Follow Me @noorshafila

Thursday, October 17, 2013

Balik kampung @ AidilAdha

October 17, 2013 0 Comments
Bismillah...

Hari ini kembali bekerja selepas 5 hari bercuti. Patutlah sekejap saja rasanya, cuti tak sampai seminggu rupanya. Saya balik kampung bersama dengan adik lelaki, memandangkan cik suami yang tidak dapat balik beraya lagi (AidilAdha selalunya memang suami tak dapat balik).

Selain saya dan Alisha dan Alfeey, ada orang lain yang turut ikut sama :)


 Si Meow yang over mengalahkan anak-anak saya. Nak duduk atas riba tuan dia saja.

Yang paling best nya bila balik kampung ni adalah Alisha dan Alfeey.


Menanti hujan berhenti.


Alisha: Peace yo!
Alfeey: Tengah adjust tangan nak buat peace.


Alfeey turun padang tolong sapu sampah rumah atuk tua @ moyang (atuk saya)

Dan seperti biasa, gambar ibu mesti takde. Hehehehe...tak best sebab cik suami tak de sama. Tunggu raya tahun depan lah ye.


Friday, October 11, 2013

Worst day or Bad day?

October 11, 2013 0 Comments
Bismillah...

Lama juga saya tak update blog ni kan. Ada yang rindu ke? Sibuk sikit dengan kerja dan ketandusan idea. Hehehe.....Semalam balik kerja pukul 9 malam baru sampai rumah. Kasihan anak-anak. Dapat layan sekejap je lah sebelum diorang tido. Itu lah... KL ni hujan lebat sikit je...sana sini sesak. Bayangkan nak lepas 1 km pun ambil masa lebih satu jam.


Jalan menghala ke Angkaspuri yang sesak. Masa ni minyak kete dah ciput sangat. Warning sign tu dah blink-blink. Ikut hati nak je saya drive naik penghadang tengah jalan tu. Station minyak kat seberang jalan tu je. Hahahaha...dalam kepala ni dah fikir macam2. Takut juga buatnya kereta stop tengah jalan. Tak pasal-pasal je. 

Lepas buat U-turn kat depan tu (satu jam lebih dari gate KL Uni Malaya) terus ke BHP. Isi full tank - RM105.00 :) Amik kau. Plan asal nak cuba minyak dari Petron, sebab ada yang kata lebih mileage. Tapi tak pe lah kita cuba BHP dulu. Sebelum ni asyik Petronas dengan Shell je yang mengisi EXO saya tu.

Dah siap isi minyak terus jalan masuk UM balik keluar ikut gate PJ (tak nak bazir masa kat jalan yang sama lagi). Jalan agak slow sehinggalah ke bangunan KWSP. Lepas tu, Alhamdulillah jalan clear sampai lah ke rumah. Ambil Alfeey di taska. Pukul 9 tepat masuk rumah.

Kesimpulannya, Worst day or Bad day? Decide lah sendiri :)


Penghibur hati saya.


Tudung Si Comel

tudung sekolah