In #AA

Bila anak merindu

Assalamualaikum

Wah....hujan berturut-turut dua hari lepas. Jalan sesak gila waktu balik kerja. Kepala pun sesak bila tengok kereta depan, kiri dan kanan tak bergerak. Sudahnya, pukul 7 baru boleh sampai rumah. Badan pun penat sesangat-sangatnya. Kasihan my kids.

The kids pun, lepas bercuti panjang kat kampung dan asyik berkepit je dengan ibu ni, mula lah liat nak pergi taska. Hari pertama hantar, dua-dua meraung menangis nak ikut. Mana boleh sayang, ibu nak pergi kerja (sob..sob..sob...). Bila dah macam ni, mula lah berangan.........alangkah bagusnya kalau dapat jadi SAHM. Tapi bila lah tukar ke pencen ni, rugi lah kalau saya berhenti awal (huhuhuhu..)

Dan sebelum tidur semalam, saya nampak ini.


Tutup muka bila terperasan saya snap gambar dia.


Bila ditanya. Katanya "Kakak rindu abah"



Rindu sangat lah tu.


Ok lah Alisha sayang. Nanti abah balik lagi ye. Bila anak dah tahu merindu ni, susah juga bila dia kerap bercakap. Tapi Alhamdulillah, dia tahu yang abah dia pergi bekerja. Bila dia dia sendiri berkata pada saya "Tak pe lah ibu kan ada." Ini bukan ayat yang saya gubah untuk sedap untuk dibaca. Ini ayat yang memang dia sendiri cakap tau.

Sedikit tentang Alfeey, dia dah mula belajar untuk makan sendiri.


sama banyak je jumlah yang masuk ke dalam mulut dan yang bersepah kat luar :)

Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

BROTHER INNOV-IS 30

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak pada entry INI? Saya ada cerita ada tentang ada benda lain yang da lama saya teringin sangat-sangat nak beli. Alhamdulillah, saya sudah dapat memilikinya. Tengok gambar kat bawah ni mesti korang dah tahu apa dia kan :) Terima kasih pada cik suami kerana men-sponsor. Yang ni pun dah cukup bagi saya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia jahitan.


BROTHER INNOV-IS 30

Bila dah dapat barangnya ni, terperap lah juga dia kat dalam bilik tu. Idea banyak sangat. Tapi tak de peluang nak mulakan. Jadi sebagai ibu mithali (kononnya lah), nak saya buat sesuatu untuk Alisha.

Projek 1: Alter baju lama Alisha

Memandangkan, banyak gaun-gaun dia dah ketat pada bahagian badan. Saya ingat nak lah potong jadikan skirt je. Untuk percubaan pertama ni, saya guna gaun yang saya beli online. Dia tak suka sangat pakai sebab kainnya agak tebal. 


Potong bahagian badan dan ambil bahagian bawah sahaja. Senangkan?


 Apa yang saya perlukan adalah getah untuk diletakkan pada bahagian pinggang.


 Okey....dah pun siap.



Posing sikit.

:)






Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In #AA

Petua anak yang suka mengutip

Assalamualaikum. 

Salam pagi khamis. Take a break kejap dari study untuk update blog ni, memandangkan saya akan sibuk esok. Pagi esok exam 9-11. Sambung dengan bengkel Mathematica sampai pukul 12 (sepatutnya bermula pukul 9). Habis je kena bergegas untuk kuliah terakhir, 12-1 petang. Semuanya berlainan tempat. 

Fuh....fuh....fuh... Dah dapat bayang kan di dalam kepala, keadaan akan sibuk esok memandang esok merupakan hari terakhir. Mesti masing-masing excited nak kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Barang-barang pun dah hampir semua di kemaskan kecuali meja study ni. Hehehehe......tak sabar weh.... InsyaAllah lepas Zohor esok saya akan gerak balik berjumpa dengan anak2. Rindu budak berdua itu.

Sebenarnya ada cerita lain yang saya nak tulis kat sini.

Mengenai tabiat Alfeey yang suka mengutip benda masuk ke dalam mulut. Tak kira apa juga yang dia nampak berkenan, masuk mulut lah jawabnya. Pernah sekali, dia kutip duit syiling 20 sen masuk dalam mulut. Nasib baik saya tersedar melihat keadaan dia yang sedang choking tu. Tindakan drastik saya adalah korek keluar duit yang tersangkut di kerongkong dia. Nasib baik juga duit tu tersangkut sebab besar. Menangis saya dibuatnya, memandangkan silap saya juga perkara ini berlaku.

Selain itu, pensil warna, krayon, getah pemadam, kertas. Sebut saja. Mesti ada sekali akan masuk dalam mulut dia.

Yang paling tragis dan meloyakan. Baru je berlaku, semasa saya bercuti balik kampung dua minggu lepas. Najis ayam. Uwekk....nak termuntah saya. Jenis yang busuk tu (orang kampung panggil tahi ayam candu). Menjerit saya sambil bawa dia ke dapur untuk cuci. Sudah cuci pun masih busuk lagi.

Saya pun google petua untuk atasi tabiat yang satu ini. Ada rupanya. Pada yang alami masalah yang sama jom sama-sama kita cuba. Mudah-mudahan dapat diatasi tabiat yang satu ini.

Petuanya adalah dengan cara menabur beberapa ulas bawang merah atau halia di atas lantai. Anak anda akan mengutip dan memasukkan bawang atau halia tersebut ke dalam mulut. apabila merasa kepahitan bawang atau halia tersebut, serta merta bayi anda tidak akan memasukkannya ke dalam mulut lagi.

Amal berulang kali sehinggalah tabiat suka mengutip akan terhenti dengan sendirinya.

Saya masih belum berpeluang untuk mencubanya. InsyaAllah, saya akan lakukannya bila pulang ke rumah nanti. Tapi sebelum mencubanya, pastikan lantai rumah kita berada dalam keadaan bersih ye. Nanti lain pula jadi nya. Bertambah-tambah lah pulak masalah kita nanti :)

“What it's like to be a parent: It's one of the hardest things you'll ever do but in exchange it teaches you the meaning of unconditional love.” 
~ Nicholas Sparks, The Wedding

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In Doa dan Amalan

Doa penerang hati.

Habis merah rumah saya ni. Salahkan jari jemari saya ni yang gatal tekan siti situ sana sini. Hahahaha (cute sangat Siti Nurhaiza berhijab kan). Sudahnya template lama hilang. Saya pun dah lupa download kat mana dulu. Korang rasa...merah ni cun tak? Kalau tak cun pun, biarlah dulu. Malas lah nak godek-godek lagi. Kang macam-macam pula yang jadi :)

OK...apa cerita hari ni? Esok last day kat USM ni. Dua keputusan PB dah dapat. Alhamdulillah. Walaupun agak last minit study, keputusannya agak cemerlang juga. Kalaulah saya study betul-betul mesti meletop lagi kan. InsyaAllah, I will do the best for final nanti. So, last paper esok. Wish me luck ok.

Sebelum itu, jom sama-sama kita amalkan doa ini. Semoga Allah memudahkan kita untuk menyerap segala ilmu yang kita pelajari. Alisha pun dah hafal doa ini tau. Jadi sebelum dia tengok buku, dia akan baca doa ini dulu. Secara tidak langsung ibu dia ni pun turut amalkan juga lah. Doa yang mudah. Doa yang kita sering amalkan ketika zaman persekolahan dulu. Doa Penerang Hati.

So, adik-adik, kakak, abang, makcik, pakcik, atuk, opah....jadikanlah doa ni amalan.

“Life is a learning experience, only if you learn.” 
~Yogi Berra



Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)

Nak cerita pasal BB1M :)

Macam saya, sebagai pelajar PJJ, buku rujukan ada dibekal disamping e-book yang terdapat dalam portal. Tapi untuk mendapatkan buku rujukan lain kenalah beli sendiri. 

Bagi yang dah bekerja memang duit memang tidak menjadi masalah. Tapi bagi pelajar sepenuh masa, banyak duit nak pakai ooo.... Standard 'U' punya buku mana ada yang murah-murah sekarang ni. Alat tulis lagi. Sedikit sebanyak pemberian BB1M dapat membantu.

BB1M tahun ni dah naik ke RM250 rupanya. Untung kan....(saya lah salah seorangnya)

Terima Kasih daun keladi (mmmm...takde isu politik ye)


Setiap keping baucer kena tulis nama dan IC dulu, barulah dapat cop rasmi universiti tu. Tak de cop tak leh guna pulak. Nanti masa nak gunakannya  diorang akan periksa IC juga. Maknanya, baucer ni tak leh nak dipindah milik. Dan ada tarikh luput juga. Kena cepat2 guna sebelum 31.05.2013 tau.


RM100 baucer dah guna untuk di Koperasi USM Bhd untuk beli buku-buku kat atas tu. Buku Outline Vector Analysis yang nipis tu saja dah bernilai RM62. Kira murah lagi lah tu kan. Hehehe.....
Lagi RM150 nak berbelanja di POPULAR lah. Boleh cari buku2 untuk Alisha dan Alfeey.  Buku ibu dah cukup buat masa ini :)

Memandangkan,tinggal 3 hari je lagi kursus intensif ni, booth jualan dah mula turunkan harga.
Dan makin ramai yang ber 'shopping'. Macam kat pasar pulak.


Semua ni (26 pcs) untuk harga RM20. Banyak tak? Ni kongsi ngan Alisha. Anak dara tu suka sangat pakai inner saya jadikan tudung dia. 



Our daughters are the most precious of our treasures, 

the dearest possessions of our homes
 and the objects of our most watchful love. 


~Margaret E. Sangster

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Mimpikan Fatin Liyana

Hahahaha....tajuk tak leh blah.

Baik saya gelak dulu sebelum korang gelakkan saya.

Apa lah yang saya buat semalam sampaikan boleh termimpikan Fatin Liana, blogger comel tu. 

Terjaga je dari tidur pagi-pagi buta tadi, terus dapat mesej dari member sebelah - Air takde.
Alamak...solat Subuh belum lagi, sudahlah ada kelas pukul 12 nanti.

Ish..apa kena mengena Fatin Liana dengan tak de air ni?

Hahahaha.

Sesiapa yang tak pernah baca blog dia tekan je image kat bawah ni.


Akak mintak izin curi gambar profile ye FL.

Bye

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Jalan-jalan di Queensbay Mall

kredit gambar: http://www.queensbaymallmalaysia.com
Gambar atas ni je...yang lain saya punya tau. Hahahahahahaha

Nak citer sikit :)

Dah masuk minggu terakhir ni baru lah tergedik-gedik nak jalan-jalan. Sian kawan saya @ kawan pejabat yang jadi mangsa tukang teman. Asalnya nak pergi tesco makan sizzling (rindu) lepas habis kelas (8-9 pagi) tapi di sebabkan jam baru pukul 10 pagi, manalah tukang masak tu ready bagai. Beli barang sikit lepas tu sarapan kat Restoran Nasi Kandar Subaidah (kedai mamak). Advanced betul kedai ni, amik dan hantar order pakai handphone :)

Tetiba je datang idea nak pergi Queensbay Mall. Alasannya nak survey telefon. Survey punya survey.....takat cuci mata je lah. Memandangkan untuk ber-telefon baru ni jatuh dalam kategori kehendak saya yang melampau-lampau dek kerana tergoda dengan SG Note 2 berbanding dengan keperluan. Hehehehe....sebenarnya saya jumpa benda lain yang dah lama saya teringin nak beli. Kena mintak approval dari cik suami dulu lah. Untuk pengetahuan korang....Approval dah dapat waktu entry ni ditulis tau :)

Macam saya cakap kat atas. Jalan-jalan cuci mata je. 

Seoul Garden 

Saya tak masuk pun :) Tapi saya ambil gambar depan outlet ni sahaja.






 Dinding-dinding tu di lukis dan di letakkan prop. Semua nampak macam betul je. Masa saya ambil gambar-gambar ni orang tak ramai lagi.


 Nak masuk boleh? hehehehe...macam real je pintu tu terbuka.


Mega Kiddies World



Ni kalau dapat bawa Alisha dengan Alfeey mesti best.

Daiso

Singgah Daiso kejap. Memang tempat favorite saya. Kat IOI Mall Puchong pun ada Daiso. Rugi tau korang yang tak pernah pergi (ye lah sangat..hahahaha) Best...Best...Best....

Last sekali,


Rasanya itu pemandangan Pulau Jerjak. Snap gambar ni terus masuk balik dalam mall. Panas sangat.

Banyak lagi yang ada dalam mall ni. Saya ni bukan kaki tangkap gambar. Saja je semua ni buat kenangan.
Pukul 1 ptg dah gerak balik ke USM. Pukul 2 nanti ada kelas.

Bye..Bye


Note: Anak saya Alisha mogok dengan saya rasanya. Bila telefon tak nak cakap. Buat video call tak mau pandang saya. Huhuhuhu....merajuk lama kena tinggal kot. Refer entry INI ye.




Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments

In Giveaway/Blogger/Segmen

Segmen Blogger i2 Sahabatku



Assalamualaikum

Terjumpa ini semasa ber blog walking.

Jom kita meriahkan lagi dunia blogger ni.



Klik saja image kat bawah ni....


Salam perkenalan buat semua dari saya yang baru belajar.

Read More

Share Tweet Pin It +1

12 Comments

In

Ryan Sky Dalton, Mohamed Darwisz Hakim

Ryan Sky Dalton dan Mohamed Darwisz Hakim. 

Masing-masing merupakan cahayamata kepada Ning Baizura dan Memey Suhaiza. Jutaan tahniah kepada mereka berdua. 

Semoga kedua-keduanya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. 

Hehehehe...saya pulak yang terlebih excited. Best kan dapat baby. Hahaha....teringat pula semasa kali pertama menyentuh Alisha dan Alfeey. Perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan. 

Eh......tiba-tiba rindu bau baby pulak. Sekarang ni, budak berdua tu masam je bila bangun dari tidur tapi bau itu yang menyegarkan saya. 

Baby baru?

Tunggu habis belajar dulu lah ye.....Lagipun nak tumpu perhatian pada Alisha dan Alfeey dulu. Better quality than quantity kan :)







Read More

Share Tweet Pin It +1

4 Comments

In

Bila anak merindu...

Tinggal seminggu lagi untuk saya berada di USM.

Setiap hari saya akan menelefon dan ber video call dengan anak-anak.

Rasa sangat sebak bila mana muncul perbualan sebegini.


Anak dara saya ini sudah pandai meluahkan perasaannya.

Sabarlah sayang tinggal seminggu lagi.


Tidur berdua.

Read More

Share Tweet Pin It +1

3 Comments