Kisah tiada air dan Baby Siti Nur Hadhirah

Assalamualaikum

Salam pagi selasa. 

Hari ini saya mula kembali rutin PJJ saya. Ye lah cik Suami pun dah terbang balik ke Miri selepas dua minggu bercuti. Huwaaaa.... tak leh nak manja-manja lagi. Alisha dan Alfeey pun dah tune perangai kepada asal seperti sebelum ni. Hahahaha...ada abah diorang, menjadi-jadi perangai manjanya.

Ok...sebenarnya nak cerita pasal tak de air minggu minggu lepas. Siksa betul. 



Bangun pagi hari Jumaat tu memang dah takde air. Harapkan tangki separuh hari je dah nak habis. Dengan anak-anak lagi. Buang air kecil lah, air besar lah. Itu belum ibu ngan abah dia lagi. Air untuk wuduk pun jimat-jimat. Kain baju pun dah penuh bakul tak berbasuh. Bila dah hari sabtu, air tangki dah hidup segan mati tak mahu. Cik suami keluar beli breakfast dan balik dengan 7 botol air mineral botol besar. Kesian dia mendaki tangga 5 tingkat (nasib baik ada cik Suami masa ni).

Sambil tengah sarapan, saya ajak cik Suami balik kampung. Kampung cik suami ambil masa tak sampai 3 jam, kampung saya pula ambil masa dekat 5 jam. Maka, kemas apa yang patut termasuk bakul kain baju kotor, pukul 10.30 pagi kami gerak balik ke kampung cik suami (semua tak mandi tau. Setakat cuci muka saja). Ohhh...sangat tidak selesa. Tapi on the way tu sempat lagi singgah di Restoran Warisan pekena Coconut Shake. Heaven sekejap :)

Sampai je kampung, proses membasuh baju bermula. Seronok je tengok baju-baju tu kena air. Hehehehe....jakun pulak bila tengok air.

Balik kali ni berpeluang bertemu new addition dalam keluarga pak Megat. Welcome to the world baby Siti Nur Hadhirah, anak kepada adik ipar bongsu saya.


Alisha dan Alfeey excited tengok baby baru. Lepas tu malam tadi Alisha dok belek-belek hp saya dan cakap "Comel lah baby ni, kita minta kat maksu ye ibu," Ewah-ewah kakak...senang nya cakap. Tetiba ibu terasa nak ada baby pulak. Hehehehehe.....(ketawa sambil tepuk dahi). Share lagi gambar si kecil comel ni:








Post a Comment

0 Comments