Dah dapat keputusan UPSR

Bismillah...

Salam Jumaat buat semua.

Hari ni hari terakhir sesi persekolahan 2013. Selamat bercuti panjang dan Kita enjoy!!

Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada kembar AIDA FARHANA dan AIDA FARHANI yang berjaya memperolehi keputusan UPSR dengan cemerlang. Masing-masing mendapat 5A. Alhamdulillah.... Semoga adik dan kakak terus cemerlang dalam pelajaran dan peribadi diri.


Pada yang tak berjaya memperoleh semua A. Jangan sedih dan patah semangat. Perjalanan persekolahan adik-adik masih jauh lagi. Dengan usaha yang lebih kuat pasti adik-adik akan berjaya juga.


Well..well..well.. esok Majlis `Concert & Graduation Day` tadika Alisha. I wish the BEST for my dear daughter. Entah apa lah persembahan dia esok. Costume untuk esok pun teacher dah bagi semalam.

Alfeey pulak sekarang ni fanatik dengan dinosaur. Hari-hari nak tengok movie dinosaur. ICE AGE dan JURASSIC PARK lah yang dia asyik tengok sekarang. Siap buat gaya dinosaur lagi.



Budak 2 Tahun yang makin cheeky.

Oklah....cukup sampai sini untuk entri kali ini. See ya next time.

Bye bye

Post a Comment

0 Comments