2014 @ Sikit pasal saya.

Assalamualaikum.

Selamat tinggal 2013 yang indah dan Selamat datang 2014 yang bakal memberi cabaran baru. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dipanjangkan lagi umur setahun lagi. Tahun ini, ketibaan tahun baru 2014, kami berempat. Hehehehe...Cik suami bercuti panjang, makanya, penghujung bulan 12 yang lalu, kami menghabiskan cuti dikampung gerik dan juga keratong.

Kali pertama semua adik-beradik Cik Ila pun turut sama bercuti berkumpul bersama-sama di kampung (gerik) dan juga adik-beradik cik suami di keratong. Kiranya sangat berbaloilah bercuti kali ini. Alisha dan Alfeey lah yang paling enjoy sekali. Dapat jumpa atuk dan opah. Dan juga sepupu-sepupu mereka belah cik suami. InsyaAllah, tahun ni akan bertambah seorang lagi ahli keluarga baru dalam keluarga Haji Shafie. Tak sabar nak tunggu bulan jun ni :)

Ohkey...enough pasal family. Sekarang nak cerita pasal biz Cik Ila pulak. Alhamdulillah, gembira sangat bila dapat sama-sama membantu customer dengan produk Shaklee ni. Malah Cik Ila sediri secara tak langsung menjadi pengguna tegar :) Pada yang kata, makan supplement ni membazir je sebab tak de perubahan pun...anda silap sebenarnya. Langkah pertama yang Cik Ila ambil semasa mula-mula makan supplement ni dulu adalah berhenti mengambil kafein - Nescafe, kopi, minuman bergas, teh pun Cik Ila limit pengambilannya. Hehehe..kena berkorban sikitlah, dah keluarkan banyak duit kan. Selebihnya, sabar dan tak putus asa. Jangan hari ni makan, esok dah putus asa. Sedangkan dalam beribadah pun kita kena Istiqamah.

Nak share sikit perancangan Cik Ila untuk tahun ni. InsyaAllah, Cik Ila akan cuba seimbangkan perkara2 dunia dan akhirat. banyak lagi yang perlu Cik Ila lakukan dalam proses mengenal diri ini.


Thank you for reading this entry!

Post a Comment

0 Comments