin banyak items yang berwarna pink. Macam sudah terjangkit dengan Alisha je.

Tengok gambar ni.....


Banyak kan....

untuk isi alat make-up  (lah sangat)
untuk isi alat tulis
notebook
pills box
sikat
headphone
power bank
charger cabel
etc spt dlm gambar

wahahaha......gara-gara ada anak dara kecil tu lah....semua dia nak warna pink...
kecuali Princess Sofea the first lah

:)


Thanks for reading this entry...

Nak beli supplement?
Meh beli produk Shaklee ngan Cik Ila
0129264020


Friday, April 04, 2014

MACARONS la pulak.

April 04, 2014 0 Comments
Assalamualaykum

Salam Jumaat buat semua.

Siapa suka macarons?

Hari ni  kali pertama Cik Ila rasa macarons . Sebelum ni cuma tengok resepi je.
Ketinggalan sikit kan :)


Filling durian dan dark chocolate


Kena dengan cita rasa Cik Ila. Biasa tengok orang duk komen manis sangat.

Yang Cik Ila rasa ni just nice je :)

Ni yang buat Cik Ila bersemangat nak cuba pulak ni.

Ada resepi step by step kat blog MASAM MANIS yang nampak mudah diikut.

Senang tak?

Jom nanti kita cuba ye.....


Thanks for reading this entry...

Nak beli supplement?
Meh beli produk Shaklee ngan Cik Ila
0129264020

Thursday, April 03, 2014

Alfeey dah jadi Jebat

April 03, 2014 1 Comments
Tengah hari semalam dapat sms dari taska bagi tau Alfeey bagitau Alfeey kemalangan sikit kat taska. Dahinya terbelah dan berdarah sikit. Terhantuk kat sliding door kena tolak dengan kawan.

Cik Ila pun call lah dan tanya keadaan Alfeey. Risau juga. Katanya tak nampak teruk, berdarah pun tak banyak. Dan Alfeey masih lasak macam biasa. Tak pengsan dan tak de muntah2. 

Dengar macam tu, Cik Ila pun relax je lah. Sempatlah tunggu balik kerja nanti untuk bawa ke klinik (am i a good mother?)

Masa ambil Alfeey di taska, dia tengah melasak main dengan kawan-kawan. 


Terbelah kening. 

Bawa pergi klinik. Doktor tengok, lukanya tu sampai ke lapisan yang dalam. Kalau biar, keningnya akan berlekuk kat tengah-tengah tu. Kalau jahit, akan ada kesan jahitan. Ok lah sikit daripada dibiarkan nampak berlekuk.




Cuci luka dulu. Boleh main-main lagi masa ni.


Nak kena jahit. Menangis sakan.

 

Kena dua jarum. Tak pasal-pasal jadi JEBAT pulak. 

Doktor dah balut elok-elok, sampai rumah je terus cabut. 

Hero ibu ni memang tau :)
Dah berparut sampai ke tua lah.


Malamnya Cik Ila berbalas sms dengan kakak Zura Alfeey, dia minta maaf sebab Alfeey jadi macam tu dan katanya parents budak yang tolak Alfeey tu rasa serba salah sebab anak dia dah cederakan Alfeey. Adeh...tak kan lah Cik Ila nak mengamuk salahkan diorang pulak. Benda dah nak jadi. Lagi pun dari Alisha sampai ke Alfeey dah 2 tahun lebih, semuanya okey kat situ.

Pagi tadi pula sempat bersembang sekejap dengan seorang lagi kakak Alfeey kat situ, katanya, memang budak tu suka main kasar dan tolak-tolak orang macam tu. Diorang pun memang agak mengawal kelakuan budak tu. Tapi nak buat macam mana, terjadi juga.

Kali pertama kemalangan ni terjadi sepanjang 5 tahun Cik Ila menggunakan khidmat taska ini. 
Tempat yang sama, pengasuh2 nya pun sama, budak-budaknya saja yang bertambah dan bertukar ganti.

Kalau ibu-ibu lain apa tindakan anda?



Tuesday, April 01, 2014

Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat

April 01, 2014 0 Comments
Bulan lepas tak kena.

Tengok jadual SYABAS yang baru dikeluarkan ni kena lah pulak. Huhuhuhu

Pusat Bandar Puchong


Ni jadual nya pulak.
Akan bermula dari 4 April nanti.

Jom jimat air :) :) :)


Thanks for reading this entry.....

Nak beli supplement?
Meh beli produk Shaklee ngan Cik Ila
Consultation akan diberi.
0129264020

CONGO BARS

April 01, 2014 0 Comments
Assalamualaykum

Salam ceria di pagi selasa :)

Cik Ila nak bagi tau kat semua, sekarang semua produk Shaklee kena beli dengan harga retail. Tak de lagi harga member/promo. Kalau nak jugak beli dengan harga ahli...jom pakat2 join ahli. RM65 untuk seumur hidup. Berminat nak jadi ahli? SMS/wassap Cik Ila ye.

OK.....sebenarnya nak cerita lain. Semalam Cik Ila terlebih rajin sikit dan ada pula pembantu yang meng 'offer' kan diri (Alisha lah tu). Kami berdua main masak-masak buat CONGO BARS. Cik Ila tak pernah pulak rasa congo bars ni. Buta2 je buat.


Tunggu nak masuk oven.

*
*
*
*
 Tadaa...


Rupanya bila dah siap.

Bila dah potong dan rasa.....boleh tahan sedap :) Tapi Cik Ila rasa kalau letak lagi banyak kekacang kat dalam bancuhan tu lagi sedap kot. Sebabnya, Cik Ila hanya tabur chocolate chips dan potongan badan kat bahagian atas saja. 

Pagi ni.....Alisha, Afeey dan Cik Ila bawa bekal CONGO BARS lah :) :) :)


Thanks for reading this entry....



Nak beli supplement?
Meh beli produk Shaklee ngan Cik Ila
Consultation akan diberi.
0129264020