Follow Me @noorshafila

Monday, September 23, 2013

Cerita masak-masak hujung minggu.

September 23, 2013 1 Comments
Assalamualaikum....

Seperti selalu (sejak kebelakangan ini), hari jumaat je, saya pasti akan singgah di pasar malam. Selalunya beli nasi ayam lah untuk anak2 :) Cuti masak....hehehehe. Tak pernah pula saya ke bahagian yang menjual barang basah (ikan, ayam, daging dan sayuran).

Kebetulan pula barang basah di rumah sudah kehabisan dan fikir2 balik, kalau beli di Giant susahlah nak dapat yang masih segar. Saya pun heretlah Alisha ke bahagian tersebut. Tuan puteri yang sorang ni mintaknya macam-macam. Kakak nak sotong..kakak nak udang...kakak nak ketam...kakak nak ayam :) Dia jadi excited tengok semua yang ada kat situ. Ibu ni pun belikan lah semuanya. Ye lah stok untuk seminggu. Senang cerita. Beli pun ngam-ngam je untuk 3 orang makan.

Jadi untuk lunch hari sabtu, ibu dia terlebih rajin buatlah sup ketam atas permintaan Alisha (hehehe...first time saya masak sup ketam untuk diorang sebenarnya).



Ketam (2 ekor je) - makan pun tiga orang

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai 
Tomato - Saya belah 4
Cendawan Shitake - Alfeey suka ni 

Simple je bahannya. Tak boleh nak buat pedas sebab anak2 saya ni tak makan pedas. Alhamdulillah, bila dapat bahan yang segar, rasanya pun cukup segar.

Tadaa....

Sebenarnya mood excited nak tayang apa yang saya masak untuk anak-anak saya. Kalau hari bekerja masak pun ala kadar je. Weekend je lah yang boleh masak best2 sikit. Nak tunjuk kat sini pun mestilah kena yang best sikit kan.

Spaghetti untuk dinner. 


Bihun goreng untuk sarapan pagi ahad. Alhamdulillah, menjadi pulak kali ni. Selalunya terkeras bihunnya. Sebab buat tak pedas, saya kena makan dengan cili merah tu :)

Nasi goreng untuk dinner.

Semuanya menu yang ringkas. Janji anak-anak nak makan. Sebabnya budak berdua ni, kalau nak makan jenuh kena pujuk. Kalau kena dengan selera, memang laju dan berseleranya je diorang makan. 

p/s: Rasanya lepas ni saya kena amalkan beli barang basah di pasar malam lah. Selain dapat yang fresh, harganya lebih berbaloi. Tengah cari mood nak buat cheesekut ni. Bahan2 dah beli tapi mood nya tak datang lagi. Hehehehe

:)






Tuesday, September 17, 2013

Aktiviti Alisha dan Alfeey

September 17, 2013 1 Comments
Assalamualaikum.

Agak lewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Malaysia. Semoga negara kita Malaysia ini dapat mengekalkan dan mempertahankan serta meningkatkan keamanan yang sedia ada ini. Bimbang juga bila baca di akhbar dan di internet peningkatan jenayah-jenayah yang berlaku. InsyaAllah.

Cuti tiga hari, kami tiga beranak terperap je kat rumah. Kasihan Alisha dan Alfeey :) Tapi tak pe.. sebagai balasan, ibu diorang ni biarkan saja apa yang diorang nak buat.

Punggah mainan, baca buku, tengok tv......huhuhuhuhu. Sudahnya ibu juga yang penat nak kemas balik.

Meh tengok, aktiviti budak berdua.

Kakak tengah ajar adik drawing.

Dah penat....rehat sekejap sambil tengok Oggy and the gang.

Kerja diorang dalam bilik. 

Cat boy and cat girl versi Alisha. 

:)

P/s: Siapa ikut drama Jodoh itu Milik kita.....

Tuesday, September 10, 2013

Spritzer Mini Water Dispenser

September 10, 2013 1 Comments
Assalamualaikum

Mesti ramai yang kata produk ni dah lama ada kat pasaran :) Saya baru perasan baru-baru ni saja. Memang mencari pun sebenarnya, untuk kemudahan di rumah. Alisha sangat suka dan kerap minum air kosong ni. Sekejap-sekejap minta air. Saya lah kena tolong ambilkan sebab bekas air masak saya letak tinggi sikit. Dah besar sikit ni, dia dah tak nak minum/hisap guna bekas air yang ber-straw tu lagi.

Jadi nak memudahkan dia dan juga ibu dia ni, saya pun mencarilah water dispenser yang simple dan tak terlalu besar ni. Ramai yang kata boleh dapat di stesen minyak dan hypermart. Semalam kebetulan masuk giant untuk beli barang. Memang sengaja lalu di tempat susun mineral water. Taraa...dah nampak kotak-kotak Spritzer tersusun je. Senyum lebar saya. Alisha lagi lah. Nampak je warna pink terus nak...nak...nak.


Bawa balik rumah, cuci dulu dan terus guna. Mini dispenser warna pink untuk princess Alisha saya. 
Dengan harga RM27.99 dan free 6L  RO Spritzer. 


****

Tuesday, September 03, 2013

Gigitan Cinta

September 03, 2013 3 Comments
Tengok tajuk tak hengat kan. Hahahaha....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kasihan pada Alisha tau. Asyik jadi mangsa gigit Alfeey je. Saya pun dah tak tau nak buat apa lagi. Tengah bergelak ketawa main berdua pun sudahnya jadi macam ni juga. 

Kisah tiada air dan Baby Siti Nur Hadhirah

September 03, 2013 0 Comments
Assalamualaikum

Salam pagi selasa. 

Hari ini saya mula kembali rutin PJJ saya. Ye lah cik Suami pun dah terbang balik ke Miri selepas dua minggu bercuti. Huwaaaa.... tak leh nak manja-manja lagi. Alisha dan Alfeey pun dah tune perangai kepada asal seperti sebelum ni. Hahahaha...ada abah diorang, menjadi-jadi perangai manjanya.

Ok...sebenarnya nak cerita pasal tak de air minggu minggu lepas. Siksa betul. 



Bangun pagi hari Jumaat tu memang dah takde air. Harapkan tangki separuh hari je dah nak habis. Dengan anak-anak lagi. Buang air kecil lah, air besar lah. Itu belum ibu ngan abah dia lagi. Air untuk wuduk pun jimat-jimat. Kain baju pun dah penuh bakul tak berbasuh. Bila dah hari sabtu, air tangki dah hidup segan mati tak mahu. Cik suami keluar beli breakfast dan balik dengan 7 botol air mineral botol besar. Kesian dia mendaki tangga 5 tingkat (nasib baik ada cik Suami masa ni).

Sambil tengah sarapan, saya ajak cik Suami balik kampung. Kampung cik suami ambil masa tak sampai 3 jam, kampung saya pula ambil masa dekat 5 jam. Maka, kemas apa yang patut termasuk bakul kain baju kotor, pukul 10.30 pagi kami gerak balik ke kampung cik suami (semua tak mandi tau. Setakat cuci muka saja). Ohhh...sangat tidak selesa. Tapi on the way tu sempat lagi singgah di Restoran Warisan pekena Coconut Shake. Heaven sekejap :)

Sampai je kampung, proses membasuh baju bermula. Seronok je tengok baju-baju tu kena air. Hehehehe....jakun pulak bila tengok air.

Balik kali ni berpeluang bertemu new addition dalam keluarga pak Megat. Welcome to the world baby Siti Nur Hadhirah, anak kepada adik ipar bongsu saya.


Alisha dan Alfeey excited tengok baby baru. Lepas tu malam tadi Alisha dok belek-belek hp saya dan cakap "Comel lah baby ni, kita minta kat maksu ye ibu," Ewah-ewah kakak...senang nya cakap. Tetiba ibu terasa nak ada baby pulak. Hehehehehe.....(ketawa sambil tepuk dahi). Share lagi gambar si kecil comel ni: